suria

“Sorry tak good looking macam orang lain, tapi saya yakin” - Pelajar tak mahu pendam bakat hanya kerana badan besar, video cover lagu Bruno Mars raih pujian

Video nyanyian Bob meraih perhatian pengguna media sosial.

BAKAT seni yang dimiliki jejaka Sarawak ini ternyata bukan biasa-biasa.

Malah, video dia menyanyi lagu It Will Rain dendangan asal bintang popular antarabangsa, Bruno Mars turut meraih perhatian netizen.

"It Will Rain, sorry saya tak good looking macam orang lain, tapi saya yakin dengan diri sendiri. Gemuk is awesome," tulis Mohammad Haziq Yunus menerusi kapsyen video di TikTok.

Mesra disapa Bob, dia yang berusia 21 tahun mula menyanyi ketika di sekolah rendah dan pernah beberapa kali membuat persembahan ketika zaman persekolahannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suara bak nyanyian dalam mimpi, ada kata penuntut UiTM ini boleh dodoi tidur... belum dengar full version lagi tu!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ‘rindu ex’ nyanyi di tangga, kawan rakam pun tak sedar... tahu-tahu ramai offer jadi pengganti!

"Saya sekarang masih belajar dalam bidang Pengurusan Pejabat di Samarahan. Saya mula menyanyi masa sekolah rendah.

"Tapi saya betul-betul menyedari bakat ini ketika tingkatan satu. Kalau ada acara seperti sukaneka dan sebagainya, saya akan menyanyi.

Bob mengakui pernah menerima komen kecaman di media sosial.

"Saya mula post video cover nyanyian pada tahun 2019. Saya kongsikan di Facebook, Instagram dan TikTok," ujarnya kepada mStar.

Menurut Bob, dia turut meluahkan hasrat untuk membuka saluran YouTube bagi berkongsi video nyanyiannya menerusi platform itu.

Katanya lagi, sebagai individu berbadan besar, dia yakin dengan bakat yang dimiliki untuk tampil di media sosial seperti insan-insan lain.

Jangan malu, jangan segan dan jangan pendam bakat yang ada.

BOB

Biarpun pernah dilemparkan kata-kata kurang menyenangkan, Bob enggan berputus asa dan menjadikan ia sebagai motivasi untuk terus maju.

"Memang ada komen negatif. Pada tahun lepas misalnya, ada orang komen kata saya gemuk, tak boleh menyanyi dan tak good looking.

"Benda tu membakar semangat saya untuk terus ke depan. Saya juga tak akan balas komen begitu, saya biarkan saja. Tak perlu hiraukan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bob mula menyanyi sejak zaman sekolah lagi.

"Kenapa perlu ada rupa untuk menyanyi, yang penting bakat," ujarnya lagi.

Pesan Bob kepada individu senasib dengannya, jangan rasa rendah diri, sebaliknya sentiasa yakin untuk menonjolkan bakat dimiliki.

"Jangan malu, jangan segan dan jangan pendam bakat yang ada.

Kata Bob, dia terharu dengan sokongan yang diterima.

"Kalau gemuk, kurus, muka hodoh pun tak apa, janji tunjuk bakat, masyarakat akan tengok," ujar Bob yang tak menolak rezeki andai dapat bergelar penyanyi suatu masa nanti.

Menurut Bob, dia bersyukur dengan sokongan yang diterima di media sosial.

Malah, dia sedaya upaya cuba memenuhi permintaan netizen untuk dia menyanyikan lagu-lagu pilihan mereka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain