suria

Doktor kagum rawat pesakit kental datang minta ubat gatal! PKP 1.0 hilang kerja, PKP 2.0 lebih tragis nasibnya - “Bagus betul, kambing pun awak tolong”

Seorang pesakit berkongsi kisah mengalami luka ketika menyelamatkan kambing ternakannya, daripada bencana banjir. -Gambar hiasan

MUSIM banjir bukan sahaja boleh mengancam nyawa dan merosakkan harta benda, malah mangsa juga terdedah kepada penyakit bawaan air seperti penyakit kulit.

Mangsa banjir boleh mengalami penyakit kulit yang mengakibatkan gatal-gatal atau mungkin masalah kesihatan lebih teruk lagi.

Seorang doktor berkongsi mengenai seorang pesakit lelaki datang ke klinik untuk mendapatkan ubat bagi menghilangkan rasa gatal.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ada yang nak terjun bot" - 'Bukan pencinta kucing' gigih redah banjir selamatkan si bulus, tapi tugasnya tak semudah disangka!

ARTIKEL BERKAITAN: Angah dipakaikan baju, lampin... dibawa tidur sekatil! Ada yang sanggup bayar cash RM5,000 untuk cucu - "Tak jual kecuali RM8 juta"

"Masa masuk bilik konsultasi, nampak dia ceria sahaja. Datang pun hanya kerana nak ubat gatal-gatal. Gatal dekat mana?

"Dekat sini, doktor. Katanya sambil singsing kedua-dua belah seluar hingga ke paras bawah lutut. Kemudian dia tunjuk kaki dia ada ruam dan kudis. Ada juga calar balar. Ni kena luka-luka ni?" tulis Dr Kamarul Arifin Nor Sadan di laman Facebook milik beliau.



Dr Kamarul melakukan pemeriksaan ke atas seorang pesakit. - foto facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

Soalan itu ditanya ketika kulit kaki pesakit itu dibelek-belek doktor itu.

Dr Kamarul berkata, beliau memeriksa kulit kaki pesakit itu sebelum diperjelaskan bahawa kesan luka tersebut berlaku ketika mahu menyelamatkan kambing daripada banjir, baru-baru ini.

"Ni? Kena masa banjir hari tu. Redah seluar apa semua. Nak selamatkan kambing.

"Bagus betul. Kambing pun awak tolong. Itulah. Sebenarnya, itu je harta yang saya ada," ujar beliau mengimbas semula perbualannya bersama pesakit itu.



Pesakit berkongsi kisahnya menghadapi banjir. -gambar hiasan / foto THOMAS YONG/The Star

Pesakit berkenaan kemudian berkongsi kisah mengenai dirinya yang dilanda kesusahan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun lalu.

"Semasa PKP pertama tempoh hari, dia kehilangan kerjanya. Bukan dibuang kerja, tetapi syarikat majikannya gulung tikar. Ada dapat pampasan sedikit.

"Oleh kerana sukar dapat kerja, dia pun kumpul duit yang ada untuk beli beberapa ekor kambing untuk mulakan ternakan kambing di tanah pusaka bapanya.

"Mulanya, semua nampak okay. Namun, sepantas kilat, semua berubah," tambah beliau.

Boleh kata dia tinggal sehelai sepinggang, tapi dia kekal positif. Masih tak luntur jiwa juang dia tu walaupun PKP 2.0 baru sahaja diumumkan.

DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN

Menurut Dr Kamarul, pesakit itu pada mulanya menyangka tahun 2020 begitu mencabar akibat pandemik Covid-19 yang mengakibatkannya hilang mata pencarian sejak bertahun-tahun.

Tambah beliau, pemuda itu terpaksa menggadai segala yang ada untuk menjadi penternak kambing dan pengusaha sayur-sayuran demi meneruskan kelangsungan hidup.



Pesakit terebut sanggup bergadai untuk menjadi penternak kambing. gambar hiasan - foto A MALEX YAHAYA/The Star

"Tiba-tiba datang pula 2021 membawa bah. Habis semua musnah. Reban kambing roboh, kambing-kambing pula hanyut di bawa arus. Tak tahu apa nasib mereka.

"Kebun sayur pun dah tenggelam dan selepas surut, ditimbus selut yang hingga tenggelam buku lali. Duit dah habis, harta musnah, tiada apa lagi yang tinggal untuk dia," ujar Dr Kamarul.

Walaupun dihimpit dengan kesulitan, wajah pesakit itu kelihatan tersenyum apabila mengenangkan masih ada sesuatu yang bernilai yang dimiliknya.

"Kecuali satu sahaja, doktor! Keluarga saya! Itu adalah motivasi saya untuk terus berjuang. Selagi sihat, selagi tangan dan kaki ni boleh gerak, selagi tu saya usaha cari rezeki untuk mereka.

"Kental brader ni. Berdasarkan cerita dia tadi, boleh kata dia tinggal sehelai sepinggang, tapi dia kekal positif. Kekal bersemangat. Masih tak luntur jiwa juang dia tu walaupun PKP 2.0 baru sahaja diumumkan. Demi kelangsungan hidup keluarga dia," kata doktor itu.



Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.

Menurut Dr Kamarul, walaupun masih mempunyai simpanan dan pekerjaan, beliau sebenarnya tetap bimbang dengan keadaan yang berlaku pada masa ini.

"Dah goyang, kata orang. Saya tak tahu jika saya diuji dengan dugaan yang dihadapi oleh brader ni, bolehkah saya kekal optimistik macam dia.

"Semoga brader ni dikurniakan kesihatan berpanjangan. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan seperti dia ni. Semoga dugaan ini cepat-cepatlah berlalu," katanya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain