suria

Dituduh ‘buat’ bibir, gadis ini dah bosan asyik diaju soalan sama... nak fokus bisnes sup kambing tak lama lagi

Kata Bella, disebalik komen negatif di media sosial, ramai sebenarnya yang memberikan sokongan dan kata-kata semangat buatnya.

MALANG nasib gadis ini apabila dia sering dihujani soalan sama setiap kali muncul menerusi media sosial.

Hanya mahu dikenali sebagai Bella, gadis Cina yang memiliki darah kacukan Thailand dan India itu mengakui bosan apabila saiz bibirnya sering menjadi perhatian ramai.

Kata gadis berusia 25 tahun itu, ada yang tergamak membuat tuduhan dia melakukan suntikan dan pembedahan pada bibir, namun tak pernah berkecil hati dengan tanggapan sebegitu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suara merdu, memasak pun hebat! Pramugari jelita dapat idea ubat kerinduan anak Sabah di Semenanjung... Khairulaming jadi rujukan

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki tak salah alamat! Pembuat kek jelita dah tak risau dengan PKPB, pergi balai polis pun dah ‘meriah’ order - “Saya nak tanya betul-betul”

"Saya dah terbiasa dengan komen negatif. Tapi rasa bosan sebab tiada soalan lain selain tanya bibir. Sebelum di TikTok, saya sering ditanya soalan sama menerusi aplikasi Bigo dan Instagram.

"Sejujurnya, saya tak pernah 'buat' bibir. Cuma saya pernah buat rawatan 'embroidery lip' sebelum ini. Ia untuk mengubah warna daripada yang asal untuk nampak macam pakai lipstik. Overline, nampak besar sikit.

"Terlampau kerap saya terima komen mengenai bibir. Mereka tak percaya sehingga saya terpaksa tunjuk gambar masa kecil. Memang asal dari kecil lagi, cuma tak sebesar yang sekarang. Ia berubah mengikut usia," ujarnya.

Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, dia juga pernah menjalani rawatan untuk mengecilkan saiz bibir beberapa bulan lalu, namun ia tak berhasil.



Bella suka memasak sejak kecil lagi.

"Saya rasa kalau nak komen tu kena berpada-pada. Takut orang terasa, atau kurang keyakinan diri. Saya pernah buat rawatan untuk kecilkan bibir tapi tak jadi sangat.

"Tapi saya tak marah. Saya jenis sabar. Saya layan saja. Mulut orang kita tak boleh nak tutup. Mereka akan cakap apa saja yang mereka nak," ujarnya lagi.

Tak lama lagi nak buka gerai sup kambing di Kampung Baru. Saya memang suka masak sejak umur sembilan tahun lagi.

BELLA

Namun kata Bella, disebalik komen negatif di media sosial, ramai sebenarnya yang memberikan sokongan dan kata-kata semangat buatnya.

Selain soalan mengenai bibir, ramai yang turut keliru dengan identiti Bella memandangkan wajahnya yang kelihatan seperti gadis Melayu.

Jelas Bella, bapanya berbangsa Cina manakala ibunya merupakan wanita kacukan Thailand dan India.

bella2

Bella akui sering diajukan soalan mengenai bibirnya di media sosial.

Bella juga boleh bertutur dalam bahasa Cina, India, Thailand dan loghat Sabah, Terengganu dan Kelantan.

Bercerita lanjut mengenai dirinya, Bella yang berasal dari Kuantan, Pahang kini menetap di Setapak, Kuala Lumpur dan sedang dalam perancangan untuk melakukan bisnes makanan.

Kata Bella, dia mula menyewa tapak gerai pada Jun lalu namun masih belum dapat memulakan operasi kerana situasi semasa pandemik Covid-19 di negara ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Buat masa ini saya tak buat apa-apa, tapi tak lama lagi nak buka gerai sup kambing di Kampung Baru. Saya memang suka masak sejak umur sembilan tahun lagi.

bella4

Bella berharap pandemik Covid-19 berakhir segera.

"Dulu selalu masak untuk abang dan adik, mak yang ajar saya. Saya memang suka memasak daripada buat benda-benda lain.

"Tapi sekarang tak boleh buka gerai, saya fikir nak buat secara online dahulu, buat penghantaran. Harapannya agar Covid-19 berakhir supaya kita dapat dine-in dan jalani hidup seperti dulu," ujarnya.

Tambah Bella, dia hanya mahu fokus terhadap perniagaan itu dan berharap segala urusannya dipermudahkan dan ia bakal mendapat sambutan ramai.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain