suria

Dua beradik tak putus asa bisnes tepi jalan walau sering ada ‘masalah khemah’, ikan goreng pernah terbang ditiup angin... khemah juga puncanya!

Syawani masih lagi tersenyum walaupun terpaksa berniaga dalam cuaca hujan lebat.

"INI sahaja cara untuk kami cari rezeki," hanya itu yang mampu diucapkan oleh seorang gadis apabila diduga dengan cuaca tidak menentu ketika sedang mencari rezeki.

Gadis berkenaan berkongsi video menunjukkan dia terpaksa berulang kali membuang air yang bertakung di atas khemah gerainya kerana hujan lebat.

Apa yang menjadi perhatian, dia masih lagi mampu mengukir senyuman walaupun terpaksa berdepan dugaan berniaga dalam keadaan hujan lebat.

ARTIKEL BERKAITAN: Berniqab tak halang ibu 2 anak ride superbike, teguran netizen elak diri dari ‘syok sendiri’ - “Beli untuk suami, saya pula lebih-lebih”

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan biasa-biasa! Wanita viral bawa pesawat ‘jalan-jalan’ di lapangan terbang rupa-rupanya streamer PUBG - “Dua-dua kerja best”

Rakaman tersebut setakat ini meraih hampir 200,000 tontonan di aplikasi TikTok dan dia menerima banyak pujian kerana sikapnya yang positif.

Berkongsi cerita dengan mstar, Nurul Syawani Nor Azizi, 20, berkata video tersebut dirakam semasa dia dan kakaknya Anis Syaheeda Nor Azizi, 28, berniaga di hadapan Sekolah Rendah Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

Ketika itu hujan sangat lebat membuatkan air bertakung pada bahagian atas khemah sehingga mereka berdua terpaksa membuangnya dengan kerap.

"Masa tu saya berdua je dengan kakak, sebab kami berniaga bersama-sama. Gerai kami jual sushi dan kopi Hainan... dah tujuh bulan berniaga depan kawasan sekolah ni.

"Pada Selasa dalam pukul 5.15 petang hujan lebat sangat sampai air bertakung di atas khemah. Kami terpaksa buang air pada bahagian atas khemah setiap lima minit sehinggalah hujan berhenti.

khemah

Ini bukan kali pertama Syawani diduga sepanjang tujuh bulan berniaga di tepi jalan.

"Waktu hujan lebat tu memang tak ada sesiapa pun turun beli air dan sushi di gerai kami. Hasil jualan agak kurang bila tiba musim hujan ni," katanya yang menetap bersama keluarganya di Kuang, Sungai Buloh.

Menurut gadis yang mesra disapa Syawani ini, ini bukan kali pertama mereka diduga sepanjang membuka gerai di tepi jalan.

Jelasnya lagi, sebelum ini khemah mereka pernah terbang akibat ditiup angin yang begitu kuat.

"Sebelum ni bukan buang air yang bertakung je. khemah terbang pun ada. Kaki khemah bengkok sampai terpaksa beli khemah baru pun pernah juga.

"Paling tak boleh lupa ialah khemah terbang... waktu tu kami tengah duduk berehat untuk makan tengah hari. Tiba-tiba angin kuat sangat, sampai lauk ikan goreng yang kakak saya makan pun terbang sekali gara-gara nak pegang dan selamatkan khemah tu.

"Kalau kakak tak capai khemah tu, mesti dah terbang sampai tengah jalan. Walaupun begitu, saya tak pernah berputus asa sebab memang minat berniaga.

Sebelum ni secara kecil-kecilan je dekat rumah sebelum buka kedai tepi jalan.

NURUL SYAWANI NOR AZIZI

"Lebih-lebih lagi dengan keadaan negara kita sekarang, ini sahaja cara untuk kami cari rezeki," ujarnya.

Anak bongsu daripada empat beradik ini memberitahu, ini merupakan kali pertama dia dan kakaknya berniaga di gerai kerana sebelum ini mereka hanya beroperasi secara kecil-kecilan di rumah.

Syawani juga merancang untuk membuka gerainya sendiri pada tahun hadapan selepas menamatkan pengajian Diploma Pengajan Pra Sekolah di Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya, Selangor.

"Sebelum ni menjual secara kecil-kecilan je dekat rumah sebelum buka kedai tepi jalan. Pada mulanya kakak nak cari pendapatan sampingan dan saya tolong dia jaga kedai.

IMG_6465

Syawani (dua, kiri) bercadang untuk membuka sebuah gerai seperti kakaknya (kiri) selepas tamat pengajian tahun depan.

"Kemudian dia ambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus pada bisnes ini sepenuh masa. Saya pula memang ada jual makanan secara online sejak November tahun lepas untuk menjana pendapatan sendiri.

"Saya masih lagi belajar dan akan tamat pengajian pada tahun depan. Jadi saya merancang untuk buka sebuah gerai dan menjual ramen rolls yang sebelum ini dijual secara online," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain