"ABANG aku je ke yang macam ni?" Itulah kapsyen yang tertera pada video seorang gadis yang digigit ketika menyuap makanan kepada abangnya. Rakaman video tersebut menunjukkan abangnya bergurau 'kasar-manja' dengan menggigit jari gadis berkenaan sewaktu disuap makanan. ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga besar 24 adik beradik bikin rumah terlajak meriah... lagi ‘rare’ semua belajar sekolah pondok - “Ayah pun tertukar nama anak sendiri” ARTIKEL BERKAITAN: Kakak buat kejutan selepas tak sampai hati tengok adik asyik posing dengan basikal pinjam - “Dulu sakit kanser, mungkin dia tak mau susahkan keluarga” Bercakap kepada mStar, Siti Nurul Najihah Sabri, 21, berkata, dia sering bergurau senda dengan abangnya, Muhammad Zainuddin, 25, yang pada ketika itu pulang ke rumah mereka untuk bercuti. Malah, ibunya, Habsah Ahmad, 52, juga sudah terbiasa dengan telatah mereka berdua sehingga tidak mampu untuk berkata apa-apa. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Masa tu tengah makan dekat dapur dengan mak dan tengah nak rekod konon buat reviu lamb chop tiba-tiba angah datang minta suap. Sekarang bekerja dan menetap di Kuala Lumpur, jadi saya akan jumpa pun bila dia balik cuti sahaja. "Bila saya nak suap tu dia sengaja libas rambutnya yang panjang tu dekat muka saya.Disebabkan rasa geram, saya pun tarik la rambut dia. Nak balas balik punya pasal dia gigitnya jari saya waktu tengah suap makan! Jiha (tengah) merupakan satu-satunya anak perempuan di dalam keluarganya. "Mak hanya mampu tergelak je tengok gelagat kami berdua, nak marah pun tak boleh sebab angah lari laju, " katanya yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial dengan Kepujian di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Mesra disapa Jiha, katanya, dia merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dan mempunyai hubungan yang rapat dengan abangya. Video yang dimuat naik olehnya itu meraih hampir 120,000 tontonan di aplikasi TikTok. Jha berkata, walaupun gurauan mereka nampak agak kasar, tetapi itulah cara abangnya menunjukkan kasih sayang kepada satu-satunya adik perempuannya. "Saya memang rapat dengan angah sejak kecil lagi, rasa seronok sebab dia je yang saya ada. Selalunya kalau dia balik memang duduk melepak dekat rumah je. "Kalau rajin sikit baru la kami keluar bersama pergi makan atau hiking. Angah ni tak pernah serius, dia banyak main! Tapi dia seorang abang yang penyabar dan pemurah sebab kalau minta dia belanja apa-apa mesti dia layankan je. Jadi jangan la rasa abang-abang tak sayang kita sebab mereka layan kita kasar. SITI NURUL NAJIHAH SABRI "Paling saya ingat waktu kecil dulu abang saya ajar benda yang bukan-bukan. Tangan terkepit pintu la, terbakar benda dan hampir lemas semua ada. "Kalau kami bergurau lebih-lebih tu kena memang kena marah la. Tapi selalunya memang mak dengan ayah geleng kepala je tengok perangai kami berdua," ujarnya yang menetap di Triang, Pahang. Menurut anak jati Pahang ini, setiap individu mempunyai cara yang berbeza dalam menunjukkan kasih sayang terhadap ahli keluarganya. Jelasnya lagi, kita perlu menghargai setiap detik bersama keluarga selagi mereka masih ada. "Abang-abang ni memang selalu cari masalah dan suka gurau kasar dengan adik beradik, itu je cara mereka nak rapat dengan kita. Jiha (kanan) mempunyai hubungan yang rapat dengan abangnya sejak kecil lagi. "Jadi jangan la rasa abang-abang tak sayang kita sebab mereka layan kita kasar. Semua abang mesti sayangkan adik-adinya, cuma cara masing-masing nak tunjuk sayang tu je berbeza. "Selagi ada abang ni layankan je la perangai dia tu, nanti perkara itu la yang buat kita rindukan mereka bila dah berjauhan," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!