KEBENARAN rentas negeri yang bermula pada minggu lalu lalu disambut baik oleh rakyat negara ini. Ramai anak perantau mengambil kesempatan untuk pulang ke desa setelah sekian lama tak berjumpa dengan keluarga. Tidak terkecuali tentunya juruteknik sebuah kilang di Klang, Selangor yang pulang membawa kejutan buat keluarganya di Segamat, Johor pada Sabtu lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Lama kerja di laut, lelaki ini minta sepupu beli banyak hadiah sebelum balik jumpa mak ayah... tak tahan tengok kawan upload gambar durian! ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tanya hadiah birthday, anak kunci mulut! Sambutan hari jadi online jadi drama air mata mak menangis terima ‘kek keluar duit’ Menerusi video tular di TikTok, Mohamad Akmal, 22, menghadiahkan sebentuk cincin buat ibunya, Salmah Mat, 52, dan seutas jam tangan buat bapanya, Ismadi Ismail, 56. Dalam kejutan sama, dia yang mesra disapa Akmal turut menghadiahkan telefon baharu buat adiknya serta sepasang selipar buat abangnya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kali terakhir saya balik kampung pada bulan Ogos tahun lepas. Memang rindu sangat-sangat, raya tahun ni pun tak dapat sambut dengan keluarga. "Kejutan ini saya dah lama rancang. Apabila dengar khabar kerajaan akan benarkan rentas negeri, terus saya buat rancangan. Foto ketika kejutan yang berlangsung pada Sabtu lalu. "Saya menyimpan duit dalam dua bulan untuk beri hadiah kepada keluarga. Mak dapat cincin, ayah dapat jam, adik dapat telefon dan abang dapat selipar. "Adik seorang lagi saya dah bagi hadiah duit cash ketika hari lahirya bulan lepas," ujar Akmal kepada mStar. Saya terharu apabila orang yang tak kenal pun doakan saya. Seronok bila orang doakan kita baik-baik. AKMAL Menurut Akmal, wang tidak menjadi ukuran, namun segala pemberian itu merupakan satu tanda penghargaan dan kasih sayang buat keluarganya. Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, dia turut sebak apabila melihat bapanya beremosi sejurus menerima pemberian dalam majlis kecil tersebut. "Saya tak pernah buat macam tu. Bila dapat buat, rasa bahagia dan seronok sangat. Saya sedih bila tengok ayah sebak selepas dapat hadiah jam tangan. Tangkap layar video tular itu. "Mak pun ucapkan terima kasih kepada saya atas pemberian itu. Pada malam kejutan, kami juga ada buat makan-makan secara kecil-kecilan. "Sebelum sampai ke rumah, saya sempat singgah KFC untuk beli makanan. Saya juga ada minta kotak kosong. Kemudian saya letakkan hadiah kejutan dalam kotak KFC," ujarnya lagi. Namun kata Akmal, dia tidak dapat bercuti lama dan hanya akan berada di Segamat sehingga hari Selasa sahaja. Akmal kini bekerja di Selangor. Dalam pada itu kata Akmal, dia turut percaya dengan konsep rezeki dan berazam untuk terus berbakti kepada keluarganya pada masa akan datang. "Saya yakin rezeki sentiasa ada. Kita kena selalu memberi pada keluarga. Apabila kita selalu beri pada keluarga, InsyaAllah rezeki tak akan putus. "Walaupun duit macam nak habis, tapi ia tetap ada," ujarnya. Menurut graduan Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah, Rompin, Pahang itu, dia turut terharu apabila video kejutan yang dikongsi di TikTok meraih sehingga 170,000 tontonan. Akmal bersyukur dapat memberi kejutan buat keluarganya. "Saya terkejut video viral sampai macam ni. Niat nak kongsi dengan kawan saja. Ramai netizen yang doakan agar saya murah rezeki. "Saya terharu apabila orang yang tak kenal pun doakan saya. Seronok bila orang doakan kita baik-baik," ujarnya lagi. Untuk rekod, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat pengumuman mengenai kebenaran rentas negeri pada 10 Oktober lalu. Kebenaran itu berkuatkuasa pada 11 Oktober selepas kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa mencapai 90 peratus. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!