INSTAFAMOUS Ryzal Duriankimchi sekali lagi tampil memohon maaf susulan isu mempersendakan pakaian tradisional kaum Iban yang mengundang kemarahan ramai. Menerusi posting terbaharu di Instagram, Ryzal yang juga suami kepada warga Korea Selatan, Maryam You Narae turut menzahirkan satu permintaan khusus kepada netizen. Ujar Ryzal, dia sedar akan kesilapannya, namun memohon agar sesetengah pihak tidak menyentuh perihal kandungan isterinya. ARTIKEL BERKAITAN: Ryzal Duriankimchi dikecam persenda baju tradisional Iban... tergamak samakan dengan kain buruk! - “Saya mohon maaf atas gurauan tidak cerdik” ARTIKEL BERKAITAN: Ryzal Duriankimchi buat hal, kain baju kurung Maryam dibuat samping ke majlis nikah – “Terfikir nanti orang cakap tak betul” "Maafkan jika permintaan saya ini keterlaluan. Saya hanya meminta supaya sesetengah pihak tidak melibatkan anak dalam kandungan isteri saya yang tidak bersalah. TONTON VIDEO! Influencer dari Sarawak menegur tindakan Ryzal. "Saya mohon supaya tidak membuat fitnah terhadap anak yang masih dalam kandungan lima bulan itu yang belum melihat dunia. "Anak itu anugerah Allah pada kami berdua selepas dua tahun dalam bahtera perkahwinan," ujarnya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Kata Ryzal lagi, dia sendiri yang menjadi punca kemarahan ramai dan berharap isterinya tidak menjadi sasaran dalam hal itu. "Saya faham kemarahan ramai pihak, saya tidak salahkan kamu, ia berpunca dari saya yang mencetuskan keadaaan tapi saya mohon jangan libatkan isteri dan anak kami. Ryzal dihentam netizen gara-gara mempersendakan pakaian tardisional Iban yang digayakan isterinya. "Kepada mereka yang keterlanjuran menyebar fitnah anak kami, saya maafkan," ujarnya. Dalam pada itu kata Ryzal, dia akan membuat permohonan maaf secara terbuka secara langsung dengan Persatuan Anak Borneo Semenanjung pada hari dan waktu yang akan diumumkan. Saya amat berharap semoga tiada perbalahan atau kebencian pada mereka yang mungkin sama terkesan akibat kata-kata saya. RYZAL Dalam posting sama, Ryzal turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi teguran dan mengakui bertanggungjawab atas apa yang berlaku. "Saya tak memaksa untuk dimaafkan, saya memohon maaf atas dasar tanggungjawab kerana melukakan hati ramai pihak terutama orang Sarawak khususnya kaum Iban. Maryam kini hamil lima bulan. "Kepada rakan artis dan penggiat seni di Malaysia, saya mohon maaf jika isu ini memberi kesan buruk kepada industri tanah air. "Saya amat berharap semoga tiada perbalahan atau kebencian pada mereka yang mungkin sama terkesan akibat kata-kata saya. "Kepada orang Sarawak, saya menerima segala bentuk penyelesaian permohonan maaf secara terbuka di mana-mana persatuan Borneo atau Iban yang berkenaan," ujarnya. Kata Ryzal lagi, hal ini akan menjadi pengajaran untuknya pada masa hadapan supaya tidak akan mengulangi perkara sama. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!