suria

Pendapatan, order, pengikut semuanya naik mencanak! Tak sia-sia lelaki ini berhenti kerja, fokus bisnes glass painting - “Ada yang tak henti tanya bila nak siap”

Fariz tidak menang tangan menerima tempahan glass painting sejak awal Mac lalu.

KREATIF dan lain daripada yang lain!

Itulah perkataan sesuai bagi menggambarkan kreativiti pemuda ini yang menghasilkan 'glass painting', salah satu seni lukisan yang menjadi trend ketika ini.

Salah satu video yang dimuat naik olehnya di aplikasi TikTok yang memaparkan bagaimana proses menghasilkan glass painting meraih lebih 2 juta tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Penat saya buat, dia senang-senang ambil” - Lukis potret wajah pelakon 7 Hari Mencintaiku, pelukis kesal ada yang selamba buat macam karya sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Balik Malaysia, wanita ini belajar Tezhip sendiri-sendiri untuk bina kerjaya... ‘simpan’ ijazah seni bina dari UK - “Duit dapat, pahala pun dapat”

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Fariz Jefri berkata, segala-galanya bermula tiga bulan lalu selepas dia menonton video TikTok di mana pelayar berkenaan melukis menggunakan cat pada sarung (casing) telefon bimbit.

"Selepas tu saya cuba dan lukis anime pada sarung telefon bimbit... bila ada dapat respon yang kata lukisan tu cantik dan cadangkan untuk jual, saya pun cuba buka order.

"Tapi mungkin tak ramai yang minat anime, order sangat slow. Kemudian saya fikir nak lukis wajah orang... rasanya belum ada lagi yang buat glass painting wajah orang.



Fariz berhenti kerja untuk memberi tumpuan kepada bisnes glass painting bermula awal bulan ini.

"Tak sangka bila kongsi video di laman sosial, dapat banyak juga order. Nak dijadikan cerita ketika itu saya masih bekerja di sebuah outlet Food & Beverages (F&B), memang penat. Balik kerja, nak kena siapkan lukisan pula.

"Akhirnya saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus kepada bisnes glass painting. Berminggu-minggu juga fikir sebelum buat keputusan berhenti kerja. Tapi ia boleh jana pendapatan... lagipun saya tak mahu sia-siakan bakat melukis," ujar pemuda berusia 22 tahun ini.

Menurut Fariz, dia mula menjadi pelukis glass painting sepenuh masa dan mengambil tempahan secara serius bermula awal bulan ini, selepas mendapat banyak permintaan.

Paling tidak dijangka, pengikutnya di laman Instagram dan TikTok naik 'mencanak' dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas beberapa videonya menjadi tular.



Fariz mampu menyiapkan lima keping glass painting dalam sehari.

"Malah terlalu ramai sangat yang hantar mesej di Direct Message (DM) untuk order. Sampai tak sempat nak buka satu-satu," katanya yang kini menetap di Shah Alam.

Bercerita mengenai kerjaya baharunya itu, Fariz berkata dia perlu bijak membahagikan masa untuk menyiapkan tempahan memandangkan semua proses dilakukannya seorang diri.

"Memang fleksibel sebab sayalah bos dan sayalah pekerja... cuma kena bijak bahagikan masa. Pernah ada kalanya tak cukup tidur nak siapkan tempahan... tapi bila tidur tak cukup, boleh buatkan mood tak bagus juga.

Berminggu-minggu juga fikir sebelum buat keputusan berhenti kerja. Tapi ia boleh jana pendapatan.

FARIZ JEFRI

PELUKIS GLASS PAINTING

"Jadi saya cuba untuk urus masa sebaik mungkin. Pagi-pagi bangun memang menghadap tempahan. Tengah hari kadang-kadang saya lebih suka order delivery saja.

"Selalunya dalam sehari saya akan siapkan lima lukisan... dalam seminggu tu anggaran 30 hingga 40 lukisan. Saya elakkan ambil tempahan banyak sekali gus... nanti tak terkejar pula," ujarnya sambil menambah, sekeping lukisan dijual pada harga RM75 termasuk kos pos.

Bersyukur dengan apa yang dikecapi kini, Fariz berkata dia tidak dapat melupakan kenangan pahit ketika peringkat awal mengambil tempahan pelanggan.



Antara karya glass painting yang ditempah oleh pelanggan dan siap untuk dihantar.

"Masa tu saya pakai kaca betul... tapi bila sampai dekat pelanggan, pecah. Lima orang pelanggan ketika itu yang saya terpaksa refund. Sedih juga sebab penat-penat buat tapi rosak. Selepas itu baru saya gunakan material lain iaitu kepingan plastik lutsinar.

"Cabaran lain pula, biasanya berdepan dengan kerenah pelanggan yang macam-macam ragam. Ada yang demand nak harga murah... sedih juga seolah-olah tak hargai effort kita. Ada yang tak henti-henti mesej tanya bila nak siap.

"Ada ketikanya cabaran datang daripada diri sendiri... kadang-kadang rasa muak juga mengadap lukisan hari-hari," katanya sambil berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain