SEBAGAI penggemar filem, gadis ini memasang impian untuk memiliki bilik wayang di kediaman sendiri. Akhirnya, hasrat itu berjaya direalisasikan oleh Nur Fatihah Hassan, 22, pada penghujung tahun lalu. Suasana serba indah bilik itu turut dikongsi menerusi video di TikTok sehingga ia tular dan mendapat perhatian ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Interior Design jelmakan sentuhan magis di kamar tidur, ibu 'teringin' siap buat permintaan khas - “Ingat tak sempat sebelum raya” ARTIKEL BERKAITAN: "Tak semua lelaki pengotor", dekorasi DIY pelajar ini kejutkan ramai teman sekampus Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Fatihah mengakui sudah lama memendam idea itu sebelum ia berjaya dilaksanakan selepas menamatkan pengajian. "Sebelum ini saya belajar tahfiz di Kelantan selama tiga tahun. Selepas tamat belajar, saya kembali ke Perlis. Fatihah turut menggunakan bilik itu sebagai ruang solat buatnya. "Di sini saya tak ada kawan sangat. Kawan saya ramai di Kelantan. Jadi saya banyak duduk di rumah dan memasak sampai jadi bosan. Famili semua kerja. "Impian untuk ada bilik wayang dan bilik tema hutan ni pula, saya dah lama fikir sebenarnya. Saya rasa saya boleh buat sendiri. Saya juga solat tarawih dalam bilik itu. FATIHAH "Keluarga saya pun jenis suka buat barang sendiri. Buat katil, almari dan sebagainya. Jadi saya beli projektor, skrin dan lampu LED... semuanya kos dalam RM1,000 lebih sahaja," ujarnya. Mesra disapa Fatihah, dia memberitahu bahawa bilik wayang itu turut dijadikan sebagai ruang solat. Sepanjang Ramadan, dia sering menggunakan ruang itu untuk melakukan solat tarawih yang mana suasananya cukup mendamaikan jiwa. Hasrat membina bilik ini direalisasikan sendiri oleh gadis itu pada tahun lalu. Paling menarik tentunya pancaran lampu ke siling bilik itu yang memaparkan visual kalimah Allah. "Saya juga solat tarawih dalam bilik itu. Saya jadikan ia macam suasana masjid. Sekarang Covid-19, jadi saya pilih untuk tarawih di rumah. "Sesetengah orang yang masuk bilik ni pun mereka kata seronok, macam tak nak balik," ujarnya berseloroh. Selain menjadi guru mengaji, Fatihah juga merupakan pengusaha makanan Korea iaitu kimchi. Tambah Fatihah, dia sememangnya seorang 'kaki movie' sejak dulu lagi dan sangat menggemari filem aksi. Selain itu, bilik berkenaan turut diisi dengan pelbagai makanan dan snek ringan, malah dia turut merancang untuk meletakkan peti ais mini tidak lama lagi. Menurut Fatihah, dia turut dihujani pertanyaan di media sosial mengenai material serta proses penghasilan bilik wayang itu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Bercerita mengenai dirinya pula, Fatihah merupakan guru mengaji al-Quran. Selain itu, dia juga merupakan pengusaha makanan Korea, kimchi sejak penghujung tahun lalu. Pantulan lampu dengan kalimah Allah yang menghiasi ruangan dalam bilik itu. "Asalnya saya tak tahu nak buat apa. Selalunya saya ajar orang mengaji. Saya juga ajar mengaji secara dalam talian sehinggalah sekarang. "Saya ingat pada tahun lepas, saya ada tengok video makan-makan, jadi saya cuba buat kimchi sendiri. Tapi macam tak boleh masuk dengan tekak saya. "Saya pelik kenapa ramai yang suka kimchi? Saya pun belajar buat sendiri. Akhirnya saya berjaya buat kimchi yang tak rasa berasid dan masam. "Alhamdulillah, ia dapat sambutan sangat menggalakkan," ujarnya lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)