suria

Perkahwinan yang mengejutkan! Wanita ini tak sangka lelaki ‘terlampau dibenci’ kini jadi suami... masa di kolej ejek ‘pendek, jongang’ tiba-tiba mesej tanya nilai hantaran

Suaminya tiba-tiba menghantar mesej dan bertanya nilai hantaran pada Disember lalu sebelum dia dirisik pada minggu berikutnya.

PENYATUAN pasangan 'benci bertukar sayang' ini pada 28 Mac lalu ternyata mengejutkan rakan-rakan zaman belajar mereka.

Menurut Nor Fatin Nabilah Mohd Najib, dia dan suami, Tengku Amir Syahmi Tengku Jasbi sememangnya sudah lama berseteru, sejak mereka sama-sama mengikuti pengajian di Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah, Melaka, pada tahun 2015.

Namun katanya, 'perkenalan penuh kebencian' itu akhirnya bertukar menjadi perasaan cinta sehinggalah mereka selamat diijabkabulkan pada tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan pengantin Instafamous ‘jalan terus’, tak kisah cakap negatif kahwin muda - “Inilah jodoh saya, rezeki awal untuk halalkan dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan 9 tahun berakhir, wanita ini ‘bersanding’ sendirian selepas kekasih nikahi orang lain - “Tiada istilah main-main, memang fokus nak ke pelamin”

"Kami belajar di tempat sama, tapi bidang berbeza. Masa tu kami kenal pada tahun 2015.

"Kawan asrama saya satu bidang dengan suami. Dia maklumkan yang suami ada niat jahat, nak kenakan saya.

"Kalau suami berjaya dapatkan saya, maksudnya dia berjaya. Pada waktu itu, suami juga selalu ejek saya.

"Setiap kali jumpa, dia hina saya pendek, jongang dan sebagainya. Saya memang benci sampai tahap tak boleh tengok muka dia," imbas gadis itu.

Fatin dan suami merupakan bekas pelajar Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah, Melaka.

Mesra disapa Fatin, dia dan suami, masing-masing berusia 23 tahun bagaimanapun mula berkawan sebelum menamatkan pengajian.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Malah katanya, suaminya juga tiba-tiba menghantar mesej dan bertanya nilai hantaran pada Disember lalu sebelum dia dirisik pada minggu berikutnya.

Betul orang kata, jangan terlampau benci, nanti jadi sayang.

FATIN

"Waktu nak habis belajar, dia WhatsApp saya kata nak berkawan. Saya OK saja, tapi masa tu perangai dia masih macam tu lagi.

"Sampai satu tahap, dah habis belajar dan masing-masing dah bekerja, dia contact dan bagi tahu dia suka saya. Kejadian berlaku dua tahun lepas. Tapi saya malas nak layan sebab tak suka perangainya.

"Tapi pada Disember tahun lepas, dia tiba-tiba mesej dan tanya nilai hantaran saya. Saya tanya mak, mak kata nilai tu ikut kemampuan pihak lelaki.

"Saya maklumkan balik pada dia. Minggu seterusnya dia terus datang merisik. Bila bincang, mak kata kahwin je lah, sebab dah lama kenal," ujarnya lagi.

Fatin dan suami selamat disatukan pada Mac lalu.

Kata Fatin yang kini menetap di Melaka, kebanyakan rakan zaman belajar turut terkejut setelah dimaklumkan mengenai pernikahan itu.

"Bila ingat balik, saya rasa lucu. Walaupun kami dah kahwin, dia masih menyakat dan suka bergurau dengan saya.

"Perangai suka menyakat tu memang ada dalam diri suami. Betul orang kata, jangan terlampau benci, nanti jadi sayang.

"Kawan-kawan semua terkejut. Mereka kata tak sangka kami berkahwin," ujarnya berseloroh.

Kisah pasangan itu turut dikongsi menerusi video di aplikasi TikTok.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain