KESIBUKAN dengan jadual pengajian tak menjadi penghalang untuk remaja ini menjalani gaya hidup sihat. Malah, Khairul Nazmi khairus, 19, tak pernah lokek berkongsi ilmu serta tip kecergasan sehingga mengumpul hampir 50,000 pengikut di TikTok. Bercerita kepada mStar, pelajar bidang Kejuruteraan Petroleum itu mendedahkan dia meminati bidang kecergasan sejak zaman sekolah lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM berjaya buat transformasi ‘kurus ke sado’ walau pernah nak menyerah kalah - “Dari mulut kawan-kawan juga...” ARTIKEL BERKAITAN: Kurus sampai digelar penagih, lagi parah ditinggalkan kekasih... lihatlah abang sekarang dah sado! Kini, dia mahu berkongsi serba-sedikit ilmu yang dimiliki demi menarik lebih ramai orang di luar sana bagi menjalani kehidupan lebih sihat. "Saya tak ingat sejak bila mula minat bidang ini. Tapi rasanya semasa saya main ragbi ketika zaman sekolah. "Saya habis karier ragbi masa tingkatan lima, masa tu stop untuk Sijil Pelajaran Malasyia (SPM). Tapi saya masih proceed untuk work out. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Tetapi sejak tingkatan tiga saya dah mula ke gim, cuma ia menjadi lebih serius ketika tingkatan lima, saya buat rutin dengan betul dan belajar lagi mengenai bidang ini," ujarnya. Menurut penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) itu, sebelum ini dia memilih untuk berkongsi video kecergasan menerusi YouTube. Khairul terlibat dengan sukan ragbi ketika zaman sekolah. Namun katanya, pertaruhan itu tak menjadi sehingga dia beralih ke platform TikTok pada Ogos tahun lalu. "Sebenarnya saya pernah kongsikan video kecergasan di YouTube, tapi ia tak menjadi. Dalam YouTube, effort kena lebih, video pun perlu ada kualiti. Betul orang kata bahawa kalau badan cergas, minda pun cerdas. KHAIRUL "Tapi Ogos tahun lalu, saya cuba masuk TikTok. Saya rasa berbaloi, selepas video blow up, Instagram saya pun makin grow," ujarnya. Selain video kesihatan dan senaman yang dikongsi di TikTok meraih sehingga ratusan ribu tontonan, Khairul sering dihujani pelbagai soalan berkaitan topik itu. Ujarnya, dia komited untuk berkongsi satu video setiap hari bagi menjawab setiap soalan yang diajukan, sekali gus dapat memberi galakan dan kesedaran kepada orang di luar sana. Khairul memiliki hampir 50,000 pengikut di TikTok. "Saya akan muat naik satu video sehari. Tapi saya tak buat rakaman setiap hari. Contohnya sekali saya bersenam, saya hasilkan tujuh video siap-siap. Buat banyak-banyak dan post setiap hari. "Saya juga dapat banyak direct message (DM) sehingga ada yang tak sempat nak dibalas. Kebiasaannya saya akan jawab soalan mereka menerusi video di TikTok," ujarnya. Jelas Khairul lagi, dia sejujurnya seronok melihat kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat semakin mendapat perhatian ramai. Tambahnya, ia bukan semata-mata untuk mendapatkan tubuh yang 'lawa' tetapi lebih kepada kesihatan diri untuk jangka masa panjang. Khairul merupakan penuntut bidang Kejuruteraan Petroleum. "Ramai dalam TikTok, mereka yang sama usia dengan saya, mereka nak start fitness tapi tak tahu nak start macam mana. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Saya sendiri sedar, kalau saya bersenam, memang badan akan cergas. Apabila cergas, kita pun akan ada tenaga untuk belajar. Betul orang kata bahawa kalau badan cergas, minda pun cerdas. "Dan saya sendiri juga akan jadi susah tidur kalau tak bersenam, mungkin kerana dah terbiasa begitu. "Sekarang, sejak ramai fitness guru kongsi video di TikTok, saya perasan makin ramai yang nak jalani amalan hidup sihat," ujarnya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!