JODOH, pertemuan semuanya di tangan Allah. Begitulah kisah wanita ini apabila kata-kata gurauan untuk bersuamikan lelaki dari pulau akhirnya menjadi kenyataan. Menurut Dora Suhadah Sulaiman, 27, dia bersyukur apabila dipertemukan dengan suaminya, Jefri Jul, 26, selepas beberapa kali berkunjung ke Pulau Semporna, Sabah. ARTIKEL BERKAITAN: Indah namun sepi pengunjung! Perkongsian ‘Gadis Pulau’ buat ramai tak keruan, tak sabar nak ke Tioman - “Rumah saya 10 meter je dari pantai” ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah menyesal pindah ke Tioman sejak 6 tahun lalu, ‘Merman Pulau’ akui lebih tenang... paling sempoi ada hati nak jadi duyung jantan! "Saya memang suka melancong ke pulau-pulau sejak dulu lagi. Saya selalu bergurau dengan kawan, saya cakap doakan saya kahwin dengan orang pulau. Tak sangka ia betul-betul jadi kenyataan. "Nak dijadikan cerita, saya buat solo trip ke Semporna pada tahun 2019. Kemudian saya datang lagi pada awal tahun 2020. Tapi saya tak pernah jumpa suami dalam dua kunjungan itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Cuma kebetulan saya naik bot yang dikendalikan oleh adik suami. Selepas balik Semenanjung, baru saya berkawan dengan suami melalui Facebook. "Enam bulan kami berkawan, saya ke sana lagi kerana ada mesyuarat. Saya hanya rancang untuk pergi seminggu, tapi 'tersangkut' di sana kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dora bersama keluarga suaminya di Semporna. "Kebetulan suami bawa saya jumpa keluarganya. Mak dia kata tak perlu menyewa hotel, tinggal saja dengan mereka," imbasnya kepada mStar. Mesra disapa Dora, dia mengakui detik sebulan berada di sana memberi peluang untuknya mengenali pulau peranginan itu dengan lebih dekat. Saya rasa, anda akan lebih bersyukur dengan kehidupan selepas datang tengok suasana di sini. DORA Akhirnya, dia dan suami mengambil keputusan untuk bernikah pada Mei tahun ini sebelum Dora berpindah menetap di sana sejak Julai lalu. "Kalau diingat balik, saya rancang nak datang seminggu, tapi jadi sebulan. Mungkin tuhan nak tunjuk kepada saya, bolehkah saya tahan di sana? Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja. Suami Dora merupakan pemandu pelancong dan pengusaha bot di Semporna. "Selepas berkahwin, saya pun ikut suami duduk di Semporna. Suami merupakan pemandu pelancong dan ada buat khidmat sewaan bot. Selain menjadi suri rumah, saya juga turut buat pakej trip bersama suami. Memang satu famili bisnes bawa bot pelancong," ujar Dora lagi. Menurut bekas eksekutif pentadbiran dari Kulai, Johor itu, dia juga tak menyangka segala perkongsian video mengenai realiti kehidupan di Semporna tular di TikTok. Kata Dora, dia mahu membetulkan persepsi segelintir orang Semenanjung yang kurang yakin untuk datang ke sana dan berharap dapat membantu perniagaan yang diusahakan keluarga suaminya. Dora kini menetap di Semporna bersama suaminya. "Saya nak buka mindset orang yang takut nak datang ke sini. Orang kata Semporna bahaya, tapi bahaya itu ada di mana-mana. "Sesiapa nak datang, boleh hubungi saya. Trip kami lebih kepada elemen kekeluargaan. Kami akan bawa anda kutip siput, tangkap udang dan macam-macam lagi. "Kelainan di sini, air laut sangat bersih dan jernih seperti kristal. Ia juga dibuka sepanjang tahun. Saya rasa, anda akan lebih bersyukur dengan kehidupan selepas datang tengok suasana di sini," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI