MASING-masing tidak sabar menunggu janji temu untuk menerima vaksin Covid-19, dan mengabadikan kenangan menerusi rakaman foto dan video di pusat pemberian vaksin (PPV). Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin baru-baru ini membenarkan penerima vaksin merakam gambar atau video, untuk memastikan setiap penerima mempunyai bukti kukuh mendapat kadar vaksin yang sempurna. Namun begitu, nasib malang menimpa seorang pemuda apabila menyedari dia tidak menekan butang rekod pada telefon bimbit ketika merakam dirinya menerima suntikan vaksin. ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh penerima vaksin bergambar tepi semak, tergaru-garu digigit nyamuk... lelaki ini perjelas isu 'bawa lari' plakad - "Kalau ada dos ketiga, saya panjat bumbung parkir" ARTIKEL BERKAITAN: Peminat K-Pop sembuh Covid-19 bikin gempak! Kongsi video 'journey' ambil suntikan vaksin kalah trailer filem - "Rasa macam dapat jemputan menteri" Pemuda berkenaan, Shamer Iskandar Md Zamri berkata, dia hadir ke PPV Bangi Golf Resort di Bandar Baru Bangi, Selangor pada petang 3 Ogos lalu. Memandangkan ia merupakan janji temu untuk melengkapkan dos kedua, anak muda berusia 27 tahun sejak awal mahu membuat rakaman pada hari istimewa itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Masa dos pertama tak rakam, cuma ambil gambar. Lagipun sekarang sudah dibenarkan untuk rakam semasa terima suntikan. "Jadi, saya mula buat rakaman dari kereta dalam perjalanan ke PPV, terima suntikan vaksin sehingga selesai proses. Dah buat rakaman beberapa bahagian," katanya kepada mStar. Tangkap layar video perjalanan ke PPV. Malah kata Shamer, dia terlebih dahulu meminta kebenaran daripada petugas sebelum membuat rakaman di bilik suntikan vaksin. "Petugas tu kata boleh, siap tolong beritahu standby untuk saya ready buat rakaman. Saya pun tengok pada skrin telefon dengan mod selfie. "Bila picagari dah tarik keluar, baru saya sedar yang kamera dalam keadaan tak rakam. Saya tak tekan butang rekod! [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Saya rasa frust sangat sebab dari dalam perjalanan buat rakaman, bila masa yang penting (suntik vaksin) tak rakam pula. "Terus tak ada mood. Ada sukarelawan offer untuk ambil gambar di props fotografi 'dah terima vaksin' pun saya kata tak apalah," ujarnya yang berasal dari Hulu Langat. Tangkap layar video menunggu giliran untuk dos pertama vaksin. Anak kedua daripada tiga beradik itu pulang ke rumah tanpa meneruskan rakaman di PPV, malah bertindak memadam sebahagian video yang sempat dirakam. "Setibanya di rumah, mak tanya dah ambil vaksin ke. Mak tanya mana video kerana sebelum tu saya ada cakap nak rakam dan kongsi di grup WhatsApp famili. "Saya kata tak tekan butang rekod, mak pun gelaklah. Mujur ahli keluarga lain tak tahu dan menunggu-nunggu dalam grup WhatsApp," ujarnya. Kalau anda nak rakam masa suntik dos kedua, pastikan anda terus tekan butang rekod siap-siap. Cantik tak cantik belakang kira, nanti boleh edit. SHAMER Mengimbas kembali apa yang berlaku, Shamer berkata, cuaca mendung ketika dia berjalan dari kawasan parkir ke PPV pada kira-kira pukul 1.50 petang seolah-olah memberi petunjuk bahawa ada sesuatu yang tak diingini akan berlaku. "Cuaca mendung tu dah nampak ada tanda 'malang-malang'. Masa tahu tak tekan rekod tu dalam hati saya kata membazir je rakam macam-macam tadi. "Rasa nak jerit bergegar PPV. Masa berjalan nak balik kereta, rasa macam nak baling phone... bila dapat kebenaran untuk rakam, tak rakam pula," katanya. Shamer terkilan rancangannya untuk merakamkan perjalanan menerima dos kedua vaksin tidak berhasil. Sehubungan itu, juruteknik solar itu menasihatkan orang ramai untuk lebih peka dan bersedia sekiranya mahu membuat rakaman ketika suntikan vaksin. "Kalau anda nak rakam masa suntik dos kedua, pastikan anda terus tekan butang rekod siap-siap. Cantik tak cantik belakang kira, nanti boleh edit. "Jangan jadi seperti saya, nanti frust. Kalau ada dos ketiga ni, memang saya tak akan lepaskan peluang untuk buat rakaman," ujarnya secara berseloroh. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!