suria

Dah dapat dua telefon baharu, trauma masih ada selepas insiden handphone meletup semasa sesi PdPR

Keadaan telefon yang meletup dan terbakar sewaktu seorang murid sedang mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian.

SEORANG kanak-kanak berusia sembilan tahun baru-baru ini berdepan situasi mencemaskan apabila telefon bantuan yang diberikan kerajaan meletup serta terbakar sewaktu dia sedang menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Ibu saudara kanak-kanak malang berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Su mendakwa telefon yang baru sahaja ditebus bulan lalu itu tiba-tiba meletup dan mengeluarkan percikan api sewaktu anak buahnya, Shafie sedang mengikuti sesi pembelajaran dalam kejadian pada Selasa.

"Telefon tu kami tebus dari program bantuan kerajaan, dapat dalam bulan lepas, guna tak sampai sebulan lagi.

"Memang dari masa mula-mula dapat lagi handphone tu akan jadi panas bila guna lama, bateri cepat habis dan cepat penuh bila charge," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja kilang diarah cuti tanpa gaji selepas tamat kuarantin, sambung terperap dalam bilik fikir cara sara keluarga... syukur roti john dijualnya viral!

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Pelajar bukan Islam dapat A subjek Tasawwur Islam... kongsi rahsia hos Jejak Rasul suntik inspirasi

Menurutnya lagi insiden yang berlaku sekitar pukul 9.30 pagi itu menyebabkan anak buahnya berlari ketakutan.

“Akak ada berhampiran dengan dia masa benda tu berlaku.

“Bila keluar api anak buah terus lari ketakutan dan terkejut.

“Akak pun masa tu panik juga jadi akak ambil apa yang ada untuk nak jauhkan telefon tu, memang menggigil tangan masa tu,” katanya yang menetap di Selangor.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Su, keluarganya bagaimanapun telah dihubungi pihak penyedia telefon bimbit berkenaan dan mereka telah menggantikan peranti itu dengan yang baharu.

“Mereka hubungi akak dan bagi yang baru, mereka datang ke rumah pada Rabu malam.

“Mereka minta maaf dan ambil semula telefon yang rosak, mereka kata mereka pun tak pasti apa yang berlaku," katanya menceritakan kembali penerangan yang diberikan oleh wakil syarikat penyedia telefon bimbit tersebut ketika berkunjung ke rumahnya.



Telefon yang sedang digunakan Shafie meletup dan mengeluarkan api ketika dia sedang mengikuti sesi PdPR..

Menurut Su mereka sekeluarga bagaimanapun masih trauma dengan apa yang berlaku.

“Tak pasti nak pakai ke tak sebab trauma tu masih ada.

“Takut meletup lagi je,” katanya yang merupakan seorang guru tadika.

Bila keluar api anak buah terus lari ketakutan dan terkejut.

SU

Menerusi hantaran terbaharunya di media sosial pada Khamis, Su berkata pihaknya turut menerima sebuah lagi telefon bimbit daripada syarikat telekomunikasi terkenal.

"Saya hanya sekadar ingin berkongsi pengalaman, semoga semua orang sedar perkara ini membahayakan kanak-kanak.

"Saya tidak pernah minta untuk digantikan dengan peranti yang baharu, tetapi syarikat berkenaan berbesar hati untuk menghulurkan bantuan bagi memudahkan proses pembelajaran secara dalam talian," katanya

Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin baru-baru ini telah mengumumkan program Jaringan Prihatin bernilai RM3.5 bilion yang menyasarkan golongan isi rumah berpendapatan rendah.

Menerusi program itu, golongan yang layak akan diberi subsidi RM300 untuk peranti atau RM180 untuk pelan data sepanjang 12 bulan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain