SEORANG calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mencuri perhatian ramai setelah dia berkongsi kisah susur galurnya menerusi aplikasi TikTok. Menerusi satu video tular, Muhammad Taufiq atau Masahiko Eisuke, 18, mendedahkan dia memiliki darah kacukan Jepun dan Malaysia. Menurut pelajar itu, bapanya, Abdul Rahman atau Masahiko Tazava berasal dari Jepun, manakala ibunya pula, Siti Intan Abdullah merupakan anak jati Jeli, Kelantan. ARTIKEL BERKAITAN: Wajahnya sering buat pengikut di TikTok keliru, tapi masih ramai berminat nak dalami ilmu daripada jejaka Arab-Malaysia ini ARTIKEL BERKAITAN: Disangka berdarah kacukan gara-gara video TikTok, jejaka akui ada yang terkejut dia boleh cakap loghat Kelantan Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Taufiq mengakui ada juga yang kurang percaya dengan kesahihan kisah hidupnya itu. "Sebenarnya saya tengok trend orang buat video macam tu, jadi saya terfikir untuk cuba. Sebab ada peluang untuk buat, bukan saja-saja nak tipu orang. "Ada sesetengah komen yang kata muka saya genetik Melayu. Habis tu, takkan la muka saya kena setepek macam anime? Video dikongsi Taufiq tular di aplikasi TikTok. "Saya tak hiraukan, tak terasa hati. Kepercayan orang tak melambangkan identiti saya. Mereka percaya atau tidak, itu lain cerita," ujarnya. Bercerita lanjut, Taufiq yang juga anak tunggal memaklumkan ibu bapanya bertemu di Putrajaya sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Mereka kini menetap di Johor, manakala Taufiq berpindah ke Kelantan dan dibesarkan oleh datuk serta nenek sejak berusia 5 tahun lagi. Masa kecil dulu malu nak mengaku, sekarang saya boleh terima kenyataan. TAUFIQ "Saya dilahirkan di Selangor. Umur 5 tahun pindah ke Kelantan. Sebab keluarga di Kelantan tak ada anak lelaki. "Masa kecil tu rasa sedih juga, sekarang dah tak ada apa-apa. Lama-lama saya dah terbiasa," ujarnya. Fasih bertutur dalam dialek Kelantan, Taufiq mendedahkan dia tidak menguasai bahasa Jepun dan hanya memahami beberapa perkataan dan ayat asas sahaja. Malah katanya, dia pernah berkunjung ke negara asal bapanya pada usia 14 tahun. Dalam pada itu, Taufiq mengakui dia juga pernah melalui episod duka apabila asal-usulnya dijadikan bahan jenaka suatu masa lalu. Taufiq bakal menduduki SPM tidak lama lagi. "Kawan-kawan pun tahu mengenai diri saya. Mereka dah biasa. Masa kecil dulu malu nak mengaku, sekarang saya boleh terima kenyataan. "Bangga dengan darah daging kita. Masa sekolah rendah ada yang ejek, sekarang dah tak ada sangat hal macam tu di sekolah menengah. "Banyak yang positif berbanding yang negatif, ramai bagi sokongan kepada saya," ujarnya yang bercita-cita mahu menjadi seorang juruterbang. Taufiq menetap di Jeli, Kelantan. Menurut Taufiq, dia juga menyimpan hasrat untuk berkunjung lagi ke negara Jepun, suatu masa nanti. Bercerita mengenai akaun TikTok miliknya, Taufiq yang mula aktif sejak tahun lepas suka berkongsi content berkaitan suntingan video dan foto. Malah katanya, dia juga turut menjadi jurufoto sambilan ketika cuti sekolah baru-baru ini bagi mencari pendapatan sampingan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!