suria

Dakwaan hantaran kahwin murah guris hati penduduk Sabah... gadis diancam santau, rogol!

Nur Alia Afiqah (gambar kecil) tampil memohon maaf dan berkongsi salinan laporan polis yang dibuat.

KENYATAAN seorang gadis mengenai isu hantaran murah yang dikaitkan dengan orang Sabah ternyata mengundang kecaman ramai.

Dalam perkembangan terbaharu, gadis itu yang menggunakan nama Nur Alia Afiqah tampil memohon maaf atas keterlanjuran kata-katanya itu.

"Saya dengan merendah diri ingin memohon maaf atas kesalahan yang telah saya lakukan, mengecilkan hati pihak tertentu sehingga berlakunya kekecohan dimana komen saya telah diviralkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak hantaran murah, kahwin orang Sabah! Gadis teruk dikecam gara-gara komen penghinaan, akaun FB lesap

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun Instagram biadab, Tunku Azizah anggap edit wajah Agong perbuatan ‘orang tak ada kerja’... sila ambil tindakan! - “Cari dosa je”

"Saya menarik balik apa yang saya cakap dan saya mengaku itu adalah salah saya," ujarnya menerusi posting di Facebook.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi satu laporan polis yang dibuat di Bukit Puchong, Selangor setelah menerima ancaman akibat isu tersebut.

Kata gadis itu, selain alamat tempat tinggal dan tempat belajar yang disebarkan, dia turut menerima ancaman pukul, santau dan rogol daripada segelintir individu.

Salinan laporan polis oleh gadis itu yang dikongsi di Facebook.

"Akibat daripada komen yang saya buat telah menerima kecaman/ancaman seperti rondaan di kawasan rumah saya, pukul, santau, rogol ke atas diri sata dari orang ramai," ujarnya dalam salinan laporan polis itu.

Jadi, saya rasa isu viral ni telah memberi ancaman keterlaluan sehingga boleh mengancam keselamatan saya.

NUR ALEA AFIQAH

Menurut posting Facebook gadis itu lagi, wujud banyak akaun media sosial palsu yang menggunakan identiti dirinya selepas kes berkenaan tular.

"Di sini saya lampirkan laporan polis kerana isu ini telah semakin besar sehingga mendatangkan ancaman kepada saya dan segala butiran saya telah didedahkan oleh individu tertentu.

"Jadi, saya rasa isu viral ni telah memberi ancaman keterlaluan sehingga boleh mengancam keselamatan saya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya tak ada Facebook lain selain Facebook ni. Twitter dan Instagram pun saya tak ada, yang banyak post yang dikeluarkan itu semua adalah akaun palsu yang ingin mengeruhkan lagi keadaan dan mengambil kesempatan.

Gadis itu teruk dikecam susulan tularnya isu penghinaan tersebut.

"Saya hanya mengeluarkan komen itu sahaja, tiada tokok-tambah tentang isu ini. Akhir kata, saya ingin memohon maaf lagi sekali," ujarnya.

Terdahulu, mStar melaporkan kenyataan gadis itu yang menyentuh mengenai isu hantaran murah berkaitan penduduk Sabah sehingga menerima kecaman ramai.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan