suria

Abang askar pulang selepas 2 tahun berjauhan, isteri jimat RM400 suami buat sendiri je rak idaman... ‘upahnya’ candle light dinner di hotel!

Foto kiri besi katil terbuang di belakang rumah, foto kanan rak yang dihasilkan daripada besi katil. Gambar kecil Intan bersama suami.

KALAU dah kreatif, barang terbuang pun boleh digunakan semula.

Dari rangka besi katil terbuang, seorang suami berjaya mengubahnya menjadi sebuah rak serba guna.

Lebih menarik, hasil kerja tangan itu dibuat istimewa untuk isteri tersayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang lain buang selimut buruk, tuala koyak... lelaki ini kutip buat pasu bunga! Dapat idea ketika 'kering' job

ARTIKEL BERKAITAN: Semak mata tengok sudu, garfu tak cuci... sekali muncul gah 'burung besi', harga paling kurang 4 angka - "Kalau ratus-ratus simpan dulu"

Intan Atifah Muhammad Tuah berkata, besi katil terbuang itu pada mulanya tersadai di belakang rumah ibu mentuanya di Merlimau, Melaka.

Wanita berusia 27 tahun itu memberitahu, ia dibuat ketika suaminya yang bertugas sebagai tentera di Sarawak, pulang ke Melaka untuk bercuti selama dua minggu.

"Itu besi katil lama di rumah ibu mentua, dah lama dibuang. Tapi lori sampah mana nak angkat besi-besi lama, jadi dibiarkan saja di belakang rumah.

"Saya pula kerja sebagai surprise planner, jadi wrapping paper makin banyak kat rumah. Saya fikir nak beli rak, bila tengok online harga mahal RM360.

"Pada masa sama suami seorang yang pembersih, rumah kena sentiasa kemas. Jadi suami fikirkan sesuatu apa yang boleh dibuat dengan besi katil tu," katanya kepada mStar.

besi katil terbuang 2

Suami Intan mengimpal besi katil.

Lebih mesra disapa Intan, katanya, suaminya yang berkebolehan bertukang kemudian meminjam peralatan kimpalan (welding) daripada seorang rakan.

"Suami kata dia nak buat sesuatu dengan besi katil terbuang. Tapi dia kata cuba dulu sebab dia risau tak jadi, tak cantik.

"Dia memang biasa bertukang dan kebanyakan hasil kerja untuk kegunaan di rumah. Suami sejenis yang tak duduk diam, ada saja yang dia nak buat," ujarnya yang berasal dari Melaka.

besi katil terbuang 4

Rak yang hampir siap.

Menurut wanita itu, suaminya yang berusia 30 tahun mengambil masa empat hari untuk menyiapkan rak besi untuk pembalut hadiah itu.

"Suami memang risau kalau dia buat tak cantik. Tapi bila saya beritahu rak yang lebih kurang sama dan diperbuat daripada besi harganya dekat RM400, suami terkejut.

Walaupun kita tahu suami pandai bertukang, boleh buat macam-macam... tapi sebagai isteri, kita perlu menghargai suami

INTAN ATIFAH MUHAMMAD TUAH

"Dia kata nasib baik balik bercuti dan buatkan rak untuk bini. Kalau tidak, bini dah terbeli rak tu secara online," tambahnya.

Intan berkata, sebagai tanda penghargaan, dia membawa suaminya menikmati candle light dinner dengan hidangan stik kegemaran di restoran di sebuah hotel.

besi katil terbuang 3

Intan (kiri) dan suami ketika candle light dinner.

Malah katanya, ia merupakan momen yang cukup bermakna kerana ia merupakan dine-in pertama bersama suaminya di restoran sejak berkahwin dua tahun lalu.

"Bukan sebab kerajaan baru beri kelonggaran dengan membenarkan semula dine-in ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), tapi sebab saya baru dapat bertemu semula dengan suami.

"Selepas kami berkahwin pada Ogos 2019, baru sekarang dapat jumpa," katanya sambil menambah mereka sering berhubung menerusi panggilan video kerana pasangan jarak jauh (PJJ).

Sama ada jarang atau sering berjumpa, katanya, kaum isteri perlu menghargai suami meskipun mengetahui pasangan berkebolehan bertukang.

"Walaupun kita tahu suami pandai bertukang, boleh buat macam-macam... tapi sebagai isteri, kita perlu menghargai suami. Sekurang-kurangnya puji bagi mereka rasa dihargai," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain