suria

Mak mentua, kakak ipar selamba sindir ‘rahim lemah’... isteri baru keguguran bengang suaminya hanya mampu jadi tunggul

Wanita itu mengaku tawar hati untuk pulang ke kampung, risau menjadi bahan buah mulut mentuanya. (Gambar Hiasan)

KISAH hubungan dingin antara ibu mentua dengan menantu perempuan bukanlah perkara baharu.

Selain kisah dari mulut ke mulut mengenai insan yang kita kenali, permasalahan ini juga sering menjadi paparan dalam drama di televisyen.

Terbaharu, seorang wanita tampil berkongsi cerita, mendakwa menerima layanan buruk daripada ibu mentuanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 6 tahun tinggal bersama, wanita anggap ibu mentua bagai BFF... sebak imbas saat umrah bersama di Makkah

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu nak lepas gian ambil gambar, jenuh pujuk mentua jadi model... tak pakai gincu pun tak apa

Menurut coretan wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, dia pernah disindir ibu mentua selepas mengalami keguguran kandungan pertamanya suatu masa lalu.

"Saya berkahwin selama dua tahun lebih, kami belum dikurniakan zuriat, kami masih dalam usaha. Tahun pertama saya keguguran.

"Bila habis pantang, saya selalu disindir ibu mentua. Dia seolah-olah nak salahkan rahim saya tak kuat... lemah.

"Sedihnya saya. Setiap kali balik kampung selalu ada yang sindir termasuk kakak ipar," dakwa wanita itu.

Selain sindirian, dia juga terasa hati apabila suaminya selalu memberi wang kepada ibu sendiri, namun tidak pernah melakukan perkara sama kepada ibunya.

Wanita itu mendakwa sering menjadi mangsa 'mulut celupar' ibu mentuanya yang bercerita mengenai dirinya. (Gambar Hiasan)

"Mak mentua selalu minta duit dengan anaknya yang juga suami saya. Padahal suami tak pernah terlepas bagi setiap bulan.

"Tapi suami tak pernah bagi satu sen pun kepada mentuanya iaitu ibu bapa saya. Ya memang saya tahu ia tak wajib.

"Tapi kenapa tak ada keadilan untuk ibu bapa saya? Saya terasa sangat. Kami suami-isteri kedua-duanya bekerja," ujarnya lagi.

Tambah wanita itu, dia juga tawar hati untuk pulang ke kampung, risau menjadi bahan buah mulut mentuanya.

Sampaikan saya rasa nak naik angin bila suami tak bela isteri sendiri.

ISTERI

Malah, suaminya sekadar mendiamkan diri setiap kali dia mengadu mengenai masalah ini dan apa yang terbuku di hatinya.

"Mulut mak mentua saya sangat bahaya, suka cerita sana-sini. Kadang-kadang kisah saya disebarkan di kampung.

"Bila saya luahkan pada suami, dia diam tak cakap apa-apa. Sampaikan saya rasa nak naik angin bila suami tak bela isteri sendiri.

"Saya takut nak balik kampung menghadap mereka," luahnya lagi menerusi Facebook Kisah Rumah Tangga.

Antara komen netizen.

Kata wanita itu, dia juga risau apabila ibu mentua meluahkan hasrat berkunjung ke rumahnya.

"Kami sewa rumah kecil je, takut dia mengata di belakang. Sebab rumah mak saya sendiri dia pernah mengata di kampung.

"Maklumlah rumah teres, dapur standard je. Bukan macam rumah dia di kampung," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, netizen di Facebook turut menyelar tindakan mentua dan ipar wanita itu yang bersikap suka menyindir.

Malah, netizen turut memberi nasihat agar wanita itu terus tabah berhadapan situasi berkenaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain