suria

Lipas, tikus, cicak jadi mainan wanita ini... tunang cuak kena sakat!

Paparan skrin video tular itu yang meraih lebih setengah juta tontonan.

KEBANYAKAN orang tentunya takut dan geli untuk memegang lipas, namun tidak bagi wanita ini.

Menurut Siti Nor Farliana Zamri, 25, dia juga sudah terbiasa dengan haiwan itu sejak kecil lagi.

Selain lipas, dia yang mesra disapa Anna juga tidak kisah untuk memegang cicak, katak, tikus mahupun ular.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mesin rumput je! Turun bersawah, pasang siling pun gadis ni pernah buat... sakit badan ‘no hal’

ARTIKEL BERKAITAN: Manja! Angsa suka dipeluk tapi tak mesra budak-budak... pemilik popular sekelip mata selepas muncul di TikTok

Terbaharu, tular video memaparkan wanita itu membuat prank, menghulurkan seekor lipas yang masih hidup kepada tunangnya, Muhamad Amirul Izzat Kamal, 23, sehingga menerima lebih setengah juta tontonan.

Sewaktu dihubungi mStar, Anna berkata, video itu dirakam secara spontan dan dia sama sekali tidak menyangka ia akan meraih perhatian ramai.

"Video tu dah agak lama, cuma baru dikongsikan. Saya pun rakam secara spontan. Sekadar suka-suka saya post, terkejut bila viral.

Anna tidak menyangka video dia menyakat tunangnya akan tular di media sosial.

"Sewaktu video tu dirakam, saya minta tunang datang pasangkan kipas baharu di rumah saya. Kakak pun ada sewaktu kejadian tu.

"Masa tengah kemas barang, lipas keluar dan dia menggelabah. Jadi saya ambil seekor, letak dalam tapak tangan untuk prank dia," jelas Anna.

Menurut kerani yang menetap di Cheras, Kuala Lumpur itu, dia sudah biasa dengan haiwan-haiwan itu sejak kecil dan langsung tidak berasa geli.

Ada macam-macam komen. Ada yang geli, ada yang takut. Ada juga yang tanya macam mana saya boleh jadi berani?

ANNA

"Mula-mula dulu saya pun tak berani. Tapi bila dah cuba pegang, automatik rasa berani.

"Dulu masa kecil, duduk kat kampung, selalu jumpa lipas masa mengemas. Dah terbiasa buat main, jadi kebiasaan sehingga dewasa.

"Abang saya juga pernah tolong bela ular kawan dia, ular tu jinak kami pegang. Tikus, cicak pun saya tiada masalah," ujarnya lagi.

Pasangan ini merancang untuk mendirikan rumah tangga tak lama lagi.

Selain itu, Anna berkata keluarganya juga sangat menyayangi binatang.

"Mungkin sebab saya suka binatang. Kadang-kadang bagi anjing jiran makan.

"Kami sekeluarga sayang binatang. Mak saya kalau jumpa kucing terbiar, dia akan bawa balik. Ada dalam 25 ekor kucing di rumah," ujarnya lagi.

Mengulas video tular di TikTok yang meraih lebih 500,000 tontonan, Anna berkata dia terhibur membaca komen-komen netizen.

Malah, netizen turut terhibur melihat reaksi tunang Anna yang geli apabila dihulurkan seekor lipas dari tapak tangannya.

Antara komen netizen di TikTok.

"Ada macam-macam komen. Ada yang geli, ada yang takut. Ada juga yang tanya macam mana saya boleh jadi berani?

"Saya pun tergelak baca komen. Ramai yang terhibur dengan video tu," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Anna mendedahkan dia dan jejaka itu mengikat tali pertunangan pada tahun lalu.

Jika tiada aral melintang, mereka merancang mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain