suria

Kereta baru keluar kedai dah kemalangan, gadis tak patah semangat... mekap Axia dengan kos RM30 je - “Perempuan ni, kalau barang sendiri automatik jadi rajin”

Video memaparkan Anis membuat modifikasi ringkas bahagian luar keretanya tular di TikTok.

SEBUT sahaja mengenai hobi modifikasi kereta, ia biasanya sinonim dengan kaum lelaki.

Namun, berbeza pula kisahnya dengan Anis Nafisa Yusli, seorang pekerja kedai emas berusia 23 tahun yang tular selepas membuat ubah suai ringkas kereta Perodua Axia miliknya pada Selasa.

Mesra disapa Anis, dia mendedahkan baru pertama kali membuat sedikit hiasan untuk keretanya dan ia berjaya disempurnakan dalam tempoh singkat sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengusaha spa jiwa kental! Umur 12 tahun dah tunggang motor, tak serik 2 kali kemalangan... kini bangga ada 4 motosikal!

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun suami tak makan pujuk, tiba-tiba jadi sporting habis! Ibu 2 anak terkejut dapat restu tunggang superbike

"Ini kali pertama saya mekap kereta dan buat sendiri sepenuhnya. Saya memang dah rancang nak buat garisan merah pada kereta, kemudian terjumpa yang jenis boleh pantulkan cahaya dalam Shopee.

"Jadi saya terus beli, RM30 je. Sticker lining reflection ni saya pasang sendiri dari depan sampai belakang kereta.

"Sebelum ni pernah buat skirting. Tapi abah yang pasang, saya tolong pegang je," ujarnya kepada mStar.

Anis pernah kemalangan pada hari pertama dia membeli kereta tahun lalu.

Tambah gadis yang menetap di Pekan, Pahang itu, idea untuk membuat modifikasi luaran kereta miliknya timbul secara tiba-tiba sahaja.

Namun katanya, dia juga tidak sangka video mengenai keretanya yang dikongsi di TikTok akan meraih perhatian ramai.

Jelas Anis, dia juga percaya bahawa kaum Hawa boleh melakukan modifikasi sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh orang lelaki.

Perempuan ni kalau barang sendiri automatik jadi rajin nak jaga dan nak mekap.

ANIS

"Ramai yang bagi komen positif dan sokong suruh mekap lagi. Sudah tentu rasa terharu, rasa suka bila ada orang sokong apa yang kita buat.

"Nasihat saya kepada kaum Hawa, kena banyak tengok media sosial berkaitan mekap kereta. Jadi sebenarnya boleh je perempuan nak mekap kereta sendiri, kena yakin je.

"Perempuan ni, kalau barang sendiri automatik jadi rajin nak jaga dan nak mekap. Jadi kepada sesiapa yang nak buat, teruskan je.

Perubahan sebelum dan selepas yang dibuat oleh gadis itu.

"Kepada yang komen negatif tu, abaikan je. Mohon semua netizen sokong, tu je," ujarnya lagi.

Bercerita mengenai Perodua Axia itu, Anis berkata ia dibeli pada 22 Ogos tahun lalu dengan hasil titik peluhnya sendiri.

Namun, dia turut mendedahkan pengalaman duka terlibat dalam kemalangan pada hari pertama dia mengambil kenderaan itu.

Anis bersama kereta kesayangannya.

"Saya pernah kemalangan masa beberapa jam selepas beli kereta pada Ogos tahun lepas.

"Masa tu, ada seorang uncle Cina undur dan tak pandang cermin sisi. Lepas tu kena pintu belakang. Alhamdulillah dia ganti semula yang baharu," kata Anis.

Namun katanya, dia bersyukur apabila tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain