SUSUT 10 kilogram dalam masa 20 hari! Melihat transformasi wanita ini sebagaimana yang dikongsikan di aplikasi TikTok, rata-rata meluahkan rasa kagum dengan perubahan ketara tubuh badannya daripada bersaiz comel sehingga menjadi langsing. Lebih menambah rasa kagum apabila wanita ini kelihatan lebih anggun dalam busana pengantin yang disarung sewaktu majlis perkahwinannya. ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan dipercepatkan, pengantin idam pakai baju saiz XS berjaya turun 11kg dalam 3 bulan - “Suami sedih, dia rasa saya gigih” ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan suami isteri obesiti berjaya turun berat badan kepada 2 digit, dulu beratus kilogram - “Faham kesusahan orang berbadan besar” Berkongsi cerita dengan mStar, Syuhada Norzi berkata pada asalnya saiz tubuhnya tidak 'terlalu comel' dan berat badan juga sekitar 70 kilogram, sesuai dengan ketinggiannya. Namun, satu peristiwa sedih yang dialami tiga tahun lalu menyebabkan dia tertekan sehingga mengabaikan penampilan diri sendiri. "Ketika itu saya sedang berkawan dengan seorang pemuda dan kami bakal bertunang. Tapi ditakdirkan, bakal tunang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Ketika itu sekitar tahun 2018. Syuhada (dua, kanan) berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram dalam masa 20 hari. "Sebelas hari saya sedih sehingga tak lalu makan. Pada satu tahap, saya asyik makan dan makan kerana stres. Disebabkan tabiat tersebut, berat badan saya naik sehingga lebih 90 kilogram. "Masa tu memang ada yang tegur dengan perubahan saiz badan tapi saya tak kisah pun. Saya rasa banyak pakaian dah tak muat tapi masih tak kisah. Memang malas nak fikir soal jodoh-jodoh ni sehinggalah seorang lelaki hulur salam perkenalan," kata wanita berusia 26 tahun ini. Menurutnya, lelaki berkenaan adalah rakan yang sudah lama dikenalinya di laman Facebook. Cerita Syuhada, dia enggan mengambil serius kerana tidak menyangka ada lelaki yang mahu berkenalan dengan wanita bersaiz 'comel' seperti dirinya. Syuhada kelihatan anggun dan langsing selepas berjaya menurunkan berat badan sebelum majlis persandingan. "Selalu bila dia ajak berjumpa memang saya tolak sebab kita kan berisi, ada perasaan malu sikit. Tak percaya pun ada juga sebab selama saya bersaiz comel ni, tak ada seorang lelaki pun nak mengorat... tiba-tiba dia pula nak mengorat. "Tapi itulah kalau dah namanya jodoh. Dalam tempoh kurang lima bulan, dia lamar nak jadikan saya sebagai isteri walaupun perkenalan kami sungguh singkat. Allah ambil orang baik, Dia gantikan juga dengan orang yang baik," ujar wanita berasal dari Kuala Berang, Terengganu ini. Tambahnya, sebelum bergelar raja sehari, dia mengambil inisiatif untuk cuba menurunkan berat badan. Selama saya bersaiz comel ni, tak ada seorang lelaki pun nak mengorat... tiba-tiba dia pula nak mengorat. SYUHADA NORZI "Masa tu saya dah cuba buat carian tentang menu makanan untuk diet. Tapi cara saya, saya makan nasi macam biasa cuma banyakkan pengambilan air putih. Selain tu, saya amalkan makan buah-buahan khususnya tomato. "Saya tak exercise sangat... cuma zumba sekali sekala. Selain itu, saya ada juga cuba amalkan minuman produk pelangsingan badan. Alhamdulillah, hasilnya memang nampak. "Saya dapat turunkan 10 kilogram dalam masa 20 hari. Saya kuruskan badan bukan semata-mata nak berkahwin saja, tapi untuk kesihatan juga. Masa berisi, kitaran period memang tak teratur sedangkan sebelum tu okay saja. "Masa berisi juga selalu sakit lutut dan tumit. Lagi stres kalau nak gayakan baju yang cantik-cantik. Jadi itu antaranya saya nak kurangkan berat badan," katanya yang melangsungkan majlis perkahwinan pada Ogos tahun lalu. Syuhada sewaktu dirisik keluarga bakal pengantin lelaki. Mempunyai berat badan sekitar 65 kilogram ketika ini, Syuhada berkata dia sama sekali tidak menyangka perkongsiannya mengundang perhatian netizen. "Memang ramai yang WhatsApp dan tinggalkan komen minta saya tips. Saya sekadar nak share pengalaman sendiri saja. Apa yang boleh saya katakan, kalau nak kurus, kena disertai dengan usaha. Tak boleh cakap nak kurus tapi tak usaha. "Usaha takkan khianati kita, tapi kita yang mengkhianati usaha," katanya lagi. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!