KETAKSUBAN seorang wanita untuk memiliki kulit putih sehingga sanggup mengambil suntikan pemutih akhirnya membawa padah apabila dia mengalami bengkak hati. Berkongsi sebuah video rakaman pengalaman peritnya terpaksa dimasukkan ke hospital pada 14 Oktober lalu, Umi Hafiza Abdullah, 22 tahun berkata, dia kini sudah insaf. "Sedikit pesanan daripada saya yang telah insaf terlalu taksub nak putih," tulisnya, disertakan dengan video perjalanannya sewaktu dimasukkan ke hospital.ARTIKEL BERKENAAN : Dah nak tengah malam, perjalanan rider silap simpang berakhir di kubur... tak terfikir gangguan mistik, cuma risau kena prank - “Ada nampak lembaga bawah khemah”ARTIKEL BERKENAAN : Ibu cemas nak cabut sticker kurier pada kepala anak usia 8 bulan, mungkin ‘muslihat’ si kakak mahu adik baharu diserah kepada orang lain Bercakap kepada mStar, Umi yang menetap di Kampung Padang Luas, Jertih di Terengganu berkata, dia mula mengambil suntikan pemutih sejak bulan Mac lalu. Katanya, dia mengambil suntikan tersebut di sebuah pusat kecantikan di kawasan Jertih. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya terdetik nak ambik suntikan tu sebenarnya semata-mata untuk cantik sebab saya jual kosmetik. "Tapi saya bukan jual kosmetik untuk putih, saya cuma jual foundation. "Saya terpengaruh bila tengok testimoni orang," katanya. Umi terpaksa dimasukkan ke hospital selama empat hari akibat bengkak hati. Namun dia mula rasa sakit pada bahagian bawah dada kanannya sejak bulan lepas. "Saya start suntik bulan Mac, April dan Mei tapi sakit tu bermula bulan lepas. "Saya pergi hospital doktor kata gastrik tapi sakit tu berlarutan sampai dua minggu jadi saya pergi ke klinik yang berdekatan. "Doktor yang periksa perut saya cakap hati saya bengkak lepas tu dia bagi tarikh temu janji pada 14 Oktober, masa tu result menunjukkan bacaan (Alanine transaminase (ALT) yang tinggi," katanya. ALT adalah sejenis enzim yang tertumpu pada hati dan bacaan tinggi menunjukkan bahawa ada kerosakan pada hati. Menurut Umi, rasa sakit yang dialaminya itu sampai ke belakang badan dan membuatkan dia muntah. "Bila result keluar saya terus naik ambulans ke Hospital Besut masuk wad. "Doktor tanya ada ambil jamu kampung atau makan apa-apa untuk kecantikan ke? Saya berterus terang ada buat Whitening drip, jamu saya makan dua tahun lepas tapi tak habis sebotol pun. "Masa dah sakit tu ada juga makan jamu tapi dua hari je," katanya. Doktor terpaksa memasukkan 11 botol air untuk merawat hati Umi. Menurut Umi, doktor memasukkan 11 botol air tanpa henti untuk menurunkan bacaan enzim di hatinya. "Sekarang saya kena jaga makan, memang masih ada rasa sakit, cuma bila sakit tu saya cuma boleh makan ubat tahan sakit je," katanya. Umi terpengaruh dengan testimoni yang dibacanya. Umi juga menasihati orang ramai agar sayangi diri mereka dan jangan cepat terpengaruh seperti dirinya. "Sayangilah diri anda sebelum terlambat. "Janganlah terpengaruh macam saya, saya memang betul-betul menyesal," kata ibu seorang anak ini.Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!