SETIAP pasangan mengimpikan cahaya mata untuk menjadi pelengkap kepada rumah tangga mereka. Begitu juga dengan pasangan ini yang mana mereka cukup teruja apabila penantian tiga tahun berakhir dengan khabar gembira pada Syawal ketiga. Menurut Muhamad Muhaimin Mohd Zamri, 25, dia menerima kejutan daripada isteri, Nurul Hidayah Mohamed Fawzi, 23, ketika mereka keluar bersama-sama pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Buat aktiviti ikut sunnah, wanita hamil terjatuh dari kuda tetap steady walau ramai anggap sengaja ‘cari penyakit’ ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hamil muntah sampai mata merah berair, puas doktor siasat baru tahu puncanya dari kenikmatan roti telur goyang "Ceritanya, isteri ajak keluar pergi beli casing telefon. Saya ikut je lah, bawa dia. "Mula-mula dia minta duit, kemudian dia keluarkan kit ujian kehamilan. Memang terkejut masa tu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Tak sangka akan diberi kejutan sebegini. Fikiran tiba-tiba jadi kosong, nak teriak, sedih, gembira semua ada. "Tiga tahun kami tunggu, akhirnya Allah bagi rezeki, dapat tahu bakal timang bayi pada raya ketiga," ujarnya kepada mStar. Mesra disapa Min, anak kelahiran Tumpat, Kelantan itu turut berkongsi video kejutan yang dirakam isterinya ke Instagram. Paparan skrin video kejutan yang dikongsi di Instagram. Jelasnya, dia sekadar mahu berkongsi rasa syukur dan pada masa sama mahu memberi suntikan semangat buat pasangan lain yang masih menanti cahaya mata. "Saya sekadar suka-suka nak berkongsi. Mungkin ramai lagi pasangan di luar sana, yang baru atau sudah lama kahwin tapi belum terima zuriat. "Saya cuma nak sampaikan mesej bahawa kita kena percaya dengan rancangan Allah. Perancangan Allah merupakan sebaik-baik perancangan. Saya berharap agar proses kehamilan isteri berjalan lancar dan zuriat kami juga sihat. MIN "Jadi jangan putus semangat dan kena sentiasa bersangka baik," ujarnya yang mendirikan rumah tangga pada 20 Oktober 2018. Sejurus mendapat kejutan itu, Min dan isteri turut membuat panggilan video dengan ahli keluarga yang lain pada hari sama. Bercerita mengenai raya, Min mendedahkan sudah tiga tahun dia tidak meraikan hari mulia itu di kampung halaman. "Last beraya di Kelantan ketika masih bujang. Tahun pertama kahwin saya raya di rumah keluarga isteri. Tahun kedua dan ketiga tak boleh balik sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Oktober 2018. "Rindu suasana di Kelantan yang tak ada di negeri lain. Rindu suasana tarawih, moreh, petang-petang ronda pusing kampung sementara tunggu berbuka. "Dah tiga tahun tak rasa beraya di Kelantan. Memang sedih, InsyaAllah tahun depan kita beraya di sana. "Apa-apapun saya berharap agar proses kehamilan isteri berjalan lancar dan zuriat kami juga sihat," ujarnya yang bekerja dalam bahagian Komunikasi Korporat di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Kisah pasangan itu mendapat perhatian selepas Min berkongsi video kejutan berkenaan menerusi direct message (DM) di Instagram mStar. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)