suria

Baru 4 hari pindah, isteri pula hamil 4 bulan... pengantin muda terkedu lihat kereta terbakar di depan rumah, nasib baik ayah sanggup redah!

DedahHasif, isterinya kini sedang hamil empat bulan selepas mereka mendirikan rumah tangga April lalu.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah kisahnya mengenai jejaka ini apabila satu-satunya kereta yang dimiliki rosak dalam kejadian kebakaran pada Rabu minggu lalu.

Menurut Muhammad Nurhasif Rahmat, 21, kebakaran gudang perabot di hadapan rumahnya di Kampung Tengah, Puchong, Selangor turut merebak sehingga merosakkan bahagian belakang Perodua MyVi miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru cecah 21 tahun, pengantin lelaki berlinangann air mata selepas akad nikah... Apa sebenarnya berlaku? - “Tak sabar nak jadi bapa”

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan pengantin Instafamous ‘jalan terus’, tak kisah cakap negatif kahwin muda - “Inilah jodoh saya, rezeki awal untuk halalkan dia”

Lebih pilu katanya, dia baru sahaja empat hari berpindah ke kediaman itu dan kini buntu untuk keluar bekerja apabila kereta berkenaan terpaksa dihantar ke bengkel buat sementara waktu.

"Kejadian berlaku sekitar jam 2.30 pagi. Ada orang ketuk pintu, maklumkan bahawa gudang depan rumah terbakar. Masa tu api dah marak.

"Ketika buka pintu rumah, saya tak tahu nak buat apa. Perasaan memang sedih bila tengok kereta sendiri dalam keadaan begitu. Saya bukan orang senang. Bukan senang nak dapatkan kereta itu.

"Kebetulan pada hari kejadian, ayah tergerak hati nak datang tidur di rumah saya. Ketika api marak, ayah sempat alihkan kereta saya. Dalam keadaan panas, ayah sanggup alih kereta saya. Ayah sanggup redah," ujarnya kepada mStar.

hasif04

Isteri Hasif kini hamil empat bulan.

Mesra disapa Hasif, dia memberitahu lapan trak bomba turut dikejarkan ke lokasi itu sebelum api yang marak berjaya dipadamkan sekitar pukul 5 pagi.

Kata Hasif, biarpun kereta itu tidak rosak sepenuhnya, ia tetap memberi kesan buatnya memandangkan isterinya, Nurul Farah Eszurin M Azmi, 21, kini sedang hamil empat bulan.

Rumah lama kami tiada lif. Isteri pula sedang hamil empat bulan.

HASIF

"Kami baru empat hari berpindah. Saya pilih rumah landed sebab kesiankan isteri. Rumah lama kami tiada lif. Isteri pula sedang hamil empat bulan.

"Sekarang saya terpaksa guna perkhidmatan Grab untuk bawa isteri buat pemeriksaan kehamilan. Dengan nak bayar sewa rumah dan komitmen lain lagi, kereta pula tak boleh nak digunakan," ujar Hasif yang kini bekerja sebagai kelindan lori.

Kata Hasif lagi, dia juga berbesar hati sekiranya ada pihak yang mahu menghulurkan bantuan bagi menampung bebanan yang terpaksa dihadapi gara-gara kejadian itu.

hasif03

Kereta Hasif rosak akibat disambar api dalam kejadian tersebut.

Untuk rekod, kisah penyatuan Hasif dan isterinya yang digelar sebagai pengantin muda pernah mendapat liputan mStar pada 6 September lalu.

Kisah mereka tular apabila Hasif gagal menahan air mata selepas akad nikah gara-gara sebak memikirkan tanggungjawabnya yang baru bergelar suami.

Pasangan itu dinikahan di sebuah masjid di Puchong pada April lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain