SEBELUM ini 50 ekor kucing ini tidur di sebuah rumah, merasa belaian dan kasih sayang daripada seorang insan yang berusaha memastikan makan minum serta kebajikan mereka terjaga. Apa yang penting kesemua mereka tidak hidup di jalanan. Malangnya, nasib sekumpulan si bulus ini berubah apabila tuannya dihalau keluar dari rumah sewa. ARTIKEL BERKENAAN: Wanita tahan sabar, ramai mak ayah ‘usha’ pelik... tanda lahir anaknya disangka kudis - “Orang geli, tak nak dekat... kesian anak ibu” ARTIKEL BERKENAAN: Firasat ibu tak pernah salah! Dewan PPV kecoh remaja menggeletar, menjerit ‘ala histeria’ - “Saya takut jarum patah” Sedih, namun dia tidak mempunyai pilihan lain selain menyerahkan kesemua 50 kucingnya kepada pihak yang lebih mampu untuk untuk menjaga kebajikan haiwan peliharaannya itu. Berkongsi kisah 50 ekor kucing tersebut yang kini menjadi penghuni di Bustana Kucing Perlis, Zakaria Shafie berkata kini mereka ditempatkan bersama hampir 1,500 kucing lain yang dijaganya di situ. "Semalam masih dapat tidur di sekitar kawasan rumah tuan mereka, malam ni akan tidur bersama kucing-kucing yang ada di Bustana. "Semalam masih dapat makan makanan yang dituang dan dihidang oleh tuan meraka, hari ini dan seterusnya akan makan secara berkongsi bersama kucing lain di Bustana. "Semalam masih dapat merasa belaian dan usapan dari tuan asal mereka, hari ini dan seterusnya akan dapat belaian dari staf Bustana sahaja," tulisnya di laman Facebook. 50 ekor kucing, kebanyakannya dewasa dihantar ke Bustana Kucing Perlis. Bercakap kepada mStar, Zakaria yang bekerja pusat perlindungan kucing itu berkata, pemilik asal 50 kucing ini juga merupakan salah seorang pencinta kucing yang sering membantu menyelamatkan kucing di kawasan Ipoh, Perak. "Dia (pemilik asal) sempat cerita masa hantar kucing-kucing tu semua, yang dia tinggal seorang. "Suami dah meninggal dan anak-anak dia pun tak ada. "Ada banyak ekor juga kucing dia hantar yang lawa-lawa," katanya. Antara kucing yang ditempatkan di Bustana Kucing Perlis. Menurut Zakaria, orang ramai yang ingin mengambil dan menjaga kucing-kucing itu boleh hadir ke Bustana Kucing Perlis yang terletak dalam kawasan Taman Ular dan Reptilia Sungai Batu Pahat, Perlis. Mereka juga ada menyediakan perkhidmatan teksi untuk menghantar kucing ke kawasan yang jauh atau di luar Perlis. Jelasnya, orang ramai boleh memilih sendiri kucing yang mereka inginkan, mengisi borang dan memberi sumbangan seikhlas hati mereka. "Semuanya 50 kucing tersebut dalam kategori dewasa dan memang dah boleh adopt. "Dalam 50 tu ada tiga ekor yang kena 'sporotrichosis', jadi termasuk yang sedia ada dekat sini keseluruhannya ada 75 ekorlah," katanya. Orang ramai yang ingin mengambil dan menjaga kucing boleh datang sendiri ke Bustana Kucing Perlis. Bercerita tentang Bustana Kucing Perlis, Zakaria yang berusia 27 tahun berkata, pusat perlindungan haiwan ini dibuka pada tahun 2015 oleh pengasas Mohd Taufik Md Zin, serta diuruskan 14 individu termasuk doktor. "Sejak diwujudkan pada tahun 2015 sehingga 2017, bustana yang bermaksud 'taman' dalam Bahasa Arab banyak guna dana dari duit poket pengasas dan sukarelawan. "Dari tahun 2018 hingga sekarang Alhamdullilah sangat sebab orang ramai dah mula tahu dan kenal bustana. "Dari situ bustana buka satu akaun untuk orang ramai sama-sama menyumbang," katanya. Ada kucing yang okay bila lepas dalam sangkar utama. Dia dengan rileks pergi makan dan tidur sekali dengan kucing lain tapi ada kucing yang tak okay. ZAKARIA SHAFIE Pekerja Bustana Kucing Perlis Menurut Zakaria, menerima kucing dalam satu jumlah yang banyak daripada seorang pemilik bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka. Namun katanya, tidak semua kucing yang dihantar ke pusat berkenaan terus boleh menyesuaikan diri apabila diletakkan bersama kucing-kucing lain. "Tengok jenis kucing, ada kucing yang okay bila lepas dalam sangkar utama. Dia dengan rileks pergi makan dan tidur sekali dengan kucing lain. "Ada kucing yang tak okay, selalunya mereka akan duduk hujung-hujung kawasan dalam sangkar, makan pun tak berani," kongsinya. Menurut Zakaria, setiap hari terdapat sekitar 10 hingga 20 ekor kucing dihantar ke bustana dan kurang dari 10 ekor akan dibawa pulang pemilik baharu.Mereka yang ingin mengambil kucing untuk dipelihara atau membantu dengan menyalurkan dana kepada Bustana Kucing Perlis bolehlah menghubungi Zakaria di talian 0176624733. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!