GULA dijemur bertujuan untuk menghalau keluar semut tapi haiwan lain pula yang masuk dalam pinggan. Kejadian melucukan ini berjaya dirakam serta dikongsikan Siti Nadia Mohd Soufi, 23, di akaun TikToknya baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Susah nak cari aksesori tradisional, masalah MUA mahu jayakan video Lisa Blackpink selesai selepas ternampak sesuatu di dapur ARTIKEL BERKAITAN: “Orang tak nak ambil, saya tak muat kostum” - Tak jadi penari, suri rumah ligat menari di TikTok hingga kumpul lebih 200,000 pengikut Bercakap kepada mStar, Nadia yang juga seorang penjual dalam talian berkata, kejadian tersebut berlaku awal September lalu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Bercerita lebih lanjut, katanya, pada masa itu dia baru sahaja selesai memandikan kucing kesayangannya, Tam namun haiwan itu menghilangkan diri selepas dimandikan dan dia hanya menyedari tentang keberadaan si bulus itu apabila mendengar ibu menjerit. “Masa tu dalam pukul 10 pagi, mak tengok ada semut dalam gula jadi dia pun jemur kejap dekat tengah panas nak halau semut-semut tu. “Dalam masa sama saya mandikan Tam sebab dia kotor, lepas mandi saya suruh 'dia' pergi keringkan badan sendiri sebab memang biasanya 'dia' buat sendiri. “Tiba-tiba dengar mak menjeri... tengok-tengok Tam dah masuk dalam gula tanpa rasa bersalah dia guling-guling dalam bekas tu,” ceritanya yang menetap di Kuala Krai, Kelantan. Menurut Nadia, dia segera keluarkan Tam dari dalam pinggan gula tersebut, namun si bulus itu tetap berdegil dan melompat masuk semula ke dalam pinggan itu. “Mak jemur gula tu dekat depan rumah, memang biasa Tam akan main dekat situ. “Bila angkat dia keluar dari gula tu, eh dia masuk balik, nak duduk dalam tu juga,” jelasnya, sambil menambah gara-gara masuk dalam bekas gula dia terpaksa memandikan semula Tam yang diliputi gula. Nadia bersama kucing kesayangannya itu. Menurut Nadia, berikutan kejadian itu, ibunya terpaksa membuang ke semua gula tersebut. Selain Tam, katanya, keluarganya mempunyai sembilan ekor kucing lain. “Tam ni tak ada adik beradik, 'dia' tunggal je sebab kami dapat dia daripada kawan ayah masa kecil lagi. “Yang lagi sembilan semua bersaudara. “Jadi Tam lebih suka menyendiri tapi manja sangat, Tam special case tidur dalam bilik... yang lain tidur dekat luar rumah,” katanya. Tam mendapat layanan yang agak "special" berbanding kucing Nadia yang lain. Selain itu Nadia berkata, sifat Tam yang agak penakut juga membuatkan mereka sekeluarga merasakan dia tidak sesuai untuk dibiarkan tidur di luar rumah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI