suria

Suami jumpa objek belakang rumah, isteri ambil gambar dan ‘siasat’... rupa-rupanya bom! - “Bunyi boleh tahan kuat, tak padan dengan saiz”

Hairi (gambar kiri) terjumpa objek aneh ketika mahu memancing di sungai belakang rumahnya.

"ORANG kampung terjumpa bom!"

Itulah kata-kata seorang penduduk di sebuah kampung apabila diarahkan untuk keluar dari rumah pada petang Ahad lalu.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh seorang wanita, dapat dilihat pihak polis membuat kiraan supaya mereka semua mencari tempat perlindungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kudung terkena bom, jiwa kental Syahrain jadi perhatian setiap kali hantar makanan

ARTIKEL BERKAITAN: Tangan kena bom, rider kudung terpaksa panggil pelanggan angkat pesanan sendiri - “Macam mana you bawa motor?”

Bercakap kepada mStar, Nor Haslinda Abdullah, 32, berkata, suaminya Hairi Shaari ternampak sebuah objek yang nampak aneh ketika memancing pada waktu pagi di belakang rumah mereka di Kampung Manjoi, Perak.

Bagaimanapun, mereka berdua tidak dapat mengenal pasti sama ada objek yang terletak 30 meter dari rumahnya itu berbahaya atau tidak.

"Suami saya ternampak suatu objek ketika dia sedang memancing di sungai belakang rumah kami.

"Disebabkan terkejut dengan apa yang dilihatnya, dia pun pulang ke rumah dan memberitahu saya.

IMG_1056

Pasangan suami isteri ini tidak pasti sama ada objek yang mereka temui itu adalah sebuti bom atau tidak.

"Ketika itu saya pun tak pasti sama ada objek tersebut bom atau bukan, kemudian kami pergi ke tempat itu semula dan mengambil beberapa gambar untuk dapatkan kepastian daripada mereka yang lebih arif.

"Saya kongsikan gambar itu kepada bapa saudara melalui WhatsApp dan dia pun terus membuat aduan kepada ketua kampung untuk datang periksa," katanya yang berasal dari Ipoh, Perak.

Menurut wanita yang mesra disapa Linda itu, pihak berkuasa hadir untuk membuat pemeriksaan dan mengesahkan objek yang mereka temui.

Unit pemusnah bom juga berada di lokasi bagi meletupkan bom tersebut pada jam 2.30 petang.

Video berdurasi 24 saat itu setakat ini meraih sebanyak 2.4 juta tontonan di aplikasi TikTok.

"Pihak polis tiba di tempat kejadian untuk memeriksa dan mengesahkan bahawa objek tersebut ialah bom.

"Mereka kemudian memanggil unit pemusnah bom untuk meletupkan bom dengan selamat.

Penduduk setempat juga dinasihatkan supaya jangan panik dan beri kerjasama untuk memudahkan proses.

NOR HASLINDA ABDULLAH

"Kami diarahkan untuk keluar dari rumah dan cari tempat perlindungan sementara dalam masa 20 minit.

"Boleh tahan kuat juga bunyinya, tak padan dengan saiz yang kecil. Kami yang ada di situ rasa bergegar waktu ia diletupkan," katanya yang bekerja sebagai seorang operator kilang di Jelapang, Perak.

Linda yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik itu berpendapat bahawa kawasan kediamannya mungkin pernah menjadi tempat peperangan ketika zaman Jepun dahulu.

Bagaimanapun, dia berpesan supaya masyarakat untuk mengambil langkah berjaga-jaga jika berdepan dengan objek yang berbahaya.

"Sekiranya terjumpa bom atau objek yang berbahaya, kita haruslah membuat laporan kepada pihak berkuasa.

IMG_1057

Linda (baju biru) menghantar gambar objek tersebut ke bapa saudaranya bagi mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa.

"Penduduk setempat juga dinasihatkan supaya jangan panik dan beri kerjasama untuk memudahkan proses.

"Ia juga dapat membantu untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang kecederaan yang melibatkan orang awam,"

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain