RAKAMAN memaparkan seorang wanita sedang menangis sewaktu hari perkahwinan abangnya ternyata menjentik emosi pelayar Instagram. Menurut Nor Amilia Mohd Ramli, 26, video itu dirakam di sebuah pejabat Agama Islam di Johor selepas abangnya, Mohd Amin Syarif, 29, selamat dinikahkan dengan wanita pilihan hatinya pada Ahad lalu. Mesra disapa Amilia, dia mengakui gagal menahan sebak kerana terlalu rapat dengan abangnya itu sejak mereka kecil lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan pengantin Instafamous ‘jalan terus’, tak kisah cakap negatif kahwin muda ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan 9 tahun berakhir, wanita ini ‘bersanding’ sendirian selepas kekasih nikahi orang lain "Kami ada sembilan adik beradik, dia anak ketujuh manakala saya anak kelapan. Kami paling rapat sejak kecil. Memang kesayangan, saya selalu akan ikut dia. Ibaratnya macam bodyguard saya. "Abang akad nikah di pejabat Agama Islam, jadi kami tak boleh masuk. Saya hanya tengok video yang dirakam sewaktu berada dalam kereta. "Bila dengar dia sebut lafaz akad nikah, terus saya menangis. Kebetulan kakak rakam situasi itu, kemudiannya saya kongsi di Instagram. Amilia menyediakan semua hantaran untuk abangnya. "Perasaan masa tu, saya tumpang gembira untuk dia. Pada masa sama saya kena terima kenyataan yang dia dah ada kehidupan baharu," ujarnya kepada mStar. Menurut model yang juga usahawan kosmetik itu, hubungan akrab mereka berdua turut dibuktikan dengan satu 'perjanjian' yang dibuat bersama, beberapa tahun lalu. Semoga kekal sehingga ke syurga. Saya percaya isterinya boleh jaga abang lebih daripada apa yang saya lakukan. AMILIA "Abang kalau boleh tak nak saya rapat dengan mana-mana lelaki. Dia risau saya disakiti. Kami rapat sampai buat perjanjian bahawa masing-masing tak boleh couple. "Dia juga risau kalau saya bertemu dengan lelaki yang tak baik. Last-last dia kahwin dulu. Itu perjanjian dari zaman remaja. Amilia merupakan seorang model. "Abang juga pernah berkata, dia sanggup mati untuk pertahankan saya," ujar Amilia lagi. Dalam berat hati melepaskan abangnya, Amilia turut menguruskan persiapan perkahwinan apabila dia bertungkus-lumus membuat semua hantaran sempena hari bahagia itu. "Hantaran dia semua saya yang buat. Itu kali pertama saya gubah hantaran. Saya sediakan segalanya termasuklah baju. Amilia bersama kedua-dua mempelai. "Abang sibuk dengan kerja, jadi dia kata letak hantaran dalam paper bag pun tak apa. Tapi saya kata tak logik, jadi saya gubah untuk dia," kata Amilia lagi. Dalam pada itu, Amilia berharap agar perkahwinan abangnya itu berkekalan selamanya. "Semoga kekal sehingga ke syurga. Saya percaya isterinya boleh jaga abang lebih daripada apa yang saya lakukan. "Saya doakan yang terbaik untuk mereka," ujarnya lagi. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!