suria

“Boleh tak solek pengantin berusia?” - Dapat job klien usia 60an, jurusolek buat magik beri ‘look’ 30an... sempat korek rahsia kulit tak kedut

Penangan hasil solekan Erma, pengantin berusia 60an ini kelihatan seperti wanita berusia 30an.

SOLEKAN berperanan membantu menaikkan seri wajah malah bisa membuatkan seseorang kelihatan lebih muda dan jelita.

Perkongsian video seorang jurusolek di TikTok yang memaparkan hasil solekan terhadap kliennya yang merupakan 'pengantin veteran' berusia 60an benar-benar membuatkan ramai yang kagum dengan sentuhan magisnya.

"Ya Allah cantiknya! Tak macam 60an, tapi macam 30an!"

"Cantiknya aunty ni! Tak make-up memang dah cantik... lepas make-up lagi boom. Terus nampak 30an," demikian antara ribuan komen yang dilontarkan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Kuasa mekap! Pengantin ada parut di muka disolek cantik, dah macam Ayda Jebat - “Suami cakap langsung tak malu”

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih pun lari kerana jerawat batu! Bertahun kena ‘face shaming’, keluarga berhabis duit selamatkan wajah si gadis... siapa sangka kini menghitung hari bahagia

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih dari 332,000 jumlah tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

Berkongsi cerita dengan mStar, jurusolek bernama Irmas Mohd Tahir itu berkata wanita tersebut merupakan salah seorang klien yang menggunakan khidmatnya untuk majlis pernikahan sekitar beberapa bulan lalu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Ia video lama tapi saya baru saja muat naik dekat TikTok sekadar nak kongsi hasil solekan pengantin yang pernah saya buat. Memang tak sangka langsung boleh viral.

"Alkisahnya, sebelum ini saya pernah solekkan anak saudara kepada aunty ni... jadi anak saudaranya yang recommend saya kepada dia. Pertama sekali aunty ni hantar mesej mahu gunakan khidmat saya untuk pernikahannya.

"Dia tanya 'boleh tak saya solekkan pengantin yang dah berusia?'. Saya jawab memang tiada masalah. Sewaktu majlis nikahnya di Pontian, Johor, itulah kali pertama saya jumpa dan lihat wajahnya.

mekap baru 4

Mesej yang dikirim oleh klien Erma yang gembira dengan hasil sentuhan tangannya.

"Walaupun dah berusia 60an, tapi aunty ni masih cantik. Dia memiliki kulit wajah yang cantik, hidungnya mancung, pipinya naik dan gigi tersusun. Tugas saya hanya naikkan seri wajahnya saja menggunakan solekan natural atau semula jadi," ujar wanita berusia 36 tahun ini.

Menurutnya yang senang disapa sebagai Erma, wanita tersebut adalah kliennya yang paling 'veteran' sepanjang penglibatannya dalam bidang solekan dan ia adalah pernikahannya untuk kali kedua.

"Aunty ni walau dah veteran tapi kulitnya ada kedut yang minima. Dia sempat kongsikan petua yang diamalkannya antara banyak makan ulam-ulaman dan sentiasa aktif.

mekap baru 3

Antara pengantin yang mendapat sentuhan Erma.

"Saya gembira sangat bila dia happy dengan hasil kerja saya. Dan apa yang buatkan saya teruja dan terharu bila video tu viral dan dapat komen positif.

"Sebenarnya saya tak tahu pun video tu viral. Hari yang sama selepas muat naik, saya dapat banyak WhatsApp daripada bakal pengantin yang nak 'book' saya untuk hari bahagia mereka.

"Saya jadi hairan lebih-lebih lagi dapat mesej klien dari luar Johor seperti Selangor, Kuala Lumpur malah Terengganu pun ada. Rupa-rupanya penangan video aunty ni. Followers di TikTok pun naik tiba-tiba hingga beribu.

Saya hairan lebih-lebih lagi dapat mesej klien dari luar Johor seperti Selangor, Kuala Lumpur malah Terengganu pun ada. Rupa-rupanya penangan video aunty ni.

ERMA TAHIR

JURUSOLEK

"Inilah kali pertama video saya viral... mungkin ini rezeki di mana orang mula nampak 'sentuhan' saya. Mungkin ia juga berkat doa suami dan ibu," ujarnya yang berpangkalan di Kulai, Johor.

Tambah Erma, dia berbesar hati untuk memenuhi permintaan klien dari negeri lain sekiranya sudah ada kelonggaran untuk merentas negeri.

"Solekan memang passion saya. Saya bermula sebagai part-time dan sekarang sudah bergelar jurusolek sepenuh masa. Sepanjang terjun dalam bidang ni, macam-macam cabaran yang dah saya lalui.

mekap baru 1

Erma sememangnya mempunyai 'passion' yang mendalam dalam bidang solekan.

"Bukan saja daripada ragam klien, tapi juga jenis kulit muka, lokasi yang jauh dan macam-macam. Pernah bergerak ke rumah klien seawal 3 pagi demi kerja. Kalau suami kerja, ibulah jadi peneman. Alhamdulillah, suami dan ibu bapalah tulang belakang saya," ujarnya lagi.

Berpengalaman lebih empat tahun sebagai jurusolek, Erma tidak lokek berkongsi tip untuk bakal pengantin.

"Apa yang boleh saya kongsikan untuk bakal pengantin, sebulan sebelum tarikh nikah, elakkan daripada pergi buat facial. Saya tahu ramai teruja nak nampak cantik, fresh dan kulit tak kusam masa hari bahagia mereka.

mekap baru 2

Selain ibu bapa, suami adalah tulang belakang Erma.

"Tapi ada segelintir wanita yang miliki kulit sensitif. Kadang-kadang lepas buat facial, kesan sampingan seperti kulit mengelupas tu berlaku dalam tempoh yang panjang. Saya pernah dapat kes macam ni.

"Bila jadi macam ni, jurusolek memang kena kreatif berfikir dan cari solusi macam mana nak tutup cela serta cantikkan pengantin. Tapi bagi saya, inilah sebahagian cabaran untuk menjadi seorang jurusolek yang serba boleh dan berjaya," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain