suria

2 kali majlis ditunda, graduan melaram jubah konvo demi cipta kenangan sendiri... paling tak lupa kisah hampir putus asa di Jepun

Kata Adi, sudah menjadi impian setiap pelajar untuk menamatkan pengajian di pentas graduasi.

MAJLIS konvokesyen merupakan simbolik kepada kemuncak perjalanan setiap insan yang bergelar pelajar.

Namun segalanya berubah selepas pandemik Covid-19 melanda yang mana majlis-majlis berskala besar mula dihentikan dalam mengekang penularan wabak itu.

Tidak terkecuali tentunya graduan bidang Pengajian Asia Timur di Universiti Malaya (UM), Tuan Abdul Hadi Tuan Zainal Abidin, 25, yang sehingga kini belum merasa naik ke pentas menerima ijazah.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas ‘konvo’ depan rumah dengan abang J&T, bakal hakim Mahkamah Syariah akhirnya naik pentas

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sebak lihat bapa sarung jubah konvo, dulu belajar di London tapi tak mampu terbang ambil ijazah

Namun, dia pada Ramadan lalu sempat kembali ke kampus dan berpeluang menjalankan sesi photoshoot dengan jubah keramat yang menjadi impian setiap pelajar biarpun sesi konvokesyen sudah dua kali ditangguhkan.

"Saya menamatkan pengajian pada Julai tahun lalu. Biasanya konvokesyen akan dibuat pada bulan Oktober. Tapi disebabkan pandemik, majlis tahun lepas ditunda.

Adi merupakan graduan bidang Pengajian Asia Timur di Universiti Malaya.

"Kemudian sebelum raya baru-baru ini, kami dimaklumkan konvokesyen akan dilangsungkan bermula 22 Mei. Tapi ia sekali lagi ditunda kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tapi masa tu saya sempat ke kampus dan shoot gambar pakai jubah konvoksyen. Terubatlah juga kesedihan, sekurang-kurangnya ada memori dengan gambar-gambar itu," ujarnya kepada mStar.

Saya rindu kenangan zaman belajar, minggu akhir nak exam sampai tak tidur untuk ulangkaji pelajaran.

ADI

Mesra disapa Adi, anak kelahiran Besut, Terengganu itu berkata, sudah menjadi impian setiap pelajar untuk menamatkan pengajian di pentas graduasi.

Namun, dia faham dengan situasi semasa pandemik dan cuma berharap ia dapat berakhir secepat mungkin.

"Bila dapat tahu boleh jalankan majlis konvo, sudah tentu saya rasa teruja. Tapi bila dengar keputusan kena tunda, rasa musnah harapan," ujarnya.

Kata Adi lagi, dia paling rindu suasana bertungkus-lumus dengan rakan-rakan ketika minggu-minggu akhir peperiksaan.

Adi berasal dari Besut, Terengganu.

Dia yang kini sudah bekerja di ibu negara turut mengimbas kenangan saat menjadi pelajar pertukaran ke Jepun selama enam bulan pada tahun 2017 dan 2018.

"Saya rindu kenangan zaman belajar, minggu akhir nak exam sampai tak tidur untuk ulangkaji pelajaran.

"Saya ingat semua kesusahan itu. Kemudian kenangan ketika belajar di Jepun. Saya kena buat kajian perbandingan antara kereta api Malaysia dan Jepun.

Adi sebelum ini pernah mengikuti program pertukaran pelajar ke Jepun.

"Masa tu sangat susah nak cari data, saya juga hampir berputus asa. Cabaran paling besar tentunya ketika kena interview orang awam di sana.

"Tapi banyak yang saya pelajari di sana. Saya menjadi lebih yakin dengan diri sendiri selepas pulang ke Malaysia," ujarnya lagi.

Untuk rekodl, hasil sesi photoshoot dengan jubah konvokesyen yang dibuat secara suka-suka oleh Adi dengan bantuan seorang rakan turut dikongsi di TikTok dan Instagram untuk disimpan sebagai kenangan.

Malah, video itu sehingga kini meraih lebih 8,000 tontonan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain