KITA sering diingatkan tentang bahaya yang bakal menanti jika memandu dalam keadaan cuaca hujan. Itulah yang dialami oleh seorang wanita apabila kereta yang dipandu oleh rakannya terbabas dan berpusing di atas jalan raya. ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah menyesal pindah ke Tioman sejak 6 tahun lalu, ‘Merman Pulau’ akui lebih tenang... paling sempoi ada hati nak jadi duyung jantan! ARTIKEL NERKAITAN: Selepas 2 tahun ragu-ragu, akhirnya jatuh cinta! Aksi bersahaja memecut di gelanggang luncur ais raih 2.5 juta tontonan... gadis ini nak kejar impian bersaing di Olimpik! Menerusi rakaman visual yang dimuat naik oleh Hasni Zahari, 22, dia mengimbas kembali detik cemas yang berlaku pada tahun 2020. Video tersebut meraih hampir 80,000 tontonan di aplikasi TikTok. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Mesra disapa Hasni, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 5 petang di mana ketika itu dia dan tiga rakannya dalam perjalanan pulang dari rumah keluarga masing-masing yang terletak di Kampung Baharu, Kuala Besut, Terengganu ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Kereta yang dipandu oleh rakannya Muhd Aiman Shafie,21, tiba-tiba berpusing dan terbabas akibat keadaan jalan yang licin disebabkan cuaca hujan. "Waktu itu hujan dan kereta kami terbabas di kawasan Genting Sempah. Ingatan saya tak berapa jelas dan apabila sedar sahaja kawan dah tarik keluar sebab kereta berasap. Hasni mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian mata kirinya. "Mata kiri saya tak boleh buka dan darah tak berhenti mengalir penuh satu muka. Masa tu dah tak boleh fikir apa-apa," ujarnya kepada mStar. Hasni yang masih bujang berkata, dia bersyukur kerana mereka berempat selamat dan tidak jatuh ke dalam gaung di sebelah kiri jalan. Hanya kereta milik rakannya sahaja yang mengalami kerosakkan teruk akibat keadaan jalan yang licin. Salah seorang daripada rakannya menelefon ambulans dan beberapa orang awam turut membantu mereka pada waktu kejadian. Kedua ibu bapanya iaitu Noraida Mat, 46, dan Zahari Yaccob,53, berasa risau serta cemas apabila mendapat berita itu kerana ia berlaku selepas dia menziarahi keluarganya di kampung. Menurut bekas pelajar Sekolah Menengah Seri Bukit Puteri, Kuala Besut Terengganu ini, dia berada di tempat duduk bahagian belakang pemandu sewaktu kereta yang dinaiki itu terbabas dan berpusing. Kereta yang dipandu oleh Aiman (kanan) tiba-tiba hilang kawalan dan berpusing. Akibat kemalangan tersebut, Hasni mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian kiri mukanya terutama sekali pada bahagian mata dan mengambil masa yang agak lama untuk pulih. "Saya mengalami kecederaan yang teruk pada mata kiri akibat hentakan, ada pendarahan dalam mata dan bahagian atas kening pula terkoyak. "Selain itu, bahagian kiri muka saya bengkak dan cedera ringan pada perut, kaki serta lengan. Cuma kalau orang lain memandu kereta tu saya masih lagi fobia. HASNI ZAHARI "Kesan lebam pada bawah mata kiri masih ada lagi sehingga ke hari ini. Pendarahan pada bahagian dalam mata kiri pula mengambil antara lima hingga enam bulan untuk hilang," katanya yang bekerja sebagai pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Sepang, Selangor. Anak kedua daripada tiga beradik itu memberitahu dia berasa takut untuk memandu kereta selepas insiden tersebut, namun terpaksa melakukannya selepas cuti sakit dan perlu kembali bertugas. "Sejurus selepas kemalangan itu saya rasa takut nak memandu. Tetapi selepas tiga bulan saya terpaksa juga memandu kereta untuk ulang alik ke tempat kerja yang mengambil masa lebih kurang 10 minit dari rumah. "Cuma kalau orang lain memandu kereta tu saya masih lagi fobia," katanya. Kemalangan tersebut mengajar Hasni untuk lebih berhati-hati ketika memandu dalam keadaan cuaca hujan dan menyarankan agar pemandu berhenti seketika sehingga hujan reda sebelum menyambung perjalanan mereka.