suria

Giliran mak pula buat prank anak! Reaksi jujur si cilik mencebik kantoikan ibu, buat ramai pecah perut - “Kalau tidur je mulut dia diam”

Gelagat Nadya Aneesa yang comel (gambar kiri) ketika ibunya melakukan 'prank' menghiburkan hati netizen.

JIKA sebelum ini aplikasi TikTok meriah dengan video anak-anak menyakat (prank) ibu bapa masing-masing kononnya mereka perlu menyiapkan tugasan (assignment) universiti dengan menceritakan rutin harian masing-masing di rumah.

Bagaimanapun, video yang tular baru-baru ini pula memaparkan situasi berbeza di mana seorang ibu menyakat anak perempuannya yang berusia enam tahun.

"Orang TikTok tanya umi aktikviti umi setiap hari. Setiap hari, umi akan bangun pada pukul 4 pagi, masak setiap pagi... selepas masak, hidang setiap hari, tak pernah tak masak... tak pernah order FoodPanda...." demikian kata-kata si ibu dalam rakaman tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajat hati nak buat prank je, tak sangka mak ambil serius video tugasan anak - “Kau apasal cakap bohong, mama tak nak lah”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Prank tersandung ketika bawa kek hari jadi, ibu paling cuak gara-gara gelagat 3 anak teruna – “Ayah kata kek hancur boleh beli lagi”

Reaksi spontan kanak-kanak tersebut yang 'mencebik' bibir sebaik sahaja mendengar ibunya tidak berlaku jujur, benar-benar mencuit hati netizen.

"Pernah kan.... ada je pernah," demikian reaksi jujur anak perempuan wanita berkenaan sambil kedua-duanya ketawa selepas 'penipuan' berkenaan tidak berjaya.

Sehingga kini, video tersebut meraih hampir 70,000 jumlah tontonan selain dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya terhidur dengan gelagat dua beranak itu.



Nadya Aneesa mencuri tumpuan ramai selepas video gelagatnya tular baru-baru ini.

Menurut wanita berkenaan, Anis Izyan, 32, pada mulanya dia berhasrat mahu menyakat suaminya namun lelaki tersebut keluar untuk beriadah.

"Memandangkan suami keluar, saya hentam sajalah dan mengajak anak sulung, Nadya Aneesa yang berusia enam tahun untuk join. Saya memang biasa buat content TikTok khususnya berkaitan ubat-ubatan, dia pun biasa lihat... jadi dia pun join.

"Memang spontan, saya 'on' je rakaman dan dia duduk sebelah. Sebenarnya saya plan nak cakap macam-macam lagi, konon masak hari-hari, siapkan bekalan, tak pernah beli makanan dari luar... tapi tak sempat sebab dah pecah perut ketawa dengan respon dan mimik mukanya," kata wanita yang juga seorang ahli farmasi di sebuah hospital di Ipoh, Perak ini.



Nadya Aneesa merupakan anak sulung daripada dua adik beradik.

Bercerita mengenai gelagat anak sulungnya itu, dia yang senang disapa sebagai Anis berkata, kanak-kanak berkenaan sememangnya seorang yang telus ketika berbicara, banyak mulut dan karakternya seperti kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah.

"Dia memang suka bercakap... hanya kalau tidur sahaja mulutnya diam. Dekat taska pun, memang cikgu dan kawan-kawannya dah tahu dia riuh orangnya. Kalau dia tak datang taska, mesti cikgu tanya.

"Dia rapat dengan nenek dan opahnya. Itu yang gaya bercakap macam orang tua sikit, siap ada loghat orang Perak bila bercakap. Dekat rumah ni memang selalu dengar dia membebel lebih-lebih lagi kalau adiknya yang berumur empat tahun tu sepahkan barang atau mainan.

Dia rapat dengan nenek dan opahnya. Itu yang gaya bercakap macam orang tua sikit, siap ada loghat orang Perak.

ANIS IZYAN

IBU

"Dia bukan sekadar anak, tapi kawan baik. Kalau nak pergi shopping atau beli barang, memang seronok bawa dia. Kita boleh tanya pendapatnya sebab dia rajin melayan," ujar ibu kepada dua cahaya mata ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun, Anis berkata sebagaimana ibu yang lain, dia tetap bersikap tegas jika anaknya melakukan kesalahan.

"Dalam video tu memang kami nampak gila-gila... tapi ikut situasi juga. Kalau situasi santai-santai, memang macam tu lah. Kalau dia buat salah, saya tetap menegurnya dan dia tahu macam mana nak respon bila ibunya sedang marah atau tegur," katanya lagi.

Tidak menyangka video tersebut mengundang perhatian ramai, Anis berkata dia sekadar memuat naik untuk mempelbagaikan kandungan TikTok.



Nadya Aneesa (dua, kiri) ketika sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-6.

"Sebagai ahli farmasi, saya banyak buat content untuk mendidik dan beri kesedaran kepada orang ramai mengenai ubat-ubatan. Video dengan Nadya ini kiranya hanya selingan dan santai-santai... tak mahulah serius saja.

"Tapi tak sangka pula ramai yang terhibur... seronok baca komen-komen mereka. Mengenai sama ada selepas ini saya akan rakamkan lebih banyak video dengan Nadya memandangkan sambutan yang positif, itu belum lagi difikirkan.

"Mungkin sekali sekala bolehlah sebagai selingan sebab niche content saya lebih kepada bidang farmasi," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain