BERMULA dengan beberapa aksi lompatan seperti adiwira Spiderman di rumah, seorang guru tadika menarik perhatian di aplikasi TikTok. Pemuda itu kemudian membuat kejutan apabila tampil memakai kostum Spiderman, dan video kali ini mengajar bahasa Arab. ARTIKEL BERKAITAN: Rembat kain batik, baju kelawar bini... ada sebab 'Spiderman' lincah berjoget di tepi jalan - "Kalau tak ada yang beli nanti kami down" ARTIKEL BERKAITAN: "Saya hati tisu, kena menyampuk untuk kasi mood happy" - Nyanyi lagu rap gaya Spiderman, pemuda ini buat kejutan di majlis kahwin sepupu "Bahasa Arab bersama Cikgu Spiderman," tulisnya menerusi keterangan video yang menunjukkan dia menyebut nombor satu hingga 10 dalam bahasa Arab. Guru tadika itu, Farhan Asyraf A Molok berkata, dia merupakan peminat kartun Spiderman dan memakai kostum tersebut bagi menarik perhatian netizen di aplikasi popular itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Pada masa sama, pemuda berusia 23 itu juga mahu menggunakan pendekatan tersebut bagi menghiburkan murid-muridnya di sebuah tadika di Kuantan, Pahang. "Sekarang ni kelas online sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), memang mencabar untuk mengajar anak-anak kecil dalam norma baharu ini. "Tumpuan mereka sekejap je. Selepas lima hingga 10 minit, mereka susah nak fokus. Macam-macam kerenah, mereka tak duduk diam nak ke sana ke sini," katanya kepada mStar. Farhan membeli kostum Spiderman secara dalam talian. Sehubungan itu, Farhan berkata, dia membeli kostum tersebut secara dalam talian bagi mewujudkan suasana baharu dalam kelas online. "Pada peringkat permulaan, saya pakai topeng dulu di awal kelas online. Murid-murid terkejut tengok ada Spiderman tiba-tiba muncul. "Saya tanya kenal tak siapa ni? Murid-murid cam suara saya dan dapat meneka saya di sebalik topeng Spiderman tu," ujarnya yang berkhidmat sebagai guru tadika sejak awal tahun ini. Farhan ketika mengajar di kelas, awal tahun ini. Farhan yang mengajar kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun bagi subjek Matematik dan berkaitan keterampilan diri berkata, terdapat kesan yang baik menerusi pendekatan baharu itu apabila murid-murid semakin seronok mengikuti kelas dalam talian. "Saya baru pakai topeng Spiderman di awal kelas. Video TikTok yang tunjuk saya pakai kostum Spiderman tu untuk berkongsi ilmu saya dalam bahasa Arab. Sekarang ni kelas online sebab PKP, memang mencabar untuk mengajar anak-anak kecil dalam norma baharu ini. Tumpuan mereka sekejap je. Selepas lima hingga 10 minit, mereka susah nak fokus FARHAN "Selepas ini saya akan pakai kostum Spiderman tanpa topeng pula ketika mengajar dalam kelas online untuk menarik perhatian mereka dan menjadi sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan," katanya yang juga mengajar Program Al-Quran dan Fardu Ain (PraPafa) untuk murid-murid tadika. Anak kelahiran Jerantut, Pahang itu turut berkongsi pengalaman menggunakan alat bantuan mengajar ketika berada di kelas sebelum ini. Aksi lincah Farhan yang menghiburkan. "Kalau di kelas di tadika sebelum ini, bila saya nampak ada murid yang mengantuk, saya akan minta mereka beramai-ramai berdiri dan menyanyikan lagu kanak-kanak Aram Zam Zam sambil menari untuk segarkan mereka," katanya yang merupakan lepasan graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kuipsas) di Kuantan, Pahang. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dalam pada itu, Farhan yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu turut bercadang untuk memakai kostum adiwira ketika kelas dalam talian pada masa akan datang. "Saya juga meminati superhero Ultraman dan Batman serta anime seperti Naruto dan Attack On Titan. Mungkin akan datang saya akan pakai kostum ni untuk menarik perhatian murid-murid untuk kekal bersemangat dalam kelas online," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!