DI mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tiada apa yang mustahil untuk mendapat sesuatu, asalkan seseorang itu ingin berusaha seperti dibuktikan seorang pemuda yang sanggup berpanas berniaga di tepi jalan semata-mata untuk mendapat rezeki yang halal Pemuda berkenaan berkongsi video memaparkan dia sedang memegang papan tanda yang tertulis 'Chicken Chop RM10' di tepi jalan. Video tersebut setakat ini meraih hampir 580,000 tontonan di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Rider ini sanggup u-turn, gadai nyawa kutip Jalur Gemilang tersadai atas jalan kemudian pasang pada box makanan - “Kotor, koyak sikit tapi saya bangga” ARTIKEL BERKAITAN: Hajat tak sampai... bapa pergi dulu akibat Covid-19 selepas setiap hari tunggu divaksinasi, esoknya terima panggilan janji temu - “Dapat tarikh sama mak” Bercerita kepada mStar, Muhd Firdaus Kamarudin, 21, berkata dia mula menjual 'chicken chop' sejak April lalu. Segala persiapan jualan dilakukan dengan bantuan keluarga angkatnya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya mula berniaga chicken chop bulan April tahun ini di kawasan Kota Permai, Bukit Mertajam. Saya berniaga setiap hari dari pukul 2 petang sehingga jam 10 malam. "Kadang-kadang je saya akan cuti pada Rabu. Saya buat ni semua sendiri tapi ada juga keluarga angkat bantu. Firdaus berniaga dari pukul 2 petang hingga jam 10 malam. "Memang tak sangka, waktu mula-mula berniaga dapat sambutan orang ramai, tapi lama kelamaan sales kurang dan memang rasa nak putus asa. Tetapi saya percaya bahawa rezeki Allah itu luas. "Pendapatan dalam sehari memang tak menentu, kadang-kadang dalam RM70 dan ada hari boleh dapat lebih," katanya yang kini menetap bersama keluarga angkatnya di Taman Sejahtera Alma di Bukit Mertajam, Penang. Menurut anak ketiga daripada sembilan beradik ini, dia mengambil keputusan untuk berhenti sekolah ketika usianya 13 tahun demi meringankan beban keluarga mencari rezeki. Dia kini sudah lima tahun menetap di Pulau Pinang dan sebelum ini pernah bekerja di sebuah kilang selama tiga tahun tetapi terpaksa berhenti kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walaupun bapanya, Kamarudin Hadran, 47, bekerja di sebuah bengkel di Dungun, dia dan adik beradik yang lain terpaksa bekerja keras untuk membantu menampung perbelanjaan mereka sekeluarga. "Sebelum ni saya ada juga jual baju bundle, tapi sekarang ni dah tak sempat sebab balik lewat dan badan pun letih. "Saya sekolah sampai UPSR je, sebab nak bagi peluang pada adik beradik lain untuk bersekolah. Walaupun bukan disuruh oleh ibu bapa, memang saya sendiri nak cari rezeki untuk bantu keluarga. Memang perit sangat hidup berjauhan tanpa mak dan ayah di sisi, inikan lagi di negeri orang. MUHD FIRDAUS KAMARUDDIN "Umur 14 tahun saya dah minta izin mereka untuk keluar mencari rezeki di negeri lain. Dah lima tahun saya merantau di Pulau Pinang dan tinggal dengan keluarga angkat... macam-macam kerja saya dah buat. "Waktu tak ada apa-apa dulu, merekalah yang jaga saya. Mereka bagi saya tempat tinggal dan kalau tak ada duit, keluarga angkat ada hulurkan sedikit wang. "Sekarang saya jual chicken chop di tepi jalan sebagai sumber pendapatan dan kalau ada rezeki lebih, saya hulurkan RM500 atau RM700 kepada keluarga di kampung. "Jika ada yang berminat, saya ada buat penghantaran di sekitar kawasan Kulim dan Bukit Mertajam," ujarnya yang mesra disapa Firdaus. Menurut Firdaus yang kini hampir setahun tidak pulang ke kampung, dia amat rindukan keluarganya yang menetap di Kampung Wau, Dungun, Terengganu. Tambahnya lagi, sukar untuk menggambarkan keperitan hidup tanpa kehadiran ibu bapa di sisi tetapi dia terpaksa cekal dan merantau demi mencari rezeki. "Nak dekat setahun dah saya tak balik Terengganu jumpa mereka semua, kalau diberi peluang balik sehari pun jadilah. Dia pernah menjual baju bundle namun tidak mampu untuk melakukannya lagi kerana kerap pulang lewat dari berniaga. "Memang perit sangat hidup berjauhan tanpa mak dan ayah di sisi, inikan lagi di negeri orang. "Pada saya, buatlah kerja apa pun, yang penting ia mendatangkan rezeki yang halal. Jangan sesekali merungut dan malu atas kerja yang kamu buat sekarang," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!