SEIRING perubahan masa, cara kita bertemu jodoh juga sudah berbeza. Malah, acap kali kita dihidangkan dengan kisah pasangan yang bertemu jodoh melalui Facebook, WeChat, Tinder dan sebagainya. Terbaharu, tular kisah seorang jejaka yang berkenalan dengan jururawat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sehingga ia meraih jutaaan tontonan menerusi platform video TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Punyalah ramai orang di PPV, wanita nak cucuk vaksin tak sangka dapat kaunter dijaga bekas suami - “Pakai mask tapi saya cam dia” ARTIEKL BERKAITAN: Boleh percaya ke? Netizen dakwa ada ‘cara’ dalam MySejahtera untuk cepat dapat tarikh suntik vaksin - “Lepas 4 jam terus dapat” Menurut Azwan Rayyan Mat Ariffin, 26, dia tertawan dengan jururawat itu ketika hadir untuk menerima suntikan vaksin di sebuah PPV di Johor, pada Sabtu lalu. "Sekarang dah boleh rakam video untuk suntikan vaksin. Jadi saya plan untuk rakam dari awal ketika naik kereta menuju ke PPV. Tiba di sana, saya nampak seorang nurse. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Macam jodoh! Saya kata dalam hati. Kemudian bila tiba masa untuk vaksin, kebetulan nurse itu juga yang beri suntikan kepada saya. "Jadi saya tanya khabar nurse tu, kami berborak sikit dan saya tanya sama ada dia masih bujang atau sudah berkahwin. Masa tu confident level saya sangat tinggi. Rayyan menerima suntikan vaksin pada Sabtu lalu. "Akhirnya, saya kata nak belanja minum nanti. Saya minta nombor telefon, tak sangka dia bagi. Mungkin dia selesa berborak dengan saya dari awal," imbasnya kepada mStar. Mesra disapa Rayyan, dia berkata pertemuan di PPV itu menjadi titik tolak kepada persahabatan mereka untuk mengenal hati budi masing-masing. Memang terkejut bila viral sampai lebih sejuta tontonan. RAYYAN Masih berada pada fasa terlalu awal, namun Rayyan berkata dia tidak menolak seandainya tertulis takdir bahawa jururawat yang senang disapa Farah itu merupakan jodohnya. "Dari situ kami berkenalan. Harapan mestilah nak ke arah lebih serius. Saya tak boleh cakap lebih-lebih, kami pun dalam proses berkawan. "Kami pun ada saling berhubungan guna WhatsApp. Tapi dia memang agak busy dengan tugas di PPV. Rayyan berharap perkenalan dengan jururawat itu akan membawa mereka sehingga ke fasa yang lebih serius. "Saya target nak kahwin pada usia 27 atau 28. Tapi kalau boleh tak mahu kahwin ketika pandemik Covid-19 belum berakhir. Tak boleh buat majlis, tiada kenangan nak disimpan," ujarnya yang berasal dari Kedah. Kata Rayyan, dia tak sangka video itu meraih lebih sejuta tontonan di aplikasi TikTok. Selain komen sokongan, ada juga segelintir individu yang menganggap kejadian itu sudah dirancang dan sekadar lakonan semata-mata. Rayyan berasal dari Kedah dan menetap di Johor Bahru sejak lima tahun lalu. "Saya terharu dengan komen-komen netizen. Memang terkejut bila viral sampai lebih sejuta tontonan. Ramai yang kata kami ni sebenarnya suami isteri. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Ada juga yang tak percaya, mereka kata saya dah plan. Tapi yang doakan agar jodoh kami menjadi nyata dan berkekalan pun ramai. "Di TikTok saya selalu buat content mengenai Kelantan. Ayah saya orang Kelantan. Nurse tu pun ada darah Kelantan, mak dia orang Kelantan. "Saya memang minat dengan orang Kelantan," ujar Rayyan Rayyan yang bekerja dalam bidang Pemasaran dan menetap di Johor Bahru sejak lima tahun lalu. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!