BERMULA sekadar hobi di zaman sekolah, kini dia tak menang tangan melayan permintaan pelanggan. Begitulah kisahnya mengenai Muhd Zulfadhli Ismail, 27, pelukis mural dan potret dari Besut, Terengganu yang semakin dikenali ramai. Mesra disapa Zul, dia berkata rezekinya semakin mencurah-curah selepas dia banyak berkongsi hasil karyanya menerusi aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Nak tengok lukisan atau pelukisnya dulu? - “Cantik itu subjektif” ARTIKEL BERKAITAN: Dah 5 kali interview arkitek tak dapat, pelajar master tak persia bakat seni... Yuna, Neelofa pun perasan! "Hakikatnya ia sekadar hobi je. Dulu saya suka conteng buku latihan sekolah. Kemudian saya melukis dan kongsi video di TikTok. Bermula di situ saya mula dapat permintaan, kemudian ia menjadi kerjaya. "Saya tak nafikan, ada ramai pelukis di Malaysia. Tapi Alhamdulillah saya boleh perkenalkan diri melalui TikTok. "TikTok juga yang melonjakkan nama saya. Saya dapat beribu-ribu mesej. Dari situ saya fikir, kenapa tak buat bisnes? Zul minat melukis sejak zaman sekolah lagi. "Tapi saya ambil harga murah-murah, kebanayakan dalam TikTok pun orang muda," ujarnya kepada mStar. Kata Zul, dia dihujani banyak permintaan untuk menghasilkan potret, namun menetapkan had 30 keping sahaja dalam tempoh seminggu. Ujarnya, kerjaya utamanya adalah pelukis mural dan dia sudah banyak melakarkan karyanya di negeri Terengganu, Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan Kelantan. TikTok ni ada positif, ada negatif. Jadi kita ambillah yang positif. ZUL "Dulu saya kerja kilang, sekarang pelukis mural sepenuh masa. Potret tu sampingan je. Mural ni saya dah buat dalam lima tahun. "Potret pun saya buat suka-suka je. Harga saya letak dalam lingkungan RM70 ke RM90 sekeping. Biasanya orang tempah untuk hari lahir, untuk pengantin... untuk diri sendiri pun ada," ujarnya. Zul tidak sangka TikTok banyak melonjakkan namanya sehingga dia dikenali ramai. Dalam pada itu, Zul mendedahkan dia pernah membuang aplikasi TikTok dalam telefonnya kerana kebanjiran kandungan yang tidak berfaedah suatu masa lalu. Namun katanya, dia kembali mendaftar akaun TikTok pada 2018 dan mengakui kini ia banyak diisi dengan pelbagai kandungan bermanfaat oleh netizen. Video-video lukisan Zul di TikTok. "Dulu pernah install, kemudian uninstall. Dulu banyak menari je. Tak lama kemudian saya install balik dan mula kongsi video lukisan saya. "TikTok ni ada positif, ada negatif. Jadi kita ambillah yang positif. Kita boleh kembangkan bakat hingga boleh menjana pendapatan melalui TikTok. Zul memiliki ratusan ribu pengikut di TikTok. "Jangan kita ragu. Sekarang ramai anak muda dah mula lihat yang TikTok boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan," ujarnya lagi. Sehingga kini, Zul memiliki lebih 420,000 pengikut di TikTok.Untuk rekod, Zul yang juga graduan Seni Halus Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) pernah memenangi pertandingan TikTok 1million Audition Competition dalam kategori seni sehingga dia diterbangkan ke Korea Selatan pada tahun 2019. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!