VIDEO seorang pemuda menyanyikan lagu Listen dendangan bintang terkenal, Beyonce sudah cukup menggembirakannya apabila meraih 50,000 tontonan di aplikasi TikTok. Bagaikan 'dirasuk' aura penyanyi antarabangsa itu, aksinya menyanyi di dalam kereta bukan sahaja membuatkan rakan baik yang duduk bersebelahan terpegun, malah menarik perhatian ramai. "Lagu ni memang roh Beyonce akan merasuk siapa-siapa yang menyanyi," komen netizen. ARTIKEL BERKAITAN: "Saya guna suara kepit" - 'Abang misai bersuara Tok Ti' nyanyi di pasar malam selepas dipujuk rakan... alamak ramai sudah keliru! ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tertipu, suara anak Kelantan ini sebenarnya padu... hanya acah-acah bersuara sumbang - "Dulu ada tak suka saya 'perform' sebab gemuk" "Sedapnya rasa macam nak berenang dalam lautan suara ni," komen netizen yang lain. Acap (kanan) bersama rakan baik. Namun, siapa sangka pemuda kelahiran Pekan, Pahang ini sebenarnya mempunyai kisah yang terpendam di sebalik minatnya dalam nyanyian sejak kecil. Anak muda berusia 23 tahun itu, Muhammad Firdaus Asyraf Kamaruddin tidak menyangka videonya menyanyikan lagu yang diminati rakan baiknya itu menjadi tular. "Saya sebenarnya lebih biasa nyanyi lagu-lagu Melayu, tapi saja cuba nyanyi lagu Listen sebab rakan baik suka dengan lagu tu. Mula-mula saya nyanyi macam biasa. "Saya kemudian kejutkan rakan baik dengan menyanyi seperti meneran ikut gaya suara Beyonce. Masih suara saya tapi menukar teknik nyanyian," katanya kepada mStar. Acap minat menyanyi sejak kecil. Lebih dikenali sebagai Acap, dia mengakui dirinya sebenarnya pemalu untuk menyanyi di khayalak ramai selain belum berpeluang untuk menonjolkan bakatnya. "Memang minat menyanyi sejak kecil, tapi setakat menyanyi di karaoke. Pernah nyanyi di kenduri kahwin pun ketika sesi karaoke, dan bukannya dijemput sebagai penyanyi jemputan. "Tapi sejak 2016, barulah saya ada keberanian untuk menyanyi secara terbuka menerusi perkongsian video di laman sosial seperti Instagram, YouTube dan TikTok," ujarnya. Acap gemar berkaroke. Walaupun pemalu sebelum ini, anak bongsu daripada empat beradik itu tidak pernah berhenti berharap untuk mengejar cita-citanya sebagai penyanyi. Acap berkata, dia pernah menghantar videonya menyanyikan lagu Cinta Teragung dendangan penyanyi Hazama untuk uji bakat bagi program realiti Akademi Fantasia (AF) 2016, yang menyaksikan peserta Amir Masdi diangkat sebagai juara sebelum bergelar penyanyi. Siapa tahu suatu hari nanti saya diberikan peluang untuk menyanyi di khalayak ramai insyaAllah, saya sekarang lebih berani dan yakin. MUHAMMAD FIRDAUS ASYRAF KAMARUDDIN Tambah Acap lagi, dia juga pernah mencuba nasib dengan menghantar video menyanyikan lagu Kekasih Bayangan dendangan penyanyi Indonesia, Cakra Khan untuk uji bakat program realiti hiburan I Can See Your Voice Malaysia pada Januari lalu. "Kedua-dua video tersebut dihantar untuk uji bakat tapi tiada panggilan atau pemilihan ke peringkat seterusnya. Belum ada ada rezeki untuk saya," katanya yang juga berkebolehan bermain gitar. Acap berharap diberikan peluang untuk menonjolkan bakat menyanyi. Bertugas sebagai pekerja pembersihan di sebuah hospital di Kuantan, Pahang sejak setahun lalu, Acap selesa menyanyi seorang diri sekiranya mempunyai waktu terluang. Malah, peminat penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Anuar Zain serta penyanyi British, Adele ini tidak malu menyanyi ketika bertugas di tandas. "Saya kadang-kadang menyanyi dalam tandas sambil cuci lantai. Saya selesa nyanyi di tandas jika tak ada orang kerana tidak menganggu sesiapa, dan best sebab bunyi lebih bergema. "Siapa tahu suatu hari nanti saya diberikan peluang untuk menyanyi di khalayak ramai insyaAllah, sekarang saya lebih berani dan yakin," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)