PERASAAN pilu di hati, tak siapa mampu mengerti. Begitulah luahan seorang jejaka apabila dua ekor kucing miliknya mati, dipercayai terkena jangkitan virus parvo baru-baru ini. Menurut Mohd Faizal Maklip, 32, kehadiran kucing-kucing itu bagaikan melengkapi kehidupannya selama ini. ARTIKEL BERKAITAN: Apa saja demi haiwan! Dua gadis bergegas pergi kerja sanggup patah balik alih kucing mati, bangkai anjing pun pernah alihkan ARTIKEL BERKAITAN: Sekeluarga menggigil, kucing kesayangan sarat mengandung hilang 4 kaki... bangkai Cantik diletak dalam kotak Namun kini, semuanya tinggal kenangan dan sukar untuk dia menerima hakikat bahawa dua bulus kesayangan sudah pergi buat selamanya, meninggalkan dia dan dua ekor kucing lain. "Kucing pertama saya bela merupakan kucing liar yang selalu datang ke kawasan rumah. Hari-hari saya bagi makan, sangat manja. "Setiap kali balik kerja, kucing tu sambut di pagar. Jadi saya ambil keputusan untuk bela sejak lebih setahun lalu. Saya gelarkan ia 'Si Hitam'. Si Hitam merupakan kucing pertama yang dibela Faizal sekali gus memberi kesan cukup mendalam buat dirinya. "Akhirnya Si Hitam mati pada 30 Mei lalu. Seekor lagi kucing saya, baka Munchkin, pun mati kerana parvo beberapa hari sebelumnya," ujarnya kepada mStar. Mesra disapa Faizal, perancang perkahwinan dan jurusolek itu bagaikan trauma selepas dua kucing miliknya mati dalam tempoh yang singkat. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Lebih pilu, dua lagi kucing belaannya yang masih hidup, turut menderita virus itu sehingga perlu diberi rawatan dan perhatian tanpa henti setiap hari. "Ketika dua ekor kucing saya yang mati tu menghidap parvo, saya berhabis ribuan ringgit pergi buat rawatan dan beli ubat, tapi tak sembuh sehinggalah mereka mati. Lepas ia mati, saya tiga hari tak makan. Kering air mata, memang melalak pada malam ia mati. FAIZAL "Kemudian dua lagi kucing saya kena virus sama. Saya ambil nasihat pemilik-pemilik kucing lain, mereka suruh saya rebus 'daun helikopter' dan beri kepada kucing. "Setiap jam bagi mereka minum air rebusan itu serta beri makan. Benda tu macam magic, mujarab. Hari ketiga dah nampak perubahan. "Saya baca komen, semua cakap benda sama. Kucing ketiga dan keempat diberi air rebusan daun itu, sekarang dah back to normal. Faizal cukup terkesan dengan kematian dua kucing itu. "Namun saya difahamkan virus itu bertahan enam bulan ke setahun. Jadi saya akan cuci rumah dengan cecair peluntur setiap hari. "Saya masih takut ia akan berjangkit lagi. Saya juga masih kuarantin dua kucing itu dalam sangkar mereka," ujarnya. Menurut jejaka yang menetap di Melaka itu, dia juga masih sedih setiap kali mengimbas detik kematian dua kucingnya. "Si Hitam tidur atas badan saya setiap malam. Lepas ia mati, saya tiga hari tak makan. Kering air mata, memang melalak pada malam ia mati. "Tiga jam saya pangku ia nazak, saya terbaca mesej seorang kenalan, dia minta saya berbisik kepada kucing. Faizal menetap di Melaka dan mula membela kucing sejak lebih setahun lalu. "Saya berbisik, kalau nak pergi (mati), saya izinkan. Kalau tak, kena lawan sakit tu. "Si Hitam mati sambil pandang muka saya," ujarnya dalam nada sebak. Dalam pada itu, Faizal turut berkongsi video kematian kucingnya menerusi Facebook. Untuk rekod, mStar menerusi segmen Xpose (I-SUKE) turut berkongsi mengenai virus itu menerusi laporan pada 28 Mac lalu. Artikel mStar pada 28 Mac lalu turut mengupas mengenai virus parvo yang berlaku terhadap kucing. Panleukopenia atau parvo adalah keadaan di mana sel darah putih kucing berada pada tahap rendah dan ia berbahaya jika berlaku terutamanya pada anak kucing. Penyakit ini disebabkan oleh virus dan dapat tersebar melalui air liur, air kencing, najis dan air mata. Kucing jalanan atau kucing peliharaan yang bebas berkeliaran sangat berisiko dengan penyakit ini. Parvo boleh menyebabkan kematian terutamanya bagi kucing yang berusia setahun ke bawah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!