KESUNGGUHAN jejaka ini melakukan dua kerja demi mencari rezeki buat keluarga wajar menerima pujian ramai. Biarpun bersekolah sehingga tingkatan tiga sahaja, Muhd Hariz Abdul Wahab, 20, enggan menjadi anak muda yang lalai, sebaliknya mahu memajukan dirinya dalam bidang perniagaan. Menurut anak kelahiran Kelantan itu, dia kini sedang bekerja di sebuah kilang elektronik di Bangi, Selangor. ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga rindu nak berniaga di pasar, jual online serba tak kena... TikTok kena sekat, pelanggan pula main-main - “Nak simpan duit sambut baby” ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini tinggalkan kerja offshore demi jaga ibu sakit di kampung, bermula dengan jual cream puff, rezeki diperoleh selepas itu sukar dipercaya Namun sejak sebulan lalu, dia mula berjinak-jinak dengan bisnes jambangan bunga demi mencari rezeki lebih buat diri sendiri dan keluarga. Mesra disapa Hariz, dia ketika dihubungi mStar sempat bercerita mengenai perjalanan hidupnya yang kini berkelana jauh dari keluarga. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya dah lama merantau dan kini menetap di Bandar Baru Bangi. Selepas berhenti sekolah, saya mula merantau dan bekerja di kedai makan. Kerja kilang pula dah dua tahun lebih. "Sebelum ini saya pernah berniaga secara sambilan, jual baju dan kasut bundle serta street wear. Bisnes flower bouquet ini pula baru diusahakan sejak sebulan lepas. Hariz bersama ibu dan adik beradiknya. "Tangan saya pun tak la berseni sangat. Tapi saya jenis minat bila tengok orang buat. Bisnes ini juga tak banyak di sekitar kawasan saya. Saya buat untuk kawasan Bangi, Kajang dan Semenyih," ujarnya. Menurut Hariz, dia juga langsung tidak mempunyai sebarang pengalaman dan segala kemahiran menggubah jambangan bunga dipelajari menerusi tutorial di YouTube. Saya simpan duit untuk masa depan dan mak ayah. Nak bahagiakan orang tua dulu. HARIZ Malah katanya, dia terkejut apabila video dia sedang menggubah jambangan bunga yang dikongsi di TikTok turut tular dan meraih pujian ramai khususnya kaum hawa yang terpegun dengan kreativitinya. "Saya hanya tengok YouTube dan cuba buat sendiri. Nampak mudah tapi sebenarnya susah, ia mengambil masa berjam-jam. Kena kaji semua benda dari segi material dan sebagainya. "Memang 100 peratus belajar dari YouTube. InsyaAllah kalau ada rezeki dan makin maju, saya nak buka kedai. Ibu bapa Hariz yang menetap di Kelantan. "Saya juga bersyukur dan terkejut lepas video viral di TikTok. Saya juga tak kisah kalau ada yang pertikai bahawa ini kerja kaum hawa, saya abaikan saja kata-kata orang," ujarnya lagi. Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, dia juga sesekali pernah terdetik rasa menyesal kerana tidak menamatkan persekolahan. Namun, dia enggan menyesali masa lalu dan mahu mencari wang lebih demi keluarga dan membantu bapanya, Abdul Wahab Umar, 75, yang kini terlantar sakit akibat kanser prostat tahap empat. Hariz memulakan perniagaan jambangan bunga sejak sebulan lalu. "Dulu budak-budak, pemikiran tak matang ikut kawan-kawan. Jarang pergi sekolah. Lepas berhenti, saya fikir tak nak susahkan mak ayah, sebab itu saya kerja. "Ada juga rasa menyesal, tapi sekarang saya mahu fokus terhadap diri dan keluarga. Mungkin saya tak ada rezeki nak habiskan belajar. Antara gubahan bunga oleh jejaka itu. "Saya simpan duit untuk masa depan dan mak ayah. Nak bahagiakan orang tua dulu. Dulu masa sekolah banyak habiskan duit mereka. Nak balas jasa walaupun tak akan terbalas sampai bila-bila. "Ayah sekarang sakit kanser tahap empat, terlantar sejak awal tahun ini," ujarnya lagi. Untuk rekod, video Hariz sedang menggubah jambangan bunga sehingga kini meraih lebih 23,000 tontonan di TikTok. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!