PENGGUNA aplikasi TikTok digemparkan dengan video pasangan mempelai yang mana pengantin perempuan nampak sedikit berisi di bahagian perut seperti tanda 'baby bump'. Namun, jangan salah faham kerana empunya video terlebih dahulu memberi penjelasan menerusi kapsyen pada posting tersebut. "Masa baby dalam perut. Nikah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Tak sempat buat majlis, awak dah keluar sayang. So mummy buat keputusan shot je lah," tulisnya. ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara 'baby bump', wanita ini dipersoal nikah ketika hamil... ada kisah sedih terpaksa dilaluinya ARTIKEL BERKAITAN: Gigih sorok kehamilan dan 'baby bump' di media sosial, suami pun sokong... tapi akhirnya terpaksa pecah rahsia kerana durian! Pengantin perempuan itu, Nurulhuda Bawal memberitahu, dia dan suami bernikah pada 21 Mei 2020 di pejabat agama ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Mona (kanan) dan suami bernikah pada 21 Mei 2020. Wanita berusia 26 tahun itu berkata, majlis persandingan terpaksa ditunda sebanyak tiga kali dari tarikh nikah yang asal ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada April. "Ikutkan majlis sanding buat masa nikah 10 April tapi masa tu tengah PKP. Tarikh baru nikah pada 21 Mei pula tak boleh buat majlis keraian ikut SOP (prosedur operasi standard). "Kami kemudian cadang nak buat majlis sanding pada November 2020 tapi terpaksa tunda lagi sebab ada kluster Covid-19 di kawasan kami di Batu Pahat, Johor," katanya kepada mStar. Mona syukur kerana bunting pelamin. Lebih dikenali sebagai Mona, katanya, dia tidak dapat menunda lagi majlis persandingan ke tarikh baharu kerana disahkan hamil selepas bernikah. "Saya ni bunting pelamin, syukur Alhamdulillah rezeki. Tunda beberapa kali tu sebab perut belum membesar. Tapi dah makin lama, perut makin besar dan saya mudah berasa penat. "Takkan bersanding atas pelamin dalam keadaan tercungap-cungap. Sanding patutnya santai-santai dan bukannya dalam keletihan," ujarnya yang mula mengenali suaminya pada 2018. Mona (kanan) dan suami menggabungkan foto perkahwinan dan kehamilan. Menurut jurusolek (MUA) itu, dia dan suami kemudian bercadang untuk mengabadikan kenangan perkahwinan mereka di samping kehamilannya menerusi foto baju pengantin. "Masa tu usia kandungan saya baru nak masuk bulan kesembilan. Penggambaran foto kiranya dua dalam satu, untuk perkahwinan kami dan kehamilan saya. Kalau letak video je nanti orang salah faham sampai fikir yang bukan-bukan. Saya ni takut kena kecam, tak tahan dengan komen-komen netizen MONA "Syukur Alhamdulillah muat juga pakai baju pengantin yang sewa ni walaupun perut tengah besar. Pemilik butik kata baju tu yang terakhir untuk cuba, kalau tak muat memang tak dapat pakailah. "Sesi fotografi hanya berlangsung selama dua jam. Cukuplah dua jam, itu pun dah tak larat. Bila dah sarat mengandung ni lebih cepat terasa penat," ujarnya. Pasangan ini mula mengenali antara satu sama lain pada 2018. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Mona berkata, dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada 5 Mac lalu dan baru selesai berpantang selama 44 hari. "Saya post video baju pengantin di TikTok pada hari pertama selepas saya habis berpantang. Memang kapsyen video saya tulis begitu untuk bagi orang faham. "Kalau letak video je nanti orang salah faham sampai fikir yang bukan-bukan. Saya ni takut kena kecam, tak tahan dengan komen-komen netizen," ujarnya secara berseloroh. Mona (kanan) dan suami (belakang) bersama anak sulung mereka. Mona yang turut membantu suaminya berniaga bubur ayam bagaimanapun belum bercadang untuk meneruskan hasrat untuk melangsungkan majlis persandingan buat masa ini. "Saya baru habis berpantang, dan anak pun masih kecil. Memang tak boleh nak bersanding atas pelamin sebab nanti anak siapa pula nak jaga. "Menangis satu hal, anak nak menyusu lagi. Nanti majlis sanding jadi kelam-kabut. Mungkin tunggu anak dah besar sikit atau cukup kenangan fotografi baju pengantin tu," katanya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!