SETAHUN mengikuti misi pengaman di Lubnan, suami tiba-tiba muncul di hadapan rumah. Begitulah kisahnya yang berlaku apabila Nur Hidayah Rusli, 33, terkejut melihat kehadiran suaminya, Izzat Farhan Jamaluddin, 32, yang juga seorang tentera di hadapan kediaman isteri di Sepang, Selangor pada Sabtu lalu. Bercakap kepada mStar, anggota tentera yang mesra disapa Izzat itu mendedahkan turut bersepakat dengan rakan-rakan isterinya dalam merealisasikan kejutan berkenaan yang sudah lama dirancang. ARTIKEL BERKAITAN: Tahan sebak tak nak spoil detik gembira sekeluarga... riak wajah peniaga ikan buktinya, kejutan hadiah telefon pintar tambah seri hari lahir ke-53! ARTIKEL BERKAITAN: Berbulan kumpul duit jual nasi kukus, rungutan bapa dorong pemuda buat kejutan beri iPhone 12... next mahu hadiahkan Mercedes-Benz Namun katanya, dia juga terpaksa dikuarantin di sebuah hotel sejurus tiba baru-baru ini sebelum melaksanakan kejutan berkenaan pada Sabtu lau. "Kami 150 orang mengikuti misi di bawah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama setahun di sana. Saya pergi pada Oktober 2020 dijangka pulang Oktober 2021. Sekarang saya balik cuti sebulan dan akan ke sana pada 13 Februari ini. "Saya dah tiga tahun berkahwin. Sejak saya ke Lubnan, isteri menyewa dengan rakan-rakannya. Jadi sebelum balik saya dah berpakat awal-awal dengan rakan serumah isteri. Izzat dikuarantin di ibu negara sejurus tiba baru-baru ini. "Sepanjang tempoh kuarantin di Kuala Lumpur, saya juga terpaksa berlakon setiap kali buat video call. "Pakai uniform dalam bilik hotel, duduk belakang dinding. Bila hantar mesej pun saya ikut macam masa saya di Lubnan," ujarnya. Menurut Izzat, dia cukup gementar untuk membuat kejutan itu memandangkan sudah lama tidak bersua muka dengan isterinya. Isteri saya marah, dia kata kenapa tipu? Kenapa tak bagitahu dah balik? IZZAT Selain kepulangan penuh kejutan itu, dia turut membeli sebuah gajet sebagai hadiah atas kesabaran isterinya sepanjang berjauhan selama ini. "Syukur Alhamdulillah, saya rasa bersyukur, impian jadi kenyataan dapat buat kejutan tu. Saya juga ada belikan iPhone 12 Pro untuk dia. "Saya buat kejutan, letak telefon tu dalam kotak KFC. Reward untuk dia kena tinggal di sini. "Kawan-kawan serumah dia empat orang turut ambil cuti pada hari tu, mereka beli makanan untuk raikan kami. Mereka mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu. "Kalau ikut rancangan asal, saya dah tempah resort di Pulau Redang, mak saya pula berada di Kuching, Sarawak. Tapi semua tak boleh dilaksanakan sebab Covid-19. "Untuk habiskan tiga minggu cuti, saya sewa sebuah tempat di Sepang buat sementara waktu sebelum balik ke Beirut bulan depan," jelasnya. Menerusi video yang dikongsi, isterinya yang terkejut melihat kehadiran Izzat di hadapan rumah sempat melemparkan selipar ke atas jalan raya. Jelas Izzat, isterinya geram kerana tidak diberitahu terlebih dahulu mengenai kepulangan itu. Antara babak dalam video kejutan berkenaan. "Kalau tengok video tu boleh nampak yang saya nervous. Dari keluar hotel, pergi beli telefon sehingga ke rumahnya, saya nervous. "Isteri saya marah, dia kata kenapa tipu? Kenapa tak bagitahu dah balik?" ujarnya berseloroh. Kata Izzat yang masih belum diberi rezeki cahaya mata, dia bagaimanapun cukup bersyukur dapat pulang dengan selamat dan bertemu dengan buah hatinya itu yang kini berkhidmat sebagai kakitangan Qatar Airways. Dalam pada itu, dia sempat menitipkan pesanan buat rakyat negara ini agar terus tabah dalam menghadapi Covid-19 dan meminta semua terus menjaga diri sepanjang tempoh pandemik ini. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!