MENURUNKAN berat badan bukanlah sesuatu yang mudah, terutama sekali bagi sesetengah individu yang mempunyai kadar metabolisme yang rendah. Bermacam usaha dilakukan termasuklah diet dan bersenam, malah pelbagai jenis produk untuk menguruskan badan telah dicuba tapi semuanya gagal. Itulah yang dialami Hannah, 25, sehingga dia membuat keputusan untuk melakukan pembedahan bariatrik, iaitu pembedahan untuk mengecilkan bahagian perut, pada Mei lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Anak ‘bertuah’! Tanggal gigi palsu ibu tapi tak pasang semula, akhirnya mak balik rumah tanpa gigi penuh - “Patutlah pelik sikit mukanya” ARTIKEL BERKAITAN: “Boleh tak solek pengantin berusia?” - Dapat job klien usia 60an, jurusolek buat magik beri ‘look’ 30an... sempat korek rahsia kulit tak kedut Menurut Hannah, dia kini berasa lebih sihat dan bukan itu sahaja, 'mood'nya juga sentiasa baik setelah dia berjaya menurunkan 25 kilogram (kg) berat badan dalam tempoh empat bulan. Berkongsi pengalamannya dengan mStar, Hannah yang bekerja sebagai pengurus media sosial berkata, dia pada mulanya berjumpa dengan doktor kerana ibunya risau akan kesihatan dirinya. "Saya tak sakit tapi keluarga saya ada sejarah kencing manis dan kanser jadi mak saya risau saya ada penyakit disebabkan berat badan. "Masa jumpa doktor, dia cakap saya berisiko tinggi untuk dapat kanser dan kalau pulih pun ada risiko untuk dapat semula penyakit tu. "Masa tu memang saya risaulah, jadi saya buat keputusan untuk ubah gaya hidup," katanya, yang menetap di Kuala Lumpur.Hannah berkata, bermacam cara dilakukannya dalam usaha menurunkan berat badan tetapi tidak berjaya menyebabkan dia terpaksa melakukan pembedahan bariatrik. Hannah kini berasa lebih gembira dengan berat badan dan penampilan dirinya. Hannah yang masih belum berkahwin berkata, pada mulanya tiada ungkapan lain yang lebih sesuai diungkapkan selepas melakukan pembedahan bariatrik selain 'menyesal'. Namun segalanya berubah apabila lama kelamaan ia mula menampakkan hasil. "Alhamdulillah surgery berjalan lancar tapi masa mula-mula post-surgery rasa menyesal sebab kena diet minum susu protein sahaja masa 14 hari pertama. "Tapi lepas tu bila dah nampak penurunan berat badan rasa seronok. "Bila dah mula bersenam rasa lagi seronok, badan rasa ringan, mood pun meningkat, secara keseluruhannya saya lebih gembira," katanya, sambil menambah kos pembedahan yang dilakukan di sebuah hospital di Shah Alam, Selangor itu adalah RM30,000. Hannah menjalani pembedahan pada Mei lalu. Menurut Hannah, doktor membuang 70 peratus dari bahagian perutnya, justeru dia kini hanya boleh makan dalam kuantiti yang sangat sedikit. “Doktor memang nasihatkan saya untuk utamakan protein dulu, selain protein pilih makanan yang banyak khasiat macam sayuran. “Makanan karbohidrat macam nasi, roti, pasta semua tu memang saya tak makan. Kalau makan pun sikit je sebab kapasiti perut terhad, saya perlu juga makan protein,” katanya. Berbeza dengan persepsi sesetengah masyarakat, Hannah berkata, mereka yang melakukan pembedahan bariatrik masih tetap perlu bersenam. "Saya buat senaman weights dan cardio dekat gim, saya pergi gim atau bersenam lima hari seminggu. "Memang doktor suruh buat senaman weights dan cardio, tempoh enam bulan pertama paling senang nak turunkan berat jadi doktor memang push habis-habis untuk maksimumkan penurunan berat badan," katanya. Hannah kini bersenam dengan lebih konsisten iaitu selama lima kali seminggu. Menurut Hannah, walaupun dia seorang sahaja dalam keluarga yang mengalami masalah berat badan berlebihan, kedua ibu bapanya kini turut ikut sama mengubah gaya hidup dengan bersenam lima hari seminggu. Saya cuba macam-macam, saya bersenam, makan makanan sihat tapi semua saya tak mampu nak teruskan untuk tempoh masa lama, saya ada juga cuba macam-macam produk untuk kuruskan badan tapi semuanya sikit sangat turun... dalam dua bulan turun la sekilo dua. HANNAH Jelasnya, harapannya kini hanyalah satu iaitu ingin meneruskan kehidupan dalam keadaan sihat serta dihindari daripada sebarang jenis penyakit. “Atok saya meninggal sebab kanser hati dan doktor ada cakap masa check up sebelum buat surgery yang saiz hati saya terlalu besar dan jika tak ubah gaya hidup, takut membawa penyakit kanser... ia buat saya takut sebab arwah atok saya pun obes dulu. “Kadang-kadang saya fikir kalaulah bawa atok pergi jumpa doktor 20 tahun lepas, mungkin doktor nampak hati atok saya pun tak sihat,” katanya, sambil menambah datuknya meninggal pada tahun 2011. Menurut Hannah sebelum pembedahan dijalankan, dia telah cuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan namun hasilnya kurang memberangsangkan. “Saya operate lepas raya hari tu tapi saya mula diet dalam bulan Januari atau Februari sebab saya baru balik dari belajar dekat universiti di United Kingdom, masa tu berat saya naik mendadak, maklumlah makanan dekat Malaysia sedap sangat! “Saya cuba macam-macam, saya bersenam, makan makanan sihat tapi semua saya tak mampu nak teruskan untuk tempoh masa lama, saya ada juga cuba macam-macam produk untuk kuruskan badan tapi semuanya sikit sangat turun... dalam dua bulan turun la sekilo dua. “So far, pembedahan bariatrik ni je yang buat saya betul-betul turun berat badan dan saya boleh kawal pemakanan saya sampai sekarang,” katanya, sambil menambah keluarga dan rakan-rakannya juga sangat mendokong usahanya. Hannah kini mengawal pemakanannya memandangkan perutnya hanya boleh menerima jumlah makanan yang terhad. Hannah bagaimanapun menasihati orang ramai yang ingin mencuba pembedahan tersebut supaya mencari doktor yang benar-benar pakar untuk mengelakkan daripada sebarang komplikasi. “Saya pernah dengar cerita orang yang buat pembedahan ni sebab doktor tak berapa teliti ada banyak komplikasi selepas tu. Ada yang turun 10kg je lepas dua tahun dan ada yang kena gastrik teruk lepas pembedahan. “Macam saya banyak sangat medical check up sebab doktor nak pastikan dia tahu 100 peratus kesihatan badan saya, selepas lima bulan konsultasi baru buat pembedahan,” kongsinya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!