PEMERGIAN seorang ibu amat dirindu anak lelakinya yang meluahkan perasaan penuh emosi di aplikasi TikTok. "Kita sayang rindu mak sangat-sangat. Kita tak kuat mak. Kita minta maaf." Menerusi video yang dikongsi pemuda tersebut, kelihatan seorang wanita sedang menulis sesuatu pada papan putih. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu baru meninggal, anak terkejut tengok reaksi seorang sahabat selepas dihadiahkan tudung milik arwah ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin kongsi 'keajaiban' baju nikah arwah mak, dulu tak muat tapi sebulan sebelum ijab kabul tiba-tiba boleh pakai - "Dia lelaki sama saya kenalkan dekat ibu" Berkongsi pengalaman, Muhammad Rozaini Abdul Mukhit berkata, video tersebut sekadar luahan hatinya terhadap ibunya yang meninggal dunia akibat gula tinggi dalam darah, 22 September lalu pada usia 55 tahun. Pemuda berusia 24 tahun itu memberitahu, video tersebut mengandungi sedutan rakaman ibunya ketika menjalani kelas mengaji, yang ditontonnya bagi mengubat kerinduan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Sebenarnya tu video lama masa mak buat presentation di kelas mengaji di masjid dekat rumah. Mak mula masuk kelas tu sejak tahun lalu. "Sebelum ni mak berniaga gerai depan rumah. Mak kemudian berehat dan nak tumpukan pada aktiviti keagaman seperti mengikuti kelas mengaji," katanya kepada mStar. Kenangan bersama mak. Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, ibunya sebelum ini juga bekerja keras dan bangun seawal pukul 3 atau 4 pagi untuk membuat persiapan jualan makanannya. "Mak jual sarapan pagi seperti nasi lemak, mi goreng, bihun goreng dan kuih. Gerai depan rumah dibuka pukul 6.30 pagi sehingga 9 pagi. "Mak suka bersedekah. Kalau ada baki makanan yang tidak terjual, mak akan sedekahkan kepada orang awam atau sesiapa saja," katanya yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Antara hari paling bahagia sewaktu majlis konvokesyen dikongsi bersama ibu. Namun dia yang lebih mesra disapa Ajim tidak menyangka ibunya dalam diam melakukan wakaf telaga di Kemboja dengan menamakan ahli keluarga sebagai sebahagian daripadanya. "Saya hanya tahu selepas beberapa hari mak meninggal dunia. Dalam phone mak ada gambar telaga yang diwakafkan dengan papan tanda tertera nama ahli keluarga. "Telaga tu dah siap. Saya terharu dan bersyukur ada sesuatu yang ditinggalkan mak sebagai amalannya sebelum pergi," katanya. Kenangan terakhir makan bersama ibu di restoran. Ajim yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Batu Pahat bagaimanapun terkilan arwah ibu tidak sempat melihatnya bernikah pada 9 Oktober, kurang sebulan selepas ibunya dijemput Ilahi. Menurutnya, ibunya menyuarakan hasrat untuk masak pada majlis untuk tetamu bagi keluarga sebelah pengantin lelaki seminggu selepas pernikahan. Mak suka bersedekah. Kalau ada baki makanan yang tidak terjual, mak akan sedekahkan kepada orang awam atau sesiapa saja MUHAMMAD ROZAINI ABDUL MUKHIT "Mak dari mula-mula tahu saya nak nikah, mak paling happy. Katanya nak masak untuk majlis. Saya ada request masakan ayam masak pecel yang memang sedap mak buat. "Tapi saya ada kata, mak jangan masak sampai menyusahkan mak. Tapi mak kata dia memang nak sangat masak selepas saya nikah. Tapi hajat mak tak sempat," katanya sebak. Hari pernikahan Ajim (hadapan, dua kiri) tanpa kehadiran seorang ibu. Sehubungan itu, Ajim berpesan kepada orang ramai yang masih mempunyai ibu atau bapa supaya melakukan sesuatu yang dapat menggembirakan mereka selagi berpeluang. "Kalau ada plan nak gembirakan orang yang tersayang terutama mak, buatlah secepat mungkin dan rakam momen tu bersama. Rakamlah sebanyak mungkin. "Buat untuk simpanan peribadi pun okay, asalkan ada memori untuk kita. Selain itu, berbuat baik kepada semua. InsyaAllah dengan kebaikan, mereka akan mendoakan kita," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!