suria

Pasangan suami isteri suka tonton filem Bollywood, tak sangka anak ketiga baru dilahirkan terkenan ‘kelebihan’ Hrithik Roshan

Scha (gambar kiri) mempunyai album khas Hrithik Roshan di dalam telefon bimbitnya.

"ANUGERAH Allah paling terindah."

Itula kata-kata seorang ibu apabila melihat anaknya dilahirkan dengan satu keistimewaan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan, dia sangat meminati seorang pelakon Bollywood sewaktu mengandungkan anak ketiganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu minat Hrithik Roshan, suami tikam isteri hingga mati kerana cemburu

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal ibu mengidam nak cium, masuk bilik mayat! Mentua setuju nak bawa, jawapan suami isteri dah dijangka - “Hati saya terlalu teringin”

Bercakap kepada mStar Nur Syakireen Abdullah, 21, berkata, video tersebut dimuat naik sekadar mahu berkongsi tentang anak ketiganya, Sayf Aryan Nadaralisyah yang baru sahaja dilahirkan pada 29 September lalu.

Bayi wanita berkenaan dikurniakan jari keenam pada bahagian ibu jari tangan kanannya, dikatakan sama seperti aktor lelaki Bollywood terkenal yang diminatinya.

"Rasa terkejut, teruja dan sangat bersyukur dengan pemberian dari Allah ini kerana tak sangka baby diberikan kelebihan yang lain dari yang lain.

"Kebetulan anak pun dikurniakan jari lebih sama seperti Hrithik Roshan.

IMG_1401

Scha (gambar tengah) terkejut apabila melihat anak ketiganya dilahirkan dengan jari lebih pada ibu jari tangan kanan.

"Sejak dari kecil lagi saya sangat sukakan Hrithik Roshan, keluarga pun minat tengok filem-filem Bollywood. Pada saya, Hithrik Roshan adalah seorang aktor yang serba boleh.

"Tambahan pula dengan rupa paras dia yang tak jemu mata memandang," katanya yang menetap di Kuala Pegang, Baling, Kedah.

Mesra disapa Scha, suaminya, Nadaralisyah Mohammed Said, 25, juga meminati aktor yang sama kerana dia mempunyai darah kacukan Melayu dan Pakistan.

Mereka berdua banyak menghabiskan masa bersama menonton filem lakonan Hritik Roshan waktu awal kehamilan Scha ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

"Selepas berkahwin pula dapat suami yang lebih minat Hrithik Roshan berbanding saya. Waktu awal mengandung kan PKP dan suami pula cuti, jadi dia yang selalu menotnton filem Bollywood.

IMG_1409

Kedua-dua pasangan ini meminati pelakon Bollywood yang sama.

"Kami selalu tonton bersama, tak tahu la kenapa jadi makin berkenan sangat pada Hrithik Roshan waktu tengah mengandung. Saya sampai ada album khas yang dipenuhi dengan gambar dan video Hrithik Roshan di dalam telefon bimbit.

"Suka sangat tengok lakonan dia, kalau filem lama saya minat Mujhse Dosti Karoge. Tapi kalau filem yang baru sikit Bang Bang dan War," katanya sambil menambah suaminya bekerja sebagai seorang operator kilang di Perai, Pulau Pinang.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik ini, dia tidak mengambil kisah tentang komen-komen negatif yang dilontarkan oleh warganet pada video berkenaan.

Rakaman visual yang dimuat naik oleh Scha meraih hampir dua juta tontonan di aplikasi TikTok.

"Suami tahu niat sebenar saya sebelum menyiarkan video tersebut. Yang paling penting saya dah minta izin suami sebelum lakukan apa-apa.

Yang mana komen-komen negatif pula saya terima dengan hati terbuka.

NUR SYAKIREEN ABDULLAH

"Dia tidak kisah pun, malah support minat saya. Kami anggap ini qada dan qadar Allah.

"Ini ketentuanNya, kalau dah ditakdirkan oleh Allah ia tetap akan terjadi walaupun jika kami tak meminati Hrithik Roshan sekali pun," ujarnya yang merupakan suri rumah dan ibu kepada tiga cahaya mata.

Scha mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menerima video tersebut dengan positif dan mendoakan bayinya.

Tambahnya lagi, dia tidak merancang untuk melakukan sebarang pembedahan pada jari lebih di ibu jari tangan kanan anaknya.

IMG_1406

Scha dan suaminya telah mendirikan rumah tangga selama enam tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata.

"Yang mana komen-komen negatif pula saya terima dengan hati terbuka. Yang nampak salah silap saya insyaAllah saya akan perbaiki.

"Yang paling penting, pastikan niat kena betul sebelum melakukan apa-apa tindakan.

"Alhamdulillah syukur atas anugerah terindah daripada Allah ini," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain