BERBEZA daripada insan normal yang lain, namun ia sedikit pun tidak menjadi batu penghalang untuk pemuda ini berjaya menggapai cita-citanya. Siapa sangka, pemuda autisme yang didiagnos dengan 'asperger syndrome' ini kini sedang mengikuti housemanship untuk bergelar seorang doktor tidak lama lagi. Menurut ibunya yang hanya mahu dikenali sebagai Kay Foad, anak tunggalnya yang kini berusia 28 tahun itu memilih kerjaya sebagai seorang doktor kerana mahu mencari penawar bagi penyakitnya. ARTIKEL BERKAITAN: Pelukis autistik batal hasrat berhijrah, Dr Noor Hisham sebabnya... potret pada cawan Starbucks tanda penghargaan – “Siapa lagi kalau bukan kita bangunkan negara” ARTIKEL BERKAITAN: Kakak dedah adik hidap sindrom 'cri du chat', kopek muka sampai berdarah tanda protes, bosan -“Janganlah tenung anak istimewa macam raksasa” "Dia selalu berkata dia mahu tahu lebih mengenai dirinya dan mahu mencari penawar untuk apa yang dilaluinya. Tersentuh juga hati seorang ibu ini apabila dengar dia menuturkan ayat itu. "Sebagai ibu bapa, saya dan suami menyokong apa saja cita-cita dan minatnya. Memang seawal usia 13 tahun lagi dia sudah set dalam kepala untuk menjadi seorang doktor. Dia sangat 'determine' dalam apa jua situasi. "Jadi dia susun rancangan... di mana dia tahu kena ambil subjek apa dan macam mana nak capai cita-citanya. Alhamdulillah, kini sudah enam bulan dia ikuti housemanship. Persekitaran dan rakan sekerja sangat membantu. Kay Foad banyak membuat perkongsian mengenai kisah anaknya di Facebook. "Masih panjang perjalanannya sebab housemanship dua tahun... kami just ikut flow. Tidak meletakkan harapan tertentu, namun sebagai ibu bapa, sokongan adalah perkara utama," katanya yang merupakan seorang bekas guru. Bercerita mengenai 'asperger syndrome' yang dihidapi anak tunggalnya itu, wanita ini berkata ciri-ciri keadaan tersebut tidak ketara sebagaimana penghidap autisme yang lain. Menurut Kay Foad, ketika kecil anaknya merupakan seorang kanak-kanak yang hiperaktif dan dalam masa yang sama mempunyai 'speech delay', kurang kontak mata (eye contact) dan agak perlahan di dalam pembelajaran. Ujarnya, dia juga sanggup berhenti kerja ketika anaknya berusia 10 tahun semata-mata bagi memberi tumpuan yang lebih kepadanya. Keputusan SPM anak lelaki tunggalnya benar-benar membuktikan kekurangan diri bukan penghalang untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. "Saya sendiri bila tahu mengenai keadaannya, saya buat research supaya lebih faham. Anak-anak istimewa ni mereka tak pandai bercerita, jadi kita kena tahu lebih tentang mereka. "Kalau ikutkan, dulu kertas periksa dia memang merah (gagal) saja. Anak saya sekolah private, jadi saya dan suami upah guru tuisyen untuk ajarkan setiap mata pelajaran. Itupun di atas kehendaknya. Dia yang mahu. "Bukan tujuannya nak dia pandai, tapi lebih kepada sokongan kepada apa yang dia mahu. Kami hanya cuba sehabis baik untuk membantu. Tapi selepas itu terserah kepadanya. Saya dan suami upah guru tuisyen untuk ajarkan setiap mata pelajaran. Itupun di atas kehendaknya. Dia yang mahu. KAY FOAD IBU "Tak sangka, dia peroleh keputusan yang agak bagus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Alhamdulillah semuanya datang dari Allah," ujarnya sambil menambah anak lelakinya gemar membakar kek dan biskut selain gemar pergi ke gimnasium. Sering menulis coretan mengenai anaknya di laman Facebook Autisme Malaysia, Kay Foad berkata dia sama sekali tidak menyangka perkongsiannya mengundang perhatian ahli grup berkenaan. "Saya sebenarnya ambil masa juga sebelum bua keputusan untuk share. Tapi secara tak langsung nak beri satu 'leading proof' bahawa anak autisme juga boleh capai seperti insan lain. Rata-rata netizen kagum dengan pencapaian anak lelaki Kay Foad. "Kejayaan bukan ukuran tetapi perjuangan kami adalah untuk kehidupannya di masa hadapan. "Jauh sekali nak perhatian tapi sebenarnya lebih kepada perkongsian. Sebab apa yang saya dapati, ada sesetengah ibu bapa masih denial dengan keadaan anak mereka. "Bagi saya, sebagai ibu bapa, kita kena beri sokongan terhadap apa jua minat anak-anak. Jangan guna alasan status kaya atau sebaliknya, tapi selagi ada ruang, kita usaha untuk anak-anak. Yang penting jangan putus asa," katanya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!