BANYAK berkongsi video berkaitan motivasi kecergasan, siapa sangka jejaka ini pernah berhadapan 'detik gelap' dalam hidupnya. Menurut Muhammad Azizul Hakim Mohd Izwan, 26, tubuhnya mengalami perubahan selepas dia mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Engku Farhah Shahirah Engku Shahruddin, 27, pada September tahun lalu. Selain naik berat badan, pakaiannya juga mula tidak selesa untuk digayakan sehingga membuatkan dia kurang senang dengan perubahan mendadak itu. ARTIKEL BERKAITAN: Bakal jurutera alami sesuatu pada waktu malam kalau tak bersenam, komited kongsi satu video sehari bantu pengikut TikTok kekal cergas ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM berjaya buat transformasi ‘kurus ke sado’ walau pernah nak menyerah kalah - “Dari mulut kawan-kawan juga...” "Perut saya jadi boroi masa Perintah kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas. Semua gim tutup. Lepas tu saya tiada masa bersenam sebab sibuk persiapan kahwin. "Sebelum kahwin berat saya 88kg. Kemudian naik hampir 100kg. Saya dulu tak percaya badan akan 'naik' selepas kahwin, bila dah lalui sendiri baru saya faham. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Lepas kahwin makin sibuk, itu pun salah satu sebab juga. Dari situ baru tahu impaknya. Biasanya saya tengok kawan-kawan lepas kahwin makin berisi. Saya pun terkena juga. "Baju, seluar pun tak muat, saya jadi tak selesa. Tapi janganlah takut nak kahwin kalau dah sampai jodoh. Itu pun rezeki, jangan risau badan naik," ujarnya yang mesra disapa Hakim kepada mStar. Hakim banyak berkongsi video berkaitan motivasi kecergasan di media sosial. Menurut jejaka yang menetap di Ampang, Selangor itu, dia bagaimanapun tidak membiarkan keadaan tersebut berlarutan dan mula bertindak untuk mendapatkan bentuk asal tubuhnya. Biarpun gim masih ditutup, Hakim memilih alternatif 'home work out' serta mula menjaga semula pemakanannya sehingga kembali memiliki tubuh yang dahulu. Janganlah takut nak kahwin kalau dah sampai jodoh. Itu pun rezeki, jangan risau badan naik. HAKIM "Tapi saya tak risau sebab tahu macam mana nak dapatkan tubuh seperti sebelum ini. "Cuma pada waktu itu, saya dah mula tak suka tengok muka saya di cermin, saya persoalkan perubahan badan sendiri. "Biasalah, bila dah kahwin, semua dah disediakan, makan masakan isteri lagi. Kemudian bila saya kata nak diet, isteri pun tolong masak masakan diet saya. "Isteri pun ada tegur badan saya naik. Jadi saya pilih untuk bersenam di rumah pada waktu ini. Saya ada beli beberapa kelengkapan dan biasanya bersenam sejam sehari," ujarnya yang bekerja di sebuah kelab rekreasi di Setia Alam. Kini, Hakim berkata dia berjaya mengekalkan berat sekitar 91kg dan berterusan melakukan senaman yang disifatkan sebagai satu 'pelaburan' untuk kesihatannya pada masa depan. Hakim mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu. Selain senaman, Hakim juga aktif dalam pelbagai sukan sejak zaman sekolah dan pernah menyertai acara seperti bola baling, bola tampar, takraw dan olahraga. Pesan Hakim kepada jejaka di luar sana, carilah video motivasi berkaitan kecergasan jika mahu memulakan perjalanan ke arah gaya hidup lebih sihat. Namun katanya, usaha itu pasti tidak berkekalan jika tidak disusuli dengan minat serta keazaman untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman. Hakim banyak melakukan senaman di rumah sejak gim ditutup. "Kalau nak start, baik cari video motivasi untuk pupuk rasa semangat buat exercise. Bila ada semangat, InsyaAllah kita akan minat untuk teruskan. "Kalau buat tanpa minat, memang tak menjadi. Ramai yang minta saya ajar, minggu kedua atau ketiga, mereka dah berhenti, sempat buat separuh jalan saja. "Saya pun ajar percuma. Jadi saya tak kisah. Tapi mereka mula beri alasan sibuk, sakit tangan dan macam-macam lagi. Mereka sebenarnya tiada minat. "Kalau orang yang minat, dia sakit pun dia nak teruskan lagi," ujar Hakim yang banyak berkongsi video motivasi kecergasan di TikTok dan Instagram. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!