PAKAIAN terpakai atau bundle sememangnya ada peminat tersendiri di negara kita. Begitu juga dengan pelajar ini apabila dia mula meneroka dunia bundle sejak lebih setahun yang lalu. Namun kata Muhammad Danial Danish Yusman, 20, dia juga tak terlepas menerima komen-komen negatif yang memandang rendah akan pilihan fesyen itu. ARTIKEL BERKAITAN: Suka melaram walau pakai baju bundle, fesyen gadis ini dilihat macam rempit - “Mungkin mentaliti mereka belum upgrade” ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Lelaki ini kacak bergaya dengan baju RM1, termasuk ke KLFW, “Pengalaman banyak mengajar saya” "Pada Sabtu lepas, saya ada kongsi gambar di status WhatsApp. Ada kenalan saya yang reply. "Dia tulis...Eyy ni mesti pakai baju bundle kan? Kau ni miskin sangat ke pakai baju bundle? Baju yang dipakai orang. Dah la buruk, lusuh pula tu. "Pertamanya saya hanya anggap sebagai gurauan. Mungkin dia angap saya boleh terima. Saya cuma ambil positif dan biarkan saja. Saya tak balas mesej itu," ujarnya kepada mStar. Menurut pelajar bidang Bahasa Melayu Komunikasi Profesional itu, dia enggan memberi respon kepada mesej berkenaan sehingga berlarutan menjadi lebih negatif. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Namun, dia kemudiannya membuat video ringkas sebelum dikongsi di TikTok bagi memberi kesedaran mengenai fesyen dan pakaian bundle. "Hina sangat ke fesyen dari bundle? Saya buat kapsyen begitu di TikTok. Bagi saya tak kisah pun kita kaya atau miskin, hidup kena bersederhana barulah bahagia. Danny turut berkongsi kisah itu di TikTok. "Mungkin baju orang tu dari luaran nampak biasa-biasa, tapi di sebaliknya dia orang luar biasa... itu kita tak nampak. Kalau pergi mall, RM100 dapat dua ke tiga helai baju, di bundle RM100 boleh dapat sampai 20 helai. DANNY "Saya pun baru je dalam setahun lebih minat bundle. Kawan-kawan ajak pergi 'menyelam' sama-sama. Kadang-kadang lagi cantik daripada baju branded," ujarnya yang juga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. Menetap di Tanjung Karang, Selangor, Danny berkata dia memiliki sekitar 30 pasang baju bundle yang dibeli dengan harga cukup berpatutan. "Bagi saya, kita kena pandai pilih. Baru kita jumpa yang berkualiti. Kena rajin pergi kedai. Danny puas hati dapat membeli pakaian bundle pada harga berpatutan. "Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya beli bundle yang dijual menerusi live Shopee atau TikTok. "Saya pernah beli empat pasang hoodie dengan harga RM20. Memang puas hati. Kalau pergi mall, RM100 dapat dua ke tiga helai baju, di bundle RM100 boleh dapat sampai 20 helai," ujarnya lagi. Di TikTok, video dikongsi Danny mengenai kisah pakaian bundle itu turut meraih lebih 17,000 tontonan. Malah, ramai netizen turut meninggalkan komen sokongan dan kata-kata semangat buat Danny selepas dia dihina gara-gara memakai baju bundle. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!