"RASA macam tak layak untuk terima semua ni," itulah kata-kata seorang gadis apabila kekasihnya membuat kejutan yang sungguh istimewa. Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh gadis berkenaan, teman lelakinya membuat kejutan di bonet kereta dan melamarnya setelah hampir dua tahun bercinta. Visual tersebut meraih sebanyak 100,000 tontonan di TikTok dan ramai mengucapkan tahniah kepadanya atas lamaran tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Nak dekat dengan ibu, mahu selalu ‘jumpa’ arwah ayah! Anak tolak tawaran kerja di KL, curi masa singgah kubur selepas COD takoyaki ARTIKEL BERKAITAN: Guna sticker ke? Remaja ini terpaksa buktikan bakatnya dengan kongsi video time lapse gara-gara lukisan ‘terlampau real’ Bercakap kepada mStar, Daniellia Zetrisya Mohd Zaim Al-Amin, 22, memberitahu dia dilamar secara mengejut oleh kekasihnya, Mohammad Noorsyukri Zairul yang berusia 23 tahun. Jelas gadis berkenaan, dia berasa terharu kerana tidak pernah menerima sebarang kejutan seperti ini seumur hidupnya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kejutan dibuat Jumaat malam lepas, masa tu dia baru habis kerja dan cakap nak ajak jumpa di rumah saya. Ingatkan dia nak jumpa untuk berborak sahaja, tapi memang betul pun kami sembang lebih kurang 40 minit. "Lepas tu bila tiba masa nak balik dia suruh buka bonet kereta, first 10 seconds tu memang satu badan kaku! Noorsyukri merancang kejutan ini sejak dua minggu lalu. "Tak sangka saya dapat kejutan macam ni, lebih-lebih lagi bila first time someone put effort untuk saya. Sampai saya sendiri rasa macam tak layak untuk terima semua ni," katanya yang menetap di Ampang, Selangor. Mesra disapa Dani, katanya, kekasihnya mendedahkan bahawa dia merancang untuk membuat kejutan lamaran ini sejak dua minggu lalu. Pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini dan mungkin akan mengadakan majlis secara kecil-kecilan jika dibenarkan oleh kerajaan. "Dia ni jenis kalau nak buat surprise memang selalu kantoi sebab saya akan selalu dapat teka. "Tapi kali ini memang boleh dikatakan pertama kali kejutan dia menjadi. Dalam masa dua minggu tu dia rancang seorang dan beli apa yang patut. Dani tidak menyangka bahawa teman lelakinya yang pemalu itu berani untuk melamarnya secara mengejut. "Saya tak sangka pun untuk dia melamar sebab tahu Noorsyukri ni orangnya sangat pemalu dan ibu bapa pun tak tahu pasal benda ni. Tetapi lepas dah lamar tu keluarga saya terkejut dan ucapkan tahniah sambil memeluk saya. "InsyaAllah hujung tahun ini kami akan bernikah. Kalau kerajaan dah benarkan majlis kahwin berlangsung, kami akan buat kecil-kecilan hanya orang yang rapat sahaja," ujarnya. Dani dan Noosyukri mula berkenalan sewaktu mereka bekerja sebagai juruwang di sebuah pasar raya di Pontian, Johor. Bagaimanapun mereka terpaksa berjauhan buat seketika apabila Noorsyukri menyertai rekrut polis di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol) Kuching, Sarawak selama enam bulan. "Kami berdua baru kenal setahun lebih, masa tu saya bekerja sebagai cashier di Econsave, Pontian, Johor, manakala Noorsyukri ketika itu dah jadi senior cashier, kiranya saya masih baru lagi di situ. Dani (kanan) jatuh cinta dengan sikap Noorsyukri yang sangat sopan. "Kemudian kami jadi kawan rapat dan lama kelamaan, dia meluahkan perasaan terhadap saya. Cabaran dalam hubungan ini apabila dia terpilih untuk masuk rekrut polis pada November tahun lepas dan masa tu kami baru kenal beberapa bulan. Kalau awak sekarang tengah dalam toxic relationship, tolong keluar daripada hubungan tu. DANIELLIA ZETRISYA MOHD ZAIM AL-AMIN "Saya terpaksa tunggu dia selama enam bulan dan sejujurnya tempoh perpisahan ketika itu lebih panjang dari tempoh perkenalan kami berdua. Tapi Alhamdulillah, berkat doa semua dan kekuatan dalam diri sendiri, dia dah rancang untuk berkahwin dengan saya selepas habis rekrut. "Noorsyukri seorang lelaki yang sangat sopan, soft spoken, penyabar, tak pernah langsung marah atau tinggikan suara dan pandai buat saya gelak. Lagi satu saya jatuh hati sebab saya suka lelaki tinggi dan tinggi dia 180cm," katanya yang kini bekerja sebagai seorang content creator di Klinik Veterinar Dr Hawa di Sri Rampai, Gombak. Anak kedua daripada empat beradik ini berpesan supaya gadis di luar sana untuk mencari lelaki yang menghormati kaum wanita. Dani yang berasal dari Selangor juga berkata, seorang lelaki itu tidak akan berubah melainkan untuk seseorang yang diinginkan. "Saya cuma nak cakap, nak cari bakal suami tolong cari yang tak pernah berkasar dengan kita dan tidak menghina kalau tengah marah. Carilah yang lembut budi bicara, itu tanda dia hormat pada wanita. Keluarga Dani terkejut dan gembira dimaklumkan tentang lamaran yang dibuat secara mengejut itu. "Lepas tu carilah lelaki yang sangat baik dengan ibunya kerana kalau dengan ibu dia hormat, pasti dengan awak pun dia akan buat benda yang sama. "Kalau awak sekarang tengah dalam toxic relationship, tolong keluar daripada hubungan tu. Kita takkan dapat ubah lelaki, cuma mereka yang akan mengubah dirinya untuk perempuan yang dia betul-betul inginkan," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!