KEBERANIAN seorang gadis membantu seekor biawak yang dijerat dengan tali ternyata menerima pujian ramai. Kisah mengenai Nur Syahira Natasya Abd Hamid, 21, tular selepas ia dikongsi di laman TikTok oleh majikannya, Nur Atiqah Mohd Fadzil, 23, yang juga seorang peniaga pakaian pada Khamis. Nur Atiqah yang mesra disapa Eiqa berkata dia amat kagum dengan sifat berani yang ditunjukkan oleh kakitangannya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Video jejaka berbaju Melayu 'takut-takut' berdepan biawak curi perhatian, tak pasal-pasal jadi ‘buruan’! ARTIKEL BERKAITAN: Kakakku rela ‘digigit biawak’! Adik dedah abang ipar malas teruk, setahun goyang kaki rumah mentua... tolak offer kerja - “Mak ayah aku pelik kenapa lama sangat cuti” "Gadis dalam video viral itu merupakan staf saya. Tapi dia sudah dianggap seperti adik saya sendiri. Kami satu team pada masa tu baru sahaja selesai makan tengah hari. "Ketika nak naik kereta untuk balik sambung kerja, dia nampak ada biawak yang diikat pada bahagian bawah kereta. Mula-mula saya ingatkan dia bergurau. Eiqa (kanan) berkongsi video mengenai Nur Syahira (kiri) menerusi TikTok miliknya sehingga meraih hampir 500,000 tontonan. "Rupa-rupanya memang ada biawak. Nampak macam ada orang ikat pada bahagian kepala dan tubuhnya, seperti jerat. Ia diikat dengan ketat sekali," ujarnya wanita yang berasal dari Sungai Petani, Kedah ini ketika dihubungi mStar. Menurut Eiqa, Nur Syahira tanpa berlengah terus menghampiri haiwan itu dan cuba membuka tali yang diikat pada badannya. Dia seorang yang sangat rajin dan berani. Malah, kucing saya yang sakit pun dia tolong jaga dan rawat. IEQA "Mujurlah dia ada sifat berani. Kami yang tengok pun rasa kesian. Kami boleh je biarkan, biawak je pun. Tapi kami tak sampai hati. "Jadi staf saya itu cuba buka tali, tapi tak berjaya. Mujur ada seorang lagi staf saya pergi beli gunting di kedai berhampiran. "Nur Syahira pegang badan biawak tu dan dia potong tali berkenaan. Kalau tengok tali tu, saya rasa memang ada orang aniaya, bukannya ia terbelit sendiri," jelasnya lagi. EIqa bangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh pekerjanya itu. Menurut Eiqa, dia juga bangga apabila ramai netizen memuji sikap berani kakitangannya itu setelah video yang dikongsinya di TikTok meraih hampir 500,000 tontonan. "Saya sangat terharu, pada masa sama saya rasa bangga. Dia seorang yang sangat rajin dan berani. Malah, kucing saya yang sakit pun dia tolong jaga dan rawat. "Saya pun tak ada niat nak viralkan video itu, saya cuma kongsi. Tapi mungkin dengan video itu juga, ia jadi pembuka rezeki untuk perniagaan saya. Paparan skrin video viral itu. "Sumpah terharu bila viral macam ni walaupun bukan saya yang ada dalam video tu. Sebab kita sendiri pun tak berani nak pegang biawak seperti apa yang dilakukannya," ujar Eiqa lagi. Dalam pada itu, video kejadian yang dirakam di Kampung Baru, Kuala Lumpur itu tidak henti-henti dihujani dengan pelbagai komen netizen. Selain memuji sikap berani Nur Syahira, ada netizen yang turut memperkatakan mengenai kejelitaan wajahnya. "Dah la cantik, tak takut pula tu. Untung dapat jadikan isteri. "Terbaiklah sis. Aku yang lelaki ni pun takut dengan biawak. "Terima kasih sis. Alhamdulillah masih ada insan yang berhati perut. "Awak memang berani, semoga awak dimurahkan rezeki dan sihat selalu," tulis beberapa netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)