suria

Niat asal nak kurus sebab dikutuk ‘tak ada leher’, tapi dapat ‘bonus’ badan berotot - “Six pack tu ori, bukan pakai filter”

Transfrormasi yang dilakukan Haqim selepa mengamalkan diet dan senaman di gim.

ASALNYA mahu menguruskan badan tetapi transformasi seorang pemuda yang rajin bersenam di gim membuahkan hasil yang luar biasa.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, pemuda berkenaan yang pernah mempunyai bentuk badan besar kini semakin fit, malah perutnya berotot tegap atau six pack.

Pemuda berkenaan, Luqman Haqim Syahril Azhar berkata, dia pernah melalui fasa obesiti di mana berat badannya mencecah 120 kilogram (kg).

ARTIKEL BERKAITAN: Gemuk, kurus dan kini sado! Lelaki buat transformasi 'Bang Jago' dedah kisah isteri menangis ketika urut kakinya

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kantoi edit foto 6 pack, sekarang badan betul-betul berketul... siap buka gim sendiri - "Bila keluar penjelasan di mStar, lebih kuat semangat saya"

Anak muda berusia 22 tahun itu pernah cuba untuk menguruskan badan beberapa kali tetapi mengakui motivasi yang tidak kuat menyebabkan usahanya berhenti separuh jalan.



Di awal proses untuk menguruskan badan.

"Saya ni kuat makan sejak kecil. Apa je yang saya tak makan. Saya akui makan berlebihan walaupun dah kenyang, atau tak rasa lapar pun saya makan je.

"Tapi masalah obesiti ini membuatkan saya senang jatuh sakit dan sakit kepala, sehingga pergi ke klinik beberapa kali kerana tekanan darah tinggi," katanya kepada mStar.



Haqim aktif bermain sukan ragbi.

Lebih mesra disapa Haqim, katanya, dia mula mengamalkan diet pada akhir 2019 tetapi tidak secara konsisten dan hanya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jun 2020 baru dilakukan secara serius.

"Saya masuk gim pada Jun tahun lepas dan hampir setiap hari bersenam. Tak ada ambil mana-mana jurulatih peribadi tetapi mendapatkan tip senaman di laman YouTube.

"Dari 120kg, berat badan saya menyusut sehingga ke sekitar 73kg. Six pack dalam video TikTok tu ori (asli) bukan pakai filter," ujarnya yang berasal dari Shah Alam.



Haqim memiliki six pack selepas rajin bersenam di gim.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, dia bagaimanapun tidak berhasrat untuk memasuki mana-mana pertandingan badan cantik atau bina badan.

Sebaliknya, pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor itu sekadar mahu mengekalkan berat badannya sekarang supaya sentiasa sihat dan cergas.

Kalau orang gemuk nak kurus, mental kena kuat. Ketepikan apa orang cakap, jadikan kutukan mereka sebagai motivasi untuk lebih kuat, dan bukannya melemahkan.

LUQMAN HAQIM SYAHRIL AZHAR

"Bukan mudah untuk kekalkan six pack, tetapi sekurang-kurangnya saya dapat kekalkan berat badan yang ideal untuk saya bergiat aktif seperti bermain sukan ragbi," ujar pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuteraan Mekanikal itu.

Walaupun perjalanannya untuk menguruskan badan bukannya mudah, namun kata Haqim, ibu bapanya banyak memberikan sokongan dan motivasi.



Penampilan terbaharu Haqim.

Tambahnya, perkongsian video di Tiktok itu juga untuk memberi inspirasi kepada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

"Kalau orang gemuk nak kurus, mental kena kuat. Ketepikan apa orang cakap, jadikan kutukan mereka sebagai motivasi untuk lebih kuat, dan bukannya melemahkan.

"Dulu saya pun pernah kena kutuk, dikatakan gemuk tak ada leher. Ada yang sindir joging tu boleh buat kurus ke.

"Tapi saya tak ambil kisah, saya cuba buktikan pada mereka yang saya mampu lakukan perubahan, malah lebih baik daripada apa yang mereka ada," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia